Ujian nyala
Ujian nyala ialah suatu prosedur analisis yang digunakan dalam kimia untuk mengesan kehadiran unsur-unsur tertentu, terutamanya ion logam, berdasarkan ciri spektrum pancaran setiap unsur kimia. Warna api secara umumnya juga bergantung pada suhu.
Proses
[sunting | sunting sumber]Sampel unsur atau sebatian diperkenalkan kepada api nyalaan panas dan tidak bercahaya dan seterusnya memerhati warna api nyalaan yang dihasilkan. Idea yang diusulkan dari proses ini ialah atom-atom sampel meruap lalu akan memancarkan cahaya apabila dipanaskan api. Sampel juga memancarkan cahaya dalam jisim pukalnya namun cahaya yang dihasilkan ini tidak sesuai untuk analisis. Sampel pukal memancarkan cahaya disebabkan oleh pergerakan atom sampel, oleh itu spektrum yang dibawanya luas dan terdiri daripada pelbagai warna. Atom berasingan sampel yang wujud dalam api boleh dipancarkan hanya disebabkan peralihan elektronik peralihan yang berbeza antara tahap-tahao tenaga atom yang berbeza. Peralihan-peralihan ini memancarkan cahaya yang berfrekuensi tertentu iaitu ciri-ciri kimia unsur sampel sendiri. Oleh itu, warna api nyalaan ditentukan oleh sifat unsur kimia dalam bahan yang dimasukkan ke dalam api. Ujian ini agak mudah untuk disediakan, oleh itu eksperimen sebegini sering ditunjukkan atau dijalankan di kelas sains di sekolah-sekolah.
Sampel biasanya diletakkan pada wayar platinum yang dibersihkan berkali-kali dengan asid hidroklorik untuk menghilangkan kesan surih bahan sebelumnya.[1] Sebatian sampel ini biasanya dilumatkan menjadi pes dengan asid hidroklorik pekat menjadi halida logam yang memeberikan hasil yang lebih jelas akibat sifat mudah meruapnya. Api yang berbeza harus dicuba terlebih dahulu untuk mengelakkan data yang salah disebabkan oleh api yang "tercemar" atau kadangkalanya untuk mengesahkan ketepatan warna. Dalam kelas kimia yang dilakukan di sekolah menengah, batang kayu kadangkalanya digunakan, kebanyakannya kerana larutan boleh dipakaikan padanya serta kosnya yang murah. Dawai nikrom kadang-kadang juga digunakan. Batang kayu harus dihalakan dengan berhati-hati melalui api dan bukannya di dalam api tersebut untuk tempoh yang lama, untuk mengelakkan menyalakan batang kayu itu sendiri. Penggunaan putik kapas[2] atau busa melamin sebagai sokongan juga telah dicadangkan.
Unsur-unsur yang biasa
[sunting | sunting sumber]Beberapa unsur yang sering digunakan dengan warna yang berpadanan adalah seperti berikut:
Simbol | Nama | Warna | Imej |
---|---|---|---|
Al | Aluminium | Perak keputihan apabila dalam kepanasan tinggi seperti arka elektrik, biru muda | |
As | Arsenik | Biru | |
B | Boron | Hijau terang |
|
Ba | Barium | Hijau pucat/ hijau pucuk pisang | |
Be | Berilium | Putih | |
Bi | Bismut | Biru langit | |
Ca | Kalsium | Merah bata, hijau terang jika dilihat melalui kaca biru | |
Cd | Kadmium | Merah bata | |
Ce | Serium | Biru | |
Co | Kobalt | Perak keputihan | |
Cr | Kromium | Perak keputihan | |
Cs | Sesium | Biru kelembayungan | |
Cu(I) | Kuprum(I) | Hijau kebiruan | |
Cu(II) | Kuprum(II) (bukan halida) | Hijau | |
Cu(II) | Kuprum(II) (halida) | Biru-hijau | |
Ge | Germanium | Biru pucat | |
Fe(II) | Ferum(II) | Keemasan apabila sangat panas misalnya dalam arka elektrik, biru terang atau hingga bertukar menjadi jingga keperangan | |
Fe(III) | Ferum(III) | Jingga keperangan | |
Hf | Hafnium | Putih | |
Hg | Hidroargirum | Merah | |
In | Indium | Biru nila/Biru | |
K | Kalium | Lilac | |
Li | Litium | Merah lembayung; halimunan jika dilihat melalui kaca hijau | |
Mg | Magnesium | (none), but for burning Mg metal putih kuat | |
Mn (II) | Mangan (II) | Hijau kekuningan | |
Mo | Molibdenum | Hijau kekuningan | |
Na | Natrium | Kuning kuat; halimunan jika dilihat melalui kaca biru kobalt | |
Nb | Niobium | hijau atau biru | |
Ni | Nikel | Perak keputihan (kadangkalanya diperhatikan tidak berwarna) | |
P | Fosforus | Pale bluish hijau | |
Pb | Plumbum | biru/putih | |
Ra | Radium | Crimson | |
Rb | Rubidium | merah-violet | |
Sb | Antimoni | Hijau pucat | |
Sc | Skandium | Jingga | |
Se | Selenium | Biru langit | |
Sn | Tin | Biru keputihan | |
Sr | Strontium | Crimson to Scarlet, kekuningan through hijau glass and violet through biru cobalt glass | |
Ta | Tantalum | Biru | |
Te | Telurium | Hijau pucat | |
Ti | Titanium | Perak keputihan | |
Tl | Talium | Hijau tulen | |
V | Vanadium | Hijau kekuningan | |
W | Tungsten |
Hijau | |
Y | Itrium |
Carmine, merah lembayung, atau merah menyala | |
Zn | Zink |
Tanpa warna (kadangkala diperhatikan berwarna hijau kebiruan) |
|
Zr | Zirkonium |
Merah sederhana |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jim Clark (2005). "Flame Tests". Chemguide.
- ^ Sanger, Michael J.; Phelps, Amy J.; Catherine Banks (2004). "Simple Flame Test Techniques Using Cotton Swabs". Journal of Chemical Education. 81 (7): 969. Bibcode:2004JChEd..81..969S. doi:10.1021/ed081p969CS1 maint: postscript (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Flame Test - Coloring Fire - gambar ujian-uian nyala tertentu termasuk arahan
- WebMineral.com - pewarnaan api melalui unsur