Ubat gegat
Ubat gegat merupakan sebuah racun perosak dan deodoran yang digunakan dalam penyimpanan pakaian untuk menghalau rama-rama yang boleh merosakkan fabrik (gegat) seperti Tineola bisselliella.
Bahan
[sunting | sunting sumber]Ubat-ubat gegat lama biasanya diperbuat daripada naftalena tetapi ubat-ubat gegat pada masa kini diperbuat daripada 1,4-diklorobenzena disebabkan oleh sifat naftalena yang mudah terbakar. Kedua-duanya mengalami proses pemejalwapan, di mana bahan-bahan kimia tersebut meruwap ke udara menjadi gas yang beracun terhadap rama-rama dan gegat.
Kedua-dua bahan kimia tidak digalakkan untuk digunakan secara bersama-sama kerana boleh merosakkan barangan yang ingin dilindungi.[1]
Kadangkala, bahan-bahan seperti kapur barus digunakan untuk menggantikan kedua-dua bahan kimia disebabkan oleh sifat-sifatnya yang berbahaya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Collecting and Preserving Insects and Mites: Tools and Techniques". United States Department of Agriculture - Agricultural Research Service. Dicapai pada June 26, 2011.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.