Toyota Carina
Toyota Carina | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | 1970-2000 |
Pengganti | Toyota Allion |
Kelas | Kompak |
Berkait | Toyota Corona |
Toyota Carina adalah kereta kompak yang dibuat oleh Toyota Motor Corporation, Jepun dari tahun 1970 hingga 2001. Carina yang berkongsi platform dengan Celica diletakkan di atas Corolla dan dibawah Corona. Mulai pertengahan tahun 1980-an, Carina hanya dijual di Jepun, tetapi nama Carina juga digunakan di Eropah sebagai Carina II dan Carina E yang sebenarnya adalah Corona. Carina terakhir dihasilkan pada tahun 2001, dan digantikan oleh Allion.
Generasi Pertama (1970-1977)
[sunting | sunting sumber]Menggunakan platform A10, ini adalah satu-satunya Carina yang pernah dijual di Amerika Syarikat.
Generasi Kedua (1977-1981)
[sunting | sunting sumber]Carina dan Celica generasi kedua bersama-sama dilancarkan pada akhir tahun 1977. Merupakan asas dari Celica Camry yang merupakan versi mahal dari carina dengan bahagian depan mirip Celica XX atau Celica Supra.
Generasi Ketiga (1981-1985)
[sunting | sunting sumber]Dengan platform A60 yang sama dengan Celica generasi ketiga, ini adalah Carina terakhir yang menggunakan pacuan roda belakang. Carina dibuat dalam bentuk Sedan 4 pintu, Coupe 2 pintu, dan Station Wagon.
Generasi Keempat (1985-1988)
[sunting | sunting sumber]Dengan platform T150, Carina mulai sekarang berpenggerak roda depan atau Front Engine, Front wheel drive (FF).
Carina II (1987-1992)
[sunting | sunting sumber]Ini sebenarnya adalah Toyota Corona yang dijual di Eropah, dan berbeza dengan Carina yang dijual di Jepun. Carina II tersedia dalam bentuk Sedan, Liftback, dan Station wagon.
Carina E (1992-1997)
[sunting | sunting sumber]Seperti Carina II yang menjadi pendahulunya, Carina E adalah Corona generasi kesepuluh yang dipasang di Inggeris untuk pasaran benua Eropah. Di Indonesia kita mengenal Carina E sebagai Corona Absolute. Carina E Station wagon disebut adalah Toyota Caldina generasi pertama di Jepun.