Tokelau
Tokelau | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Tokelau mo te Atua" (Tokelauan) "Tokelau for the Almighty" | |||||
Lagu kebangsaan: God Save the Queen | |||||
Ibu negara | Tiada | ||||
Bandar terbesar | Atafu (rasmi) | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Demonim | Tokelauan | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Monarki | Charles III | ||||
Don Higginsb | |||||
Kerisiano Kaloloc | |||||
Wilayah New Zealand | |||||
1948 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 10 km2 (3.9 bt2) (233rd) | ||||
diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk Oktober 2011 | 1,411d (237th) | ||||
115/km2 (297.8/sq mi) (86th) | |||||
KDNK (PPP) | 1993 | ||||
• Jumlah | $1.5 juta (227th) | ||||
$1,035 (tidak disenaraikan) | |||||
Mata wang | Dolar New Zealand ( NZD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +690 | ||||
Kod ISO 3166 | TK | ||||
DPT internet | .tk | ||||
| |||||
Sebahagian data dari World Factbook (2004). |
Tokelau merupakan satu wilayah New Zealand yang terdiri daripada tiga atol (kepulauan cincin) di Lautan Pasifik selatan. Nama lama Tokelau ialah Union Islands. Ia mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar yang paling rendah di dunia.
Tokelau telah mengadakan referendum pada Oktober 2007 untuk menentukan semula status politiknya di New Zealand. Jika referendum itu berjaya, Tokelau akan mencapai status negara berkerajaan sendiri dalam persatuan bebas dengan New Zealand, seperi Niue dan Kepulauan Cook. Namun, referendum itu gagal pada 24 Oktober 2007, kerana undian sokongan kurang daripada majoriti dua per tiga.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Tokelau merangkumi tiga buah atol di selatan Lautan Pasifik, di antara longitude 171° dengan 173° B, serta latitud 8° dengan 10° S, kira-kira di tengah-tengah Hawaii dan New Zealand. Dari Atafu di utara ke Fakaofo di selatan, Tokelau memanjang kurang 200 km. Atol-atol ini terletak kira-kira 500 kilometer (311 batu) utara Samoa. Atol-atol Tokelau ialah Atafu, Nukunonu dan Fakaofo. Keluasan tanah gabungan ialah 10.8 km2 (4.2 bt2). Stiap atol memiliki sebilangan pulau karang yang memiliki kampung. Titik tertinggi Tokelau hanya 5 meter (16 kaki) atas paras laut.[3] Tokelau tiada pelabuhan bagi kapal-kapal besar, tetapi mempunyai jeti bagi pengangkutan barangan dan orang ramai.[4][5][6] Tokelau berkedudukan dalam garisan siklon tropika Pasifik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tokelau: Wrong local time for over 100 years
- ^ "Tokelau Info". Tokelau-info.tk. Dicapai pada 2011-12-30.
- ^ "Tokelau High Point - Peakbagger.com". www.peakbagger.com.
- ^ "Port of Atafu". MarineTraffic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2017. Dicapai pada 9 March 2017.
- ^ "WPS – Nukunonu Harbor". World Port Source. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2016. Dicapai pada 9 March 2017.
- ^ "Port of Fakaofo". MarineTraffic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2017. Dicapai pada 9 March 2017.