Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun
Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun | |
---|---|
Aktif | 19 Mac 1944 - 15 Ogos 1945 |
Negara | Empayar Jepun |
Cawangan | Tentera Darat Imperial Jepun |
Jenis | Infantri |
Peranan | Tentera darat medan |
Pangkalan | Singapura |
Nama samaran | 岡 (Oka = "bukit") |
Pertempuran | Kempen Borneo (1945) Operasi Tiderace |
Tentera Darat Wilayah Ke-7 Jepun (第7方面軍 , Dai nana hōmen gun) ialah sebuah tentera darat medan buat Tentera Darat Imperial Jepun sewaktu penghujung Perang Pasifik, Perang Dunia Kedua.[1]
Tentera Darat Wilayah Ke-7 terbentuk pada 19 Mac 1944 di bawah Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan untuk menjalankan tugas khusus iaitu menentang pendaratan Pihak Bersekutu di wilayah-wilayah yang diduduki Jepun di Malaya British, Singapura dan Borneo, Pulau Jawa, dan Sumatera. Tugas tambahan pasukan ini adalah memperkukuhkan barisan pertahanan baharu selepas kehilangan Kepulauan Solomons, New Guinea dan bahagian-bahagian timur Hindia Timur Belanda.[2] Markas pasukan ini terletak di Singapura dan dimansuhkan di sana berikutan penyerahan kalah Jepun pada penghujung Perang Dunia Kedua.[3]