Taufan Morakot
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 2 (SSHWS) | |
Terbentuk | 2 Ogos 2009 |
Reda | 11 Ogos 2009 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 150 km/j (90 bpj) 1 minit berterusan: 155 km/j (100 bpj) |
Tekanan terendah | 945 hPa (mbar); 27.91 inHg |
Kematian | 640 maut, 92 hilang |
Kawasan terjejas | Filipina, Taiwan, China, Korea, Jepun |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2009 |
Taufan Morakot (gelaran antarabangsa: 0908, JTWC: 09W, PAGASA: Kiko) merupakan taufan paling membawa maut yang melanda Taiwan dalam sejarah terakam. Ia terbentuk pada awal 2 Ogos 2009 sebagai sebuah tekanan rendah tropika, sebelum bertambah kuat dan diberi nama Morakot pada 3 Ogos. Taufan ini melanda Taiwan pada 7 Ogos dan tanah besar China pada 9 Ogos, sebelum akhirnya lenyap 11 Ogos.
Taufan Morakot membawa kerosakan besar di Taiwan, membunuh 461 orang dan 192 lagi hilang, kebanyakannya dikhuatiri mati. Nilai kerosakan dijangka sekitar NT$110 bilion ($3.3 bilion USD). taufan ini turut menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara Filipina yang membunuh 26 orang.
Mangsa di Filipina
[sunting | sunting sumber]Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan yang sedang mendaki Gunung Pinatubo terperangkap dalam tanah runtuh, lapor Gabenor wilayah Tarlac, Victor Yap.Tiga warga Perancis dihanyutkan banjir kilat Kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila teruk terjejas.Ketua polis, Leo Nilo dela Cruz menganggarkan 1,000 penduduk di Botolan dipindahkan kerana daik di Gunung Pinatubo runtuh.
Kampung yang terlibat ialah Paudpod, San Juan, Baton-lapoc, Carael, Tampo, Paco, San Miguel, Binig, Bangan, dan Capayawan silandar banjir banjir sedalam 4-5 kaki.
Mangsa di China
[sunting | sunting sumber]Lebih 21,190 penduduk di wilayah Fujian, tenggara China dipindahkan. 34,000 kapal berlindung di pelabuhan berhampiran pantai Fujian. Ombak 6-9 meter melanda pantai.Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di pantai Zhejiang dipindahkan.480,000 di Fujian dipindahkan.Beberapa lebuh raya di rantau ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Hujan lebat 30 sentimeter di Fujian.
Mangsa di Taiwan
[sunting | sunting sumber]Pusat Biro Cuaca Taiwan menyatakan taufan berada di 220 km di tenggara daerah Yilan, timur Taiwan dengan kelajuan angin 144 km sejam.sekurang-kurangnya 90 orang terkorban, beratus-ratus orang hilang dan beratus-ratus orang lagi cedera .Semua sekolah dan perniagaan ditutup .Beberapa penerbangan antarabangsa turut dibatalkan. Kesemua penerbangan domestik dari Taipei juga dibatalkan.Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk terperangkap dalam banjir di daerah, Kaousiung, Taitung, Nantau Tainan, Chiayi dan Pingtung.[1][2][3]
- Pada Ogos 1959 taufan telah membunuh 667 orang dan menyebabkan 1,000 lagi hilang di Taiwan.
Mangsa di Jepun
[sunting | sunting sumber]11 orang dilaporkan mati dan 20 hilang di Jepun.