Tahun-tahun Plumbum
Tahun-tahun Plumbum, dengan "plumbum" melambangkan peluru, boleh merujuk kepada:
- Kediktatoran tentera Brazil (anos de chumbo) antara 1964 hingga 1985
- Tahun-tahun plumbum (Itali)(anni di piombo), terorisme antara akhir 1960-an hingga akhir 1980-an
- Tahun-tahun Plumbum (Maghribi) (années de plomb) antara 1970-an - 1980-an
- Años_de_Plomo[1] (años de plomo) antara 1970-an - 1980-an.
Lebih umum lagi, istilah "Tahun-tahun Plumbum" merujuk kepada fenomena Eropah yang tidak sangkut-menyangkut dengan Perang Dingin. Ia dicirikan oleh terorisme sayap kiri dan sayap kanan, serta juga strategi ketegangan. Antara kumpulan teroris tersebut termasuk Puak Tentera Merah Jerman, dan Action Directe Perancis.
Di Belgium, années de plomb atau "Lapan Puluhan Berdarah", merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai Brabant yang mengakibatkan 28 kematian. Westland New Post (WNP), sebuah gerakan kanan-jauh, telah disyaki terlibat dalam kempen tersebut. Sebaliknya, serangan Sel Penempur Komunis, suatu kumpulan yang tidak kekal lama, membunuh dua orang. Banyak kumpulan sayap kanan yang terlibat telah dikaitkan kepada Operasi Gladio.