Pergi ke kandungan

Seth Gabel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seth Gabel
Kelahiran
Seth Cosentino

(1981-10-03) 3 Oktober 1981 (umur 43)
PasanganBryce Dallas Howard (2006 - sekarang)

Seth Gabel (dilahirkan dengan nama Seth Cosentino; pada 3 Oktober, 1981) ialah seorang pelakon Amerika.

Gabel telah menarik perhatian apabila dia melakonkan watak Adrian Moore yang mengidap kompleks Oedipus, anak lelaki Ava Moore (yang dilakonkan oleh Famke Janssen) yang keliru secara seksual dalam siri FX, Nip/Tuck. Jalan ceritanya menarik banyak perhatian kerana hubungan sumbang mahram dan keji secara emosi mereka.

Di layar perak, Gabel kini menyempurnakan penerbitan pada drama remaja Universal Pictures, Kids in America yang dibintangi Topher Grace. Filem itu pada masa ini dirancang untuk tayangan 2008. Dia muncul dalam versi filem 2006 bagi novel Dan Brown yang laris di pasaran, The Da Vinci Code, arahan Ron Howard.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]