Pergi ke kandungan

Selat Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selat Inggeris
LokasiBarat Eropah; antara Laut Celtic dan Laut Utara
Sebahagian dariLautan Atlantik
Aliran masuk utamaSungai Exe, Sungai Seine, Sungai Test, Sungai Tamar, Sungai Somme
Negara lembanganUnited Kingdom
Perancis
Bailiwick of Guernsey
Bailiwick of Jersey
Kedalaman maksimum174 m (571 ka)
di Hurd's Deep
Kemasinan3.4–3.5%
PulauÎle de Bréhat, Île de Batz, Chausey, Tatihou, Îles Saint-Marcouf, Isle of Wight, Jersey, Guernsey, Alderney, Sark, Herm
PetempatanBournemouth, Brighton, Plymouth, Portsmouth, Calais, Le Havre

Selat Inggeris (bahasa Inggeris: English Channel) adalah selat yang memisahkan Great Britain dari negara-negara Eropah lain. Selat ini berukuran lebih kurang 562 kilometer (350 batu) panjang dan mempunyai lebar antara 240 kilometer (150 batu) kepada hanya 34 kilometer (21 batu) di Selat Dover. Selat Inggeris adalah lautan cetek yang paling kecil di benua Eropah dengan keluasan 75,000 kilometer² (29,000 batu persegi).

Penduduk UK yang ingin melawat Eropah, atau orang dari Eropah yang ingin berkunjung ke UK boleh mengambil feri untuk ke seberang atau menaiki keretapi di bawah saluran dalam satu terowong yang dipanggil Terowong Selat (dipanggil Chunnel).

Penyeberangan selat terkenal

[sunting | sunting sumber]

Sebagai salah satu selat tersempit tetapi terkenal, penyeberangan selat ini telah menjadi objektif ramai orang, sama ada menggunakan teknologi udara, air ataupun tenaga manusia.

Oleh kerana Selat Inggeris tidak mempunyai arus berbahaya, ramai orang berenang menyeberangi selat ini. Sukan berenang menyeberangi Selat Inggeris dianggap bermula pada akhir abad ke-19 apabila Kapten Matthew Webb disaksikan berenang tanpa bantuan menyeberangi Selat Dover dari England ke Perancis pada 2425 Ogos 1875 dalam masa 21 jam dan 45 minit.

Gertrude Ederle adalah wanita pertama yang berenang menyeberangi Selat Inggeris. Abdul Malik Mydin merupakan perenang dari Malaysia yang pertama berenang merentasi Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 42 minit.