Pergi ke kandungan

Rozita Che Wan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rozita Che Wan
Kelahiran
Rozita binti Che Wan @ Abu Bakar

(1974-03-09) 9 Mac 1974 (umur 50)
Nama lainChe Ta
PekerjaanPelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif1993–2004 (sebagai model)
2005–kini (sebagai pelakon)
Pasangan
  • Azuar Effendy Zulkaply (k. 1995; c. 2003)
  • Zain Saidin (k. 2013)
Anak-anak3
SaudaraAyu Raudhah (adik)

Rozita binti Che Wan @ Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1974) ialah seorang pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari[1]. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin[2].

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1974 di Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Ketika itu beliau menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun. menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian, beliau bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 41, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. (pada 2014) . Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 2005. Namun sebelum itu beliau pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah "Cinta Terhalang". Beliau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

Kerjaya lakonan

[sunting | sunting sumber]

Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique yang ditulis ole lh penulis skrip Nor Faznita Md Nor dan drama bersiri Sesuci Cinta Sofiya bersama Rosyam Nor serta menjadi model video muzik lagu "Juwita Citra Terindah" dendangan M. Nasir. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 60 judul drama TV yang kebiasannya bergenre komedi. Bagi 2007 sahaja, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Jelatang dan Susuk 2.

Setelah dua tahun aktif berlakon pelbagai genre drama, Rozita mendapati lakonannya menerusi karekter komedi lebih mendapat perhatian penonton. Maka sejak itu dia lebih selesa memegang watak komedi, apatah lagi bakat lakonan komedinya membawa beliau ke kemuncak populariti apabila siri komedi Kiah Pekasam yang dijayakan oleh beliau dari tahun 2010 hingga 2013 dalam 3 musim menjadi antara drama kegemaran ramai[3]. Rozita yang sememangnya berpersonaliti ceria dan mudah berjenaka sangat dikenali dengan dialek utara yang sering di bawakannya dalam drama televisyen mahupun ketika ditemubual wartawan. Antara drama komedi lain lakonan Rozita yang mendapat rating tinggi adalah Iparku Diva[4] dan Miss Octopus[5].

Pada tahun 2011, Rozita pernah mengumumkan mahu bersara daripada bidang lakonan ekoran rimas dengan perhatian yang berlebihan diberikan kepadanya, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila tawaran lakonan buatnya masih banyak dan dia dipujuk oleh ramai penerbit untuk terus berlakon[6]. Rozita membuktikan bakat lakonannya tidak hanya pada drama-drama komedi sebaliknya boleh digilap menerusi watak dramatik. Lakonannya sebagai doktor dalam "Masihkah Ada Sinar" melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada tahun tersebut. Malahan Rozita diundang menjadi hos acara tersebut bersama pengacara terkenal Ally Iskandar. Ekoran popularitinya yang meningkat naik, beliau sering dihimpit kontroversi percintaan hingga hampir membuat keputusan untuk bersara. Populariti luar biasanya seolah mengulangi kejayaan karier dramatis terdahulu seperti Lydiawati dan Aida Khalida yang meraih populariti luar biasa setelah berusia lebih dari 35 tahun. Rozita sering menjadi pilihan majalah-majalah hiburan dan fesyen serta karekternya sering menjadi bualan. Dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mengiktiraf populariti artis, Rozita pernah melayakkan diri bertanding bersama pelakon-pelakon muda yang lain menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) sebanyak tiga (3) kali iaitu untuk edisi tahun 2007, 2009 dan 2011. Di layar perak, Rozita tidak begitu menyerlah biarpun membintangi beberapa buah filem seperti "Dunia Baru The Movie", "Misteri Balan Balan" dan "Adik Manja Returns".

Selain itu, pada tahun 2012 Che Ta membuka langkah baru ke dunia pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan program bual bicara Primadona bersama Erra Fazira dan Raja Azura. Program itu bersiaran secara mingguan dan ditayangkan di Astro Prima dari tahun 2012 hingga 2015. Selain berbakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Che Ta juga terkenal kerana kemahiran memasak dan kulinari. Beliau menyertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia pada tahun 2013 yang sekaligus memperkenalkan bakat memasaknya kepada peminat-peminat. Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, gaya lucu Che Ta yang suka bersolek dan berdandan rapi di dapur mencuri perhatian penonton. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse. Che Ta juga pernah menjadi jurucakap produk bagi Rorine dan Safi Rania Gold.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Ketika di awal kemunculann, Rozita Che Wan sering dikaitkan isu hubungan sulit dengan orang kenamaan.[7]

Setelah itu Che Ta dikaitkan pula dengan hubungan istimewa bersama lelaki-lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Antara yang mendapat perhatian adalah penyanyi Shahir Zawawi yang rapat dengannya pada tahun 2010[8]. Tidak lama selepas itu Rozita menerima komen negatif terhadap foto mesranya bersama Zain Saidin dalam laman Instagram milik Zain. Puncanya, apabila gambar yang dimuat naik bersama Zain yang mengundang komen negatif peminat terhadap Rozita apabila dia mengenakan skirt pendek dalam gambar dalam keadakan duduk bersimpul sehingga menampakkan betisnya. Susulan dari kontroversi itu juga Rozita Che Wan atau panggilan manjanya Che Ta ditegur oleh Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Madya Datuk Dr Harlina Halizah Siraj. [9].

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2013, Che Ta dan Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan [10]. Beliau menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000. Majlis resepsi diadakan di Setia Alam Convention Centre dan dihadiri kenalan artis dan kenamaan[11]. Ketika itu mereka menjadi polemik media apabila mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding [12].

Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang. Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik[13]. Bayi itu diberi nama Aaisyah Dhia Rania Zain, dan detik-detik manis kehamilan dan menyambut kelahiran anak sulung Zain, dan anak ketiga Che Ta itu dirakam untuk siaran istimewa program TV Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di Astro[14].

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Dunia Baru The Movie Pengantin Perempuan Filem pertama
Sepi Nina
2009 Sifu dan Tongga Pengawai Polis 1
Jangan Tegur Doktor Lisa
2010 4 Madu Ghasidah
2011 Kembar Siang Jenab Penampilan khas
2012 Misteri Dendam Balan Balan The Movie
Adik Manja Returns Cikgu Sofia
2021 Seandainya Kau Ada Ibu Iskandar Penampilan khas
2022 Operasi UFO
2023 Mat Kola Che Som
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 Diari Ramadhan Rafique Siti Rohani TV3 Drama pertama
2006 Sesuci Cinta Sofiya
2007–2008 Jelatang
2007 Manjalara Marissa
Susuk Maya
2009–2010 Gerak Khas ASP Zita TV2
2009 Kuih Goyang Syafiq Seha TV3
Issandra (drama) Puan Munirah TV2
2010–2013 Kiah Pekasam Kiah Astro Warna
2010 Hani Mariam TV3
2011 Iparku Diva
Ummu Hani
Annissa Balkis TV3
Hilang Salmah TV9
2012 Miss Octopus Oktober TV3
Bunga-Bunga Syurga Baidah
Oh My English! (musim pertama) Sharifah Rohani Astro TVIQ Episod: "Perpisahan Bhg 2"
2013 Kiah The Spy Kiah Astro Warna
Rumah Kedai Siti Pandora TV3 Penampilan khas
Oh My English! (musim ke-2) Sharifah Rohani Astro TVIQ Episod: "Guru Baru"
2015 Mengejar Wardah Wardah TV1
2016 Kak Marr[15] Kak Marr TV3
2017 Kisah Dari Mekah Astro Oasis
2018 Shah & Zam Datin Nita TV3
Lelaki Kiriman Tuhan Kak Bed Astro Oasis
2019 Diari Ramadhan Rafique Reunion Siti Rohani TV3
Suri Katriana Puan Sofea Astro Prima
2020 Family Spy Roz Astro Ceria
Kebaya Kasut Kanvas Cik Pah TV3
Janda Kosmopolitan Syarifah Salmiah Awesome TV
2021 Dia Isteriku Aisyah TV AlHijrah
Dear Cinta Mama Zaris TV3 Penampilan khas
Tahyul Detektif Masni
Dayang Senandung Siti Tanjung TV Okey
2022 Kerana Dia Suka Hajah Mariah TV3
Mem & Bibik Bibik Puan Tiny
Juliet Raihanim TV1
Lot 69 Awesome TV Sitkom
Lockdown 2 Kak Sal Astro Ria
Cinta Buat Dara Kak Rose TV3
Jesnita Rosemilla Astro Prima
TBA Kau Takdirkan Bersama Datin Maimunah TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Cinta Terhalang Telefilem pertama
2006 Relung Kasih
2007 Khafi TV3
Aku Bukan Buaya
2008 Wasiat Fitrah
Cinta Si 3 Teruna Kak Ana TV2
Sebelum Sejadah Dibentang TV3
2009 Rahsia Gambar Juriah
2010 Kuih Goyang Seha Seha
Masih Ada Harapan TV1
Madu Sorok Sofea TV3
2011 Dosa Siapa Hamidah
2012 Suami Terpuji Fara TV9
Aku Janda Belum Kaya Astro Prima
2013 Madu
Kiah Pi Jepun Kiah Astro Warna
2016 Oh Speak English Please Salmah Astro Ria
2021 Lagenda Puteri Bulan TV3
Kuba Guling, Karipap Pusing Mira Awesome TV
2022 Ke Hujung Nyawa Maksu TV AlHijrah Sebagai penerbit
2024 Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka Kiah Astro Ria

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012–2015 Primadona Pengacara bersama Raja Azura, Erra Fazira dan Ziela Jalil Astro Prima
2015 Aku Yang Masak Kau Yang Panas Astro Ria
2016–2017 Teh Tarik Che Ta Pengacara TV1
2017 Air Tangan Bonda Pengacara Astro Prima
Seram Selebriti (Musim 1): Episod 4 Dirinya sendiri
2018 Cuit-Cuit Che Ta Pengacara TV Okey
2020 Ujian Menantu Awesome TV

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 2015-03-03.
  2. ^ http://www.astroawani.com/photos/album/rozita-che-wan-zain-saidin-nikah-719
  3. ^ http://www.limauais.com/tak-dak-sorang-pun-yang-datang-mengorat-rozita-che-wan/
  4. ^ http://www.buzzera.net/2011/03/iparku-diva-produser-bayar-tinggi-pujuk.html
  5. ^ Rozita Che Wan Mahu Lelaki Kacak Tak Banyak Kerenah
  6. ^ http://www2.hmetro.com.my/articles/Keranasayaterlalusunyi/Article/
  7. ^ Rozita nafi nikah Datuk Seri Effendi.
  8. ^ http://beautifulnara.com/pengakuan-cinta-rozita-che-wan-kepada-shahir-sungguh-tulus-gitu/
  9. ^ http://mynewshub.my/2013/03/22/doktor-harlina-tegur-rozita-che-ta/
  10. ^ http://www.rotikaya.com/wedding-of-the-year-zain-saidin-kini-sah-bergelar-suami-rozita-che-wan/
  11. ^ http://www.rotikaya.com/sekitar-resepsi-perkahwinan-ekstravaganza-zain-saidin-dan-rozita-che-wan/
  12. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/395519/che-ta-zain-terima-tajaan-perkahwinan-bernilai-rm13-juta-dari-28-penaja
  13. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/01/che-ta-bersalin/
  14. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/616685/program-pureen-chak-chak-papar-kehidupan-selebriti
  15. ^ Sinopsis Drama Kak Mar ,Slot Iris Tv3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]