Pergi ke kandungan

Reseptor warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sel kon
Butiran
FungsiMelihat warna
Pengenalpastian
MeSHD017949
NeuroLex IDsao1103104164
THH3.11.08.3.01046
FMAFMA:67748
Istilah anatomi neuroanatomi
Struktur sel kerucut.

Reseptor warna atau sering juga disebut sel kon (bahasa Inggeris: cone cell) ialah sel penerima sinar di dalam retina mata yang bertanggung jawab terhadap penglihatan warna. Sel kon akan berfungsi dengan baik dalam keadaan yang cukup terang. Sebagai lawannya, sel batang akan berfungsi dengan baik pada cahaya yang redup.

Osterberg pada tahun 1935 mengatakan, terdapat sekitar enam juta sel kon pada mata manusia.[1] Sementara Curcio pada tahun 1990 mengatakan terdapat sekitar 4,5 juta sel kon dan 90 juta sel batang pada retina manusia.[2][3]

Sel kon kurang sensitif terhadap cahaya dibandingkan dengan sel batang, tetapi sel kon mampu membezakan warna. Sel kon juga dapat melihat butiran yang lebih halus dan kerana memiliki respon yang cepat terhadap perubahan.[4] Manusia biasanya memiliki tiga jenis sel kon dengan iodopsin berbeza, yang memiliki kurva respon yang berbeza, dengan demikian manusia menanggapi variasi warna dengan cara yang berbeza. Hal ini yang membuatian manusia memiliki penglihatan trikromatik. Dalam kes but warna, satu atau lebih sel kon tidak berfungsi sebagai mana mestinya, sehingga penderita buta warna tidak boleh melihat warna tertentu. Pernah juga dilaporkan bahawa terdapat manusia yang memiliki empat atau lebih sel kon yang membuat mereka memiliki penglihatan tetrakromatik.[5][6][7] Kerosakan pada sel kon akan menyebabkan kebutaan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ G. Osterberg (1935). “Topography of the layer of rods and cones in the human retina,” Acta Ophthalmol., Suppl. 13:6, pp. 1–102.
  2. ^ Oyster, C. W. (1999). The human eye: structure and function. Sinauer Associates.
  3. ^ Curcio, CA.; Sloan, KR.; Kalina, RE.; Hendrickson, AE. (February 1990). "Human photoreceptor topography". J Comp Neurol. 292 (4): 497–523. doi:10.1002/cne.902920402. PMID 2324310.
  4. ^ Schwartz, J.H, E.R. Kandel and Jessell, T. M. (2000). Principles of Neural Science (ed. 4th). New York: McGraw-Hill. m/s. 507–513.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Jameson, K. A., Highnote, S. M., & Wasserman, L. M. (2001). "Richer colour experience in observers with multiple photopigment opsin genes" (PDF). Psychonomic Bulletin and Review. 8 (2): 244–261. doi:10.3758/BF03196159. PMID 11495112. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-02-14. Dicapai pada 2021-01-20.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ "You won't believe your eyes: The mysteries of sight revealed". The Independent. 7 March 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-06. Dicapai pada 2021-01-20.
  7. ^ Mark Roth (September 13, 2006). "Some women may see 100,000,000 colours, thanks to their genes". Pittsburgh Post-Gazette.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]