Puchong, Selangor
Puchong ڤوچوڠ | |
---|---|
Nama panggilan: Puchong, Bandar Bunga Kenanga Puchong, Bandar Bunga Semarak Api | |
Cogan kata: Perbandaran Bestari,Kota Niaga Kediaman Idaman Menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pembentukan | sekitar 1900 |
Dinaik taraf Bandaraya Subang Jaya - Bahagian Puchong Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan | 2 Januari 1997 3 Mac 2005 |
Pentadbiran | |
• YDP Subang Jaya- Bahagian Puchong YDP Sepang-Bahagian Puchong Selatan | Tuan Adnan Bin Hj. Md. Ikshan
Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin Datuk Bandar Kuala Lumpur:Datuk mohd Amin Nordin |
Keluasan | |
• Jumlah | 51.71 km2 (19.97 batu persegi) |
Penduduk (2016) | |
• Jumlah | 360,000 |
• Kepadatan | 6,486.54/km2 (16,800.1/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak berkenaan |
Laman sesawang | http://www.mpsj.gov.my/ dan http://www.mpsepang.gov.my/ |
Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil terangkum di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kawasan batu 6 hingga ke Jalan Klang Lama yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebahagian besar dalam Daerah Petaling, ia ditadbir oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.ia juga sangat baik.
Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Sri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil. Manakala kawasan Batu 5 dan 7 Puchong yang berada di sebelah Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan parlimen Seputeh manakala Batu 6 berada dalam kawasan parlimen Lembah Pantai Timur.
Sejarah Puchong
[sunting | sunting sumber]Puchong telah wujud sekurang-kurangnya lebih dari 120 tahun dahulu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.
Sungai Klang merupakan nadi utama bagi Puchong. Puchong mula diteroka apabila beberapa buah estet atau ladang pertanian dibuka secara besar-besaran. Untuk menyokong keperluan buruh yang banyak dalam sektor pertanian, syarikat estet mengambil imigran dari India sebagai pekerja. Tidak lama selepas itu, kawasan pesisir Sungai Klang pula ditemui bijih timah. Kerana industri perlombongan bijih timah, para imigran dari China pula dibawa masuk.
Dikatakan Kuil Hindu di Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SJK (C) Han Ming di Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921. SJK (C) Sin Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun 1946.
Semasa pemberontakan komunis pada tahun 1948, Puchong telah menjadi kawasan hitam dan semua penduduk telah ditempatkan semula ke kawasan yang dikenali sebagai Kampung Baru Batu 14 dengan kawalan pihak Polis.
Penduduk bekerja sebagai penangkap ikan, penoreh getah dan melombong bijih timah. Terdapat beberapa buah syarikat yang mempunyai kapal korek masing-masing. Antara syarikat bijih timah yang pernah beroperasi di Puchong adalah seperti Killinghall Tin Ltd, Hong Kong Tin Ltd, Petaling Tin Ltd, Sungai Klang Dredging dan yang paling besar Ayer Hitam Tin Dredging.
Puchong mula membangun pada tahun 1985 apabila lesen melombong bijih timah tamat dan kemudahan infrastruktur mula dibina kerajaan.
Puchong pada 1980-an
[sunting | sunting sumber]Ekonomi Puchong pada era ini adalah sangat bergantung kepada industri perlombongan (timah & pasir), penorehan getah dan juga pemprosesan serbuk kari. Pada zaman ini pola penempatan Puchong adalah berbentuk sejajar dengan Jalan Puchong. Penempatan ini ditandai dengan "Batu". Penempatan di kawasan Puchong pada zaman itu adalah seperti berikut:
- Batu 6
Sekarang kawasan ini merujuk kepada kawasan di sebelah jambatan yang melintasi Lebuhraya Shah Alam, sebelah Kuala Lumpur. - Batu 8
Sekitar kawasan Kinrara dan Taman Pak Siong. - Batu 9
Merupakan kawasan pusat bagi Puchong, dikenali juga sebagai Bandar Puchong Jaya. Puchong Jaya merupakan salah satu susur keluar ke Lebuhraya Puchong-Sungai Besi , Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). - Batu 11
Kini masih wujud, merujuk kepada Kampung Melayu berhampiran "Lurah Besar" Puchong, dekat dengan Bandar Puchong Jaya.Di tahun 60an hingga 70an terdapat sebuah kawasan penternakan buaya di Batu 11 Puchong dan pada tahun 70an juga terdapat satu banjir besar telah melanda Puchong.Akibat dari peristiwa banjir tersebut,kebanyakkan buaya buaya yang berada di kawasan Batu 11 Puchong telah terlepas dan mendiami kebanyakkan sungai,lombong dan juga tasik di sekitar Puchong. Ini termasuk juga 'Buaya Puchong' yang mendiami tasik di Kampung Sri Aman. Ramai warga setempat mengatakan yang buaya tersebut terlepas semasa banjir besar pada tahun 70an dan telah mendiami tasik berkenaan. - Batu 12
Pada masa dulu ia adalah pusat bagi penduduk Puchong. Balai polis Puchong asal terletak di sini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Bandar Puchong Jaya. Terdapat juga beberapa buah rumah kedai namun telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Damansara Puchong. Kawasan ini sekarang lebih dikenali sebagai Bandar Puteri Puchong. Tepat pada selekoh besar LDP, terdapat kilang traktor. Sekarang pekan Puchong Batu 12 cuma tinggal sebuah Masjid, dan juga rumah JKR. - Batu 13
Merujuk kepada penempatan di tepi Sungai Klang. Di sini juga ada sebuah kilang kari iaitu kilang Kari Cap Burung.Terdapat 6 buah kampung di Batu 13 Puchong Kampung Baru Sri Puchong, Kampung Sri Langkas, Kampung Sri Langkas Tambahan,Kampung Sri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 80an terdapat satu peristiwa buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan dipuchong telah terbalik,ia berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai. 'Buaya Puchong' yang dahulunya menjadi tajuk besar didalam surat khabar juga berasal dari sebuah tasik semulajadi di Kampung Sri Aman Batu 13 Puchong. - Batu 14
Merupakan penempatan tradisi di kawasan Puchong yang dipelihara dengan lengkap. Selain itu tempat ini juga terkenal dengan masakan Hakka Yong Tau Fu. - Batu 16
Sebuah penempatan estet yang telah dibangunkan menjadi kawasan perumahan baru iaitu Bandar Bukit Puchong 1 dan Bandar Puchong Utama. - Batu 17
Merujuk kepada kawasan lombong Ayer Hitam yang merupakan lombong terbesar di Puchong. Dahulu di sini terdapat banyak penempatan penduduk. Namun pada pertengahan 1980-an, apabila lombong ditutup kawasan ini dikenali sebagai bandar hantu sehinggalah kerajaan negeri membangunkan semula kawasan ini kepada pertumbuhan penempatan baru yang dikenali sebagai Putra Perdana, Danau Putra, Aman Putra dan Nusaputra. - Batu 18
Merujuk kepada kawasan sekitar Kampung Pulau Meranti dan kawasan perumahan baru seperti KiPark Puchong,Taman Meranti Indah dan Desaria Kondominium.
Demografi Puchong
[sunting | sunting sumber]Kawasan Puchong mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 380,000 orang. Namun jumlah ini adalah jumlah yang telah dimasukkan sebahagian kawasan Sepang yang mempunyai poskod yang sama iaitu dari 47100 sehingga 47190 di bawah nama Puchong dan ianya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya. Demografi Puchong terbahagi kepada dua iaitu:-
Kawasan Daerah Petaling
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Petaling adalah dianggarkan seramai 295,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu menguasai 45% peratus dari jumlah penduduk diikuti oleh kaum Cina 40%, India 14% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan penduduk. Kebanyakkan kaum Melayu mendiami kawasan kampung-kampung di sepanjang Sungai Klang dan taman-taman perumahan seperti di Kampung Baru Batu 14, Puchong Permai, Puchong Perdana, Saujana Puchong, Puchong Prima, Puchong Indah, Puchong Utama, Bukit Puchong 1 dan Puchong Intan. Manakala kaum Cina banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan perumahan seperti Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Bandar Puteri, Bandar Kinrara, sekitar Puchong Batu 8, Taman Kinrara, Kampung Baru Cina di Batu 14 dan Mutiara Puchong. Bagi kaum India pula penempatan mereka tertumpu kepada Kampung Bunga Melur di Batu 14, sekitar Sri Puchong dan Kampung Tun Razak. Terdapat juga penempatan kaum asli di Puchong iaitu di Puchong Batu 14 dikenali sebagai Kampung Sungai Rasau.
Kawasan Daerah Sepang
[sunting | sunting sumber]Bagi jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Sepang pula, jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 85,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 10% dan kaum India 13%.
Agama
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4 kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong.Majoriti kaum di Puchong adalah _______ .Antara yang terdapat di Puchong ialah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong, Masjid Bandar Bukit Puchong, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, sebuah Gereja Katolik serta sebuah Kuil Buddha bernama Lumbini Garden telah dibuka di Bandar Puteri.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong
Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang. Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong akan menerima 13 stesen baru.
Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:
- Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Lebuhraya Puchong-Sungai Besi
- Lebuhraya Persekutuan
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuhraya Puchong-USJ (dalam perancangan)
- Lebuhraya KL-Putrajaya-KLIA
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Puchong hanya mempunyai dua buah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya dan Rima International University College yang terletak di Bandar Puteri serta 2 buah kolej swasta di Puchong Prima iaitu KFCH International College (
dahulunya dikenali sebagai Paramount International College) dan Kolej MASA (Malaysian Academic & Skills Advancement). Di samping itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.
Senarai Kolej
[sunting | sunting sumber]- Kolej Tingkatan Enam Puchong
Senarai sekolah menengah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Batu 14
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Bandar Kinrara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kinrara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl
- Sekolah Menengah Dharma Jalan Puchong Batu 6
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1
- Sekolah Menengah Islam Puchong
Senarai sekolah rendah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming
- Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
- Sekolah Kebangsaan Puchong
- Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong
- Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai
- Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1
- Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
- Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
- Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya
- Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1
- Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
- Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 100-99
- Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3
- Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
- Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
- Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Harcroft
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kheng Chee
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Kinrara
- Sekolah Rendah Satya Sai
- Sekolah Kebangsaan Sri Suria Taman Tan Yew Lai
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Puchong Batu 14
- Sekolah Rendah Agama Batu 13 Puchong
- Sekolah Rendah Islam (SERI) Nurul Hidayah
Sukan dan Rekreasi
[sunting | sunting sumber]Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Pemandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong, Pusat Perubatan KPMC [1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.Terdapat sebuah lagi klinik kerajaan iaitu Klinik kesihatan Petaling Bahagia yang terletak di Batu 6 Jalan Puchong iaitu di sebelah Kuala Lumpur.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.
Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.
Senarai Taman Perumahan
[sunting | sunting sumber]Puchong mempunyai banyak kawasan perumahan yang pesat membangun. Antaranya ialah:-
DI bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Taman Sri Jati
- Kampung Petaling Bahagia
- Taman Tan Yew Lai
- Taman Awan
- Taman Yarl
- Kondominium Tiara Mutiara 1 & 2
- Taman Kuchai
- Taman Nam Fong
- Kondominium Sutera Maya
- Kampung Bohol
- Taman Puchong Batu 6 1/2
- OUG Parklane
- Taman Angkasa
- Taman Puchong Indah batu 6 1/2
- Taman Sri Pandyan
- Kuaters JKR Jalan Puchong Batu 6 1/2
- PPR Kampung Muhibbah
- Landang Bukit Jalil batu 6 1/2 Puchong
- Kinrara Mas
- Kem Tentera Kinrara Batu 7 1/2
- PPR Pinggiran Bukit Jalil
- Mutiara Bukit Jalil
- Residensi Puchongmas
- The Nest Residence
- Taman Lucky
- Taman Suria
- Andes Residence
Di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya
[sunting | sunting sumber]- Puchong Batu 14
- LakeSide City
- AmanSierra
- Puchong Impiana
- Puchong Hartamas
- Puchong Jaya
- Puchong Perdana
- Puchong Utama
- Taman Tenaga
- TTDI Puchong
- Taman Kinrara
- Bandar Kinrara
- Puchong Indah
- Puchong Intan
- Pusat Bandar Puchong
- Bandar Bukit Puchong 1
- Bandar Puteri Puchong
- Taman Bukit Kuchai
- Taman Puchong Prima
- Taman Puchong Permai
- Taman Puchong Permata
- Desa Milennia
- Taman Maju Jaya
- Taman Sri Puchong
- Lake Edge
- Mutiara Puchong
- Mutiara Indah
- Saujana Puchong
- Taman Puchong Tekali
- Taman Tasik Prima
- Lake Residency
- Taman Lestari Puchong
- Pusat Perdagangan Puchong Gateway
- Setia Walk
- Grandview Puchong
- Amansari
- Austral Yarra Link
- Rumah Murah PKNS
- Taman Paik Siong
- Taman Damai Utama
Di bawah Majlis Perbandaran Sepang
[sunting | sunting sumber]- Bandar Nusaputra
- Selangor Science Park 2
- SPSetia Eco Glades
- Taman Amanputra
- Taman Putra Perdana
- Taman Danau Putra
- Taman Meranti Jaya
- Taman Meranti Permai
- Taman Putra Impiana
- Taman Mas Puchong
- Taman Tasik Puchong
- Desa Air Hitam
- Taman Putra Prima
- Bandar Bukit Puchong 2
- Taman Meranti Indah
- Taman Prima Tropika
- Bandar D'Alpinia
- KiPark Puchong
- Desaria Kondominium
- Alam Sanctuary
- Suria Tropika
- Duta Perdana
- Taman Lestari Permai
- Abadi Heights
- Bandar 16 Sierra
- X2 Residency
- KOI Prima
- D'Island
- Kampung Pulau Meranti
Pembahagian Kawasan Poskod Baru 471xx
[sunting | sunting sumber]Puchong kini memiliki 11 zon poskod (termasuk yang berada dalam Kuala Lumpur).Ini adalah kerana kawasan ini antara yang paling pesat membangun. Berikutan dengan itu, pertambahan bilangan penduduk telah menyebabkan kawasan yang sebelumnya menggunakan 47100 Puchong, kini telah berkembang pada dua angka dihujungnya (47100 - 47190). Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru itu selain memudahkan urusan surat menyurat atau kurier oleh Pos Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Kawasan yang menggunakan poskod 58200 Kuala Lumpur (Terangkum dalam Wilayah Persekutuan, telah terpakai sekian lama)
- Taman Sri Jati
- Kampung Petaling Bahagia
- Taman Tan Yew Lai
- Taman Awan
- Taman Yarl
- Kondominium Tiara Mutiara 1 & 2
- Taman Kuchai
- Taman Nam Fong
- Kondominium Sutera Maya
- Taman Puchong Batu 6 1/2
- OUG Parklane
- Taman Angkasa
- Taman Puchong Indah Batu 6 1/2
- Taman Sri Pandayan
- Kampung Bohol
- Taman Industri OUG Jalan Puchong
- PPR Kampung Muhibbah
- Ladang Bukit Jalil Batu 6 1/2 Puchong
- Kem tentera Kinrara Batu 71/2
- Kinrara Mas
- PPR Pinggiran Bukit Jalil
- Kuaters JKR Jalan Puchong Batu 6 1/2
- Mutiara Bukit Jalil
- Residensi Puchongmas
- Taman Lucky
- Taman Suria
- The Nest Residence
- Andes Residence
Kawasan yang menggunakan poskod 47100 Puchong (Poskod asal)
- Bandar Puteri
- Taman Industri Pusat Bandar Puchong
- Puchong Batu 12 sehingga Batu 14
- Taman PKNS
- Taman Puchong Hartamas
- Taman Puchong Impian
- Bandar Puchong Utama
- Kampung Pasir Baru
- Kampung Bunga Melur
- Kampung Pasir Cina
- Kampung Baru Puchong
- Koi Tropika
- Saujana Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47110 Puchong
- Taman Saujana Puchong
- Taman Lestari Puchong
- Pusat Bandar Puchong Gateway
- Taman Mutiara Indah
- Kampung Baru Orang Asli Batu 14
- Heron Residency
- Laman Grandview
Kawasan yang menggunakan poskod 47120 Puchong
- Bandar Bukit Puchong
- Taman Desa Air Hitam
- Taman Perindustrian Meranti Jaya
- Taman Meranti Jaya
- Taman Putra Impiana
- Taman Tasik Puchong
- Pulau Meranti
- Taman Meranti Indah
- Taman Perindustrian Tasik Perdana
- Duta Perdana
- Taman Meranti Permai
- Taman KiPark Puchong
- Desaria Apartment
- Taman Abadi Tien Nien
- Bandar 16 Sierra
- Bandar D'Alpinia
Kawasan yang menggunakan poskod 47130 Puchong
- Taman Putra Perdana
- Taman Aman Putra
- Bandar Nusaputra
- Taman Putra Prima
- Taman Mas Sepang
- Taman Pinggiran Cyber
- Selangor Science Park 2
- SPSetia Eco Glades
Kawasan yang menggunakan poskod 47140 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47150 Puchong
- Taman Puchong Utama-Jalan Mawar and Jalan Utama sahaja
- Taman Puchong Perdana
- Taman Desa Millenium
- Taman Puchong Prima
- Taman Tasik Prima
- Taman Puchong Permai
- Taman Puchong Permata
- Taman Puchong Indah
- Taman Puchong Intan
- TTDI Puchong
- Puchong Batu 12 3/4
- Kampung Tengah
- Kampung Kenangan
- Kampung Kuala Sungai Baru
- Kampung Sri Aman
- Kampung Sri Puchong
- Kampung Bersatu
- Kampung Sri Andalas
- Kampung Sri Langkas
- Taman Puchong Tekali
Kawasan yang menggunakan poskod 47160 Puchong
- Taman Perindustrian Puchong
- Pusat Bandar Puchong
- Taman Sri Puchong
- Setia Walk
- Taman Lake Edge
- Taman Lake Residency
- Taman Mutiara Puchong
- Taman Wawasan-Jalan Wawasan 1 sehingga 5
- Austral Yarra Link
Kawasan yang menggunakan poskod 47170 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47180 Puchong
- Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6
- Taman Kinrara TK 1 Sehingga 2
- Taman Perindustrian Kinrara
- Taman Puncak Kinrara
- Taman Bukit Kinrara
- Taman Paik Siong
- Taman Damai Utama
Kawasan yang menggunakan poskod 47190 Puchong
- Taman Kinrara TK 3 Sehingga 4
- Taman Mawar
- Taman Kandan Baru
- Taman Kandan Lama
- Taman Bukit Kuchai
- Taman Sunway Kinrara
Senarai Kompleks Beli-belah
[sunting | sunting sumber]- Lotus's Pusat Bandar Puchong
- Lotus's Bandar Bukit Puchong
- IOI Mall Bandar Puchong Jaya
- IOI Boulevard (Bertentangan IOI Mall)
- Giant Hypermarket Bandar Kinrara
- Giant Supermarket Taman Kinrara
- AEON Bandar Puchong
- AEON BiG Bandar Puchong Utama
- HeroMarket Bandar Puteri Puchong
- HeroMarket Batu 14, Kampung Baharu Puchong
- HeroMarket Taman Meranti Jaya
- Pasaraya OTK Taman Puchong Prima
- Pasaraya Puchong Perdana Taman Puchong Perdana
- Pasaraya Bintang Mart Taman Kinrara
- Setia Walk Pusat Bandar Puchong
- The Gladdes
- Taman Tasik Prima-Dalam Pembinaan
- M Square Millenia City-Dalam Pembinaan
Senarai Institusi Kewangan
[sunting | sunting sumber]Bank tempatan
[sunting | sunting sumber]- Maybank
- Affin Bank
- CIMB Bank
- AmBank
- Hong Leong Bank
- Public Bank
- Bank Rakyat
- Eon Bank
- Alliance Bank
- Bank Simpanan Nasional
- RHB Bank
Bank luar negara
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Direktori Perniagaan Puchong Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine
- Portal Komuniti Bandar Nusaputra Puchong Diarkibkan 2011-08-05 di Wayback Machine
- KPMC Puchong Sdn.Bhd Medical Centre
- Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Majlis Perbandaran Sepang
- Laman Web dan Forum Penduduk Bandar Bukit Puchong
- Koleksi peta-peta Puchong
- Columbia Asia Medical Center
- Web Forum Penduduk Bandar NusaPutra Puchong[pautan mati kekal]
- Web Forum Penduduk Bandar Puteri Puchong
- Web Penduduk AmanPutra Puchong[pautan mati kekal]