Presiden Laos
Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao | |
---|---|
Bidang kuasa | Laos |
Kediaman | Vientiane |
Dilantik oleh | Perhimpunan Kebangsaan |
Tempoh jawatan | 5 tahun |
Penjawat sulung | Putera Souphanouvong |
Dibentuk | 2 Disember 1975 |
Timbalan/naib | Naib Presiden Laos |
Senarai | List of presidents of Laos (en) |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao adalah ketua negara Laos.
Kuasa
[sunting | sunting sumber]Presiden mewakili dalaman dan luaran Laos , menyelia kerja serta memelihara kestabilan sistem pemerintahan negara dan melindungi kebebasan dan integriti wilayah negara ini. Presiden melantik Perdana Menteri, naib presiden, menteri-menteri dan pegawai-pegawai lain dengan persetujuan Perhimpunan Kebangsaan.
Ketua negara adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Rakyat Lao. Sejak Laos adalah sebuah negara satu parti, dengan Parti Revolusi Rakyat Lao sebagai parti tunggal yang dibenarkan oleh perlembagaan, semua presiden Republik Demokratik Rakyat telah menjadi anggota parti itu semasa memegang jawatan.
Presiden terkini adalah Bounnhang Vorachit, sejak 20 April 2016. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos, menjadikan beliau menduduki tempat pertama dalam hierarki Politburo itu.[1]
Senarai presiden
[sunting | sunting sumber]No. | Potret | Nama (Lahir–Kematian) |
Tempoh berkhidmat | Parti politik | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Memegang jawatan | Meninggalkan jawatan | Tempoh dalam jawatan | ||||
1 | Souphanouvong (1909–1995) |
2 Disember 1975 | 15 Ogos 1991 | 15 tahun, 256 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
— | Phoumi Vongvichit (1909–1994) Pemangku Presiden (untuk Souphanouvong) |
31 Oktober 1986 | 15 Ogos 1991 | 4 tahun, 288 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
2 | Kaysone Phomvihane (1920–1992) |
15 Ogos 1991 | 21 November 1992 | 1 tahun, 98 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
3 | Nouhak Phoumsavanh (1910–2008) |
25 November 1992 | 24 Februari 1998 | 5 tahun, 91 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
4 | Khamtai Siphandon (1924–) |
24 Februari 1998 | 8 Jun 2006 | 8 tahun, 104 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
5 | Choummaly Sayasone (1936–) |
8 Jun 2006 | 20 April 2016 | 9 tahun, 317 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao | |
6 | Bounnhang Vorachith (1938–) |
20 April 2016 | Penyandang | 8 tahun, 204 hari | Parti Revolusi Rakyat Lao |