Portal:Hal semasa di Malaysia/2008
Penampilan
2008
[sunting sumber]- 29 Dis - Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
- 27 Dis - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
- 27 Disember - Program tarian I-Dance diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang.
- 16 Dis - Harga minyak Malaysia turun lagi 10 sen.
- 10 Dis - Yazid Sufaat dan beberapa orang lagi dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- 7 Dis - Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, mengorbankan lima orang dan menimbus 14 buah rumah.
- 6 Dis - Shah Rukh Khan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan Melaka.
- 5 Dis - Pilihan raya kecil Kuala Terengganubakal diadakan pada 17 Januari 2009 selepas kematian Ahli Parlimennya Datuk Razali Ismail.
- 3 Dis - Jaringan Rakyat Tertindas melancarkan kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan.
- 3 Dis - Piala Monsun 2008 diadakan di Terengganu.
- 3 Dis - Harga minyak Malaysia turun lagi 10 sen.
- 30 Nov - Kerajaan Selangor lepas tangan isu projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah tergendala akibat protes penduduk setinggan Kampung Sungai Terentang.
- 28 Nov - Kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat 2008 diadakan di Shah Alam, Selangor.
- 24 Nov - Anugerah Merdeka disampaikan buat pertama kali.
- 22 Nov - Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan yoga dalam bentuk asalnya.
- 18 Nov - Harga minyak Malaysia turun lagi 15 sen.
- 7 Nov - Piala Dunia Wakeboard dan Water Ski 2008 diadakan di Putrajaya.
- 1 Nov - Harga minyak Malaysia turun lagi 15 sen.
- 28 Okt - Kerajaan menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC 725 akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil.
- 15 Okt - Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu.
- 15 Okt - Kerajaan mengisytiharkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.
- 15 Okt - Harga minyak Malaysia turun antara 10 dan 20 sen.
- 10 Okt - Universiti Malaya memperbaiki kedudukannya dan kekal sebagai universiti terbaik Malaysia dalam senarai Kedudukan Universiti Dunia THES - QS.
- 8 Okt - EPG Malaysia-Indonesia kedua berlangsung di Kuala Lumpur.
- 8 Okt - Presiden UMNO Abdullah bin Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya di Perhimpunan Agung yang akan datang.
- 4 Okt - Anak kapal Melati 2 dan 5 yang dibebaskan lanun pulang ke tanah air.
- 1 Okt - Kehadiran penyokong Hindraf di hari terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri menimbulkan kekecohan.
- 30 Sept - Sebuah tongkang ke Sumatera karam berhampiran Pelabuhan Klang, mengorbankan 14 orang.
- 30 Okt - Anak kapal Melati 2 dan 5 yang ditawan lanun dibebaskan.
- 27 Sept - Perhimpunan Anti ISA 2008 diadakan di Puduraya, Kuala Lumpur.
- 27 Sept - Perhimpunan Agung UMNO ditunda ke Mac 2009.
- 25 Sept - Harga minyak Malaysia turun 10 sen.
- 17 Sept - Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan Nasional.
- 17 Sept - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan Timbalan PM Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak bertukar portfolio Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan Malaysia.
- 16 Sept - Mahkamah Persekutuan memutuskan kerusi DUN N15 Sanglang diberikan kepada Hashim Jasin (PAS) selepas dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 18 Jun.
- 15 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan.
- 12 Sept -Polis menahan tiga orang awam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- 3 Sept - Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dikatakan melabel orang Cina sebagai "orang tumpang" ketika berkempen semasa pilihan raya kecil lalu.
- 30 Ogos - Terjun Antarabangsa Menara KL 2008 diadakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.
- 29 Ogos - Sebuah lagi kapal MISC, kapal tangki MT Bunga Melati V telah dirampas lanun di perairan Teluk Aden.
- 27 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008, sekaligus menjadi ketua pembangkang.
- 25 Ogos - Kedah FA mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, menjadi kelab pertama berjaya mempertahankan tiga kejuaraan utama.
- 25 Ogos - Qari Indonesia Mu'min Mubarok dan qariah Thailand Fatimah Ha' ra' ti' menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2008 yang diadakan di Kuala Terengganu.
- 20 Ogos - Dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak ditangkap Badan Pencegah Rasuah atas tuduhan rasuah dan seks.
- 18 Ogos - Kapal dagang MT Bunga Melati II milik MISC telah dirampas lanun di perairan Teluk Aden, antara Somalia dan Yaman.
- 17 Ogos - Lee Chong Wei mengakhiri kemarau tanpa pingat selama 12 tahun setelah berjaya mendapat pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 buat Malaysia.
- 17 Ogos - Sebuah tangki minyak di Terminal Minyak Pelabuhan Tanjung Langsat terbakar.
- 9 Ogos - Gangguan bekalan elektrik selama 3 jam terjadi di Sarawak.
- 9 Ogos - Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia diadakan di Kuala Lumpur, menimbulkan banyak bantahan.
- 5 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos 2008.
- 3 Ogos - Sebatang tiang Jejambat Kepong Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur retak lagi.
- 31 Julai - Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
- 15 Julai - Tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
- 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
- 5 Jun - Harga minyak Malaysia naik mendadak.
- 31 Mei-9 Jun - Sukan Malaysia 2008 berlangsung di Terengganu. Tuan rumah Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan.
- 30 Mei - Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras/Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka sementara keputusan mahkamah dibuat.
- 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia.
- 19 Mei - Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Mahathir bin Mohamad mengumumkum keluar dari UMNO.
- 4 Mei - Karpal Singh dan Ngeh Koo Ham dikatakan mencabar titah Sultan Perak mengenai isu pengarah JAIP Jamry Sury.
- 3 Mei - Sebuah kereta api penumpang KTMB tergelincir di KM 465 Seremban - Rembau, Negeri Sembilan. Pemandunya terbunuh.
- 1 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza Nasimuddin Amin meninggal dunia di Los Angeles, California akibat penyakit barah paru-paru.
- 9 April - Sebuah kereta api penumpang JKNS terjunam ke dalam Sungai Padas, Tenom, Sabah. Dua terbunuh.
- 31 Mac - Pesta Kalimaran 2008 disambut di Sabah.
- 23 Mac - Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Malaysia 2008.
- 20 Mac - Dato' Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan setiausaha UMNO dan Barisan Nasional, selepas digugurkan dari Jemaah Menteri baru.
- 8 Mac - Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.
- 17 Feb - Tour de Langkawi 2008 berakhir di Kuala Lumpur.
- 14 Feb - Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ditetapkan pada 8 Mac.
- 13 Feb - Parlimen Malaysia dibubarkan.
- 31 Jan - Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007 diadakan di Kuala Lumpur.
- 29 Jan - Kejohanan Futsal KL Dunia 5 berlangsung di Kuala Lumpur.
- 27 Jan - Lagu "Itu Kamu" nyanyian Kumpulan Estranged menjuarai Anugerah Juara Lagu 2007.
- 26 Jan - PROTES
- 7 Jan - Regata Langkawi ke-6 berlangsung di Langkawi, Kedah.
- 2 Jan - Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletak jawatan akibat skandal seksnya dengan seorang kawan.