Pergi ke kandungan

Pondan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Queer

Queer adalah istilah payung yang merangkumi minoriti seksual[1] yang tidak cenderung/berahi kepada lain seks dan minoriti mengenalkan dan mengekspresikan diri di luar keduaan/binari gender yang lazim dalam sesebuah masyarakat.

Pengistilahan

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat penutur bahasa Inggeris umum menggunakan istilah queer yang memayung asalnya bermaksud "pelik" atau "aneh" yang boleh melanjut kepada "perasaan tidak senang atau membingungkan atau mendatangkan syak",[2][3] ia turunan akar Proto-Jermanik *þwerhaz bererti "serong".[4] Semakin lama ia meluas dari takrifan sempit "gay atau lesbian"[5] kepada "tidak heteroseksual" atau tidak secenda jiwa (not cisgender).[5][6] Penulisan arus utama pada abad ke-20 menggunakan queer sebagai ungkapan menghina kepada lelaki yang dilihat berkelakuan melagak berlebihan (flamboyant).[7] Hal ini berubah pada tahun 1960an dan 1970an, apabila golongan aktivis LGBT negara-negara Barat menggunakan semula perkataan ini dengan konotasi yang meraikan (reclaim) dalam kegiatan berkaitan membincangkan keperluan khusus masyarakat mereka.[8] [9] [10]

Mengikut kajian, antara 5% hingga 20% golongan bukan heteroseksual di Amerika Syarikat menggunakan istilah queer] bagi diri mereka.[11] Walaupun demikian, [ masih ada yang kurang selasa dengan penggunaan queer] oleh sebab sejarah penggunaannya yang negatif terhadap golongan LGBT.[12]

Pinjaman bahasa Tamil பெண்டன் peṇṭan diakar kata பெண் peṇ "perempuan".[13]

Pondan, terutamanya sebelum tahun 1980-an, digunakan sebagai istilah payung bagi lelaki gay, biseksual dan queer, terutamanya yang feminin dari segi ekspresi gender mereka (bagi merujuk kepada orientasi seksual) serta perempuan transgender  (bagi merujuk kepada identiti gender). Hal ini menimbulkan kekeliruan kalangan masyarakat umum berkenaan identiti gender perempuan transgender, yang sering kali menyamakan lelaki gay dengan perempuan transgender. Oleh yang demikian, pada tahun 1980an, golongan perempuan transgender memperkenalkan isitilah mak nyah untuk membezakan antara lelaki gay dan perempuan transgender [14]

Pada 2017, seorang pengusaha wanita transgender menamakan gerai nasi lemaknya nasi lemak pondan. Ada yang melihat penggunaan istilah pondan dalam konteks ini sebagai usaha untuk menuntut semula dan menyingkirkan konotasi negatif terhadap istilah tersebut. Tetapi ada juga dalam kalangan wanita transgender yang kurang selesa dengan penggunaan perkataan pondan kerana penggunaan negatifnya oleh masyarakat umum. Gerai tersebut viral di media sosial dan meraih perhatian umum. Walau bagaimanapun, akibat kecaman oleh masyarakat umum, termasuklah mufti, pengusaha tersebut terpaksa membuang make-upnya dan berpakaian neutral gender, untuk meredakan kecaman yang diterimanya. [15][16]

"Darai" (Jawi: داراي, ejaan lama داري‎) diertikan dalam kamus A Malay-English dictionary gubahan Richard James Wilkinson 1901 sebagai "wanita yang hilang syahwat" (sexual impotence in the female) sewarisan dengan darèě dalam bahasa Aceh dan darih dalam bahasa Jawa bererti "sida-sida".[17]

Darai selalunya digunakan bagi golongan perempuan transgender dalam konteks pejoratif atau yang menghina atau mengaibkan. Istilah yang lebih sesuai dan terhormat adalah perempuan transgender.

  1. ^ "Queer". ALGBTICAL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada September 2, 2010.
  2. ^ "queer". Merriam-Webster. Encyclopædia Britannica. 2014.
  3. ^ "queer". Oxford English Dictionary. Oxford University Press. 2014.
  4. ^ Ringe, Donald; Taylor, Ann (2014). The Development of Old English. Oxford University Press. m/s. 307. ISBN 9780199207848. Rujuk juga pada kata Belanda dwars yang seturunan:
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "dwars (scheef)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Mnd. dwers; mhd. twerhes; ofri. thwer(e)s; oe. þweores (ne. (a)thwart) < [...] pgm. *þwerha- ‘dwars’.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
    • van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). "Dwars (ſcheef)". Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia: Ter Landsdrukkerij. m/s. 83. سيرڠ sejrong...
    • Badings, A. H. L. (1901). "dwars". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 76 – melalui Delpher. – scheef, sérong
    Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  5. ^ a b "queer". The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. 5th). HarperCollins.
  6. ^ Jodi O'Brien, Encyclopedia of Gender and Society (2009), volume 1.
  7. ^ Chauncey, George (1995). Gay New York: Gender, Urban Culture, and the Making of the Gay Male World, 1890-1940. Basic Books. m/s. 13–16. ISBN 9780465026210.
  8. ^ Jones, Timothy W. (2023-01-18). "Reviled, reclaimed and respected: the history of the word 'queer'". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
  9. ^ Archives, The National (2021-02-09). "The National Archives - 'Queer' history: A history of Queer". The National Archives blog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
  10. ^ University, La Trobe. "The history of the word 'queer'". www.latrobe.edu.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
  11. ^ https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S2352250X22002330
  12. ^ https://www.npr.org/sections/publiceditor/2019/08/21/752330316/a-former-slur-is-reclaimed-and-listeners-have-mixed-feelings
  13. ^ Hoogervorst, Tom G. (Jul 2015). "Tracing the linguistic crossroads between Malay and Tamil". Wacana. 16 (2): 270. doi:10.17510/wacana.v16i2.378
  14. ^ https://static1.squarespace.com/static/5e2fb70868966a1c84c7e258/t/6156fb9848b86e3bf6013ad3/1633090508281/Empower_JFS_FOEGI_Report.pdf
  15. ^ "After public furore, 'Nasi Lemak Pondan' operator ditches make-up, dresses". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-04. Dicapai pada 2024-03-11.
  16. ^ Fadli, Mohamad (2017-03-22). "'Nasi Lemak Pondan' seller gives people food for thought". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
  17. ^ Gonda, Jan (1948). The Javanese Vocabulary of Courtesy. Lingua. I. 347.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]