Perbincangan pengguna:Rachun Dunia
Arkib | |
---|---|
Selamat datang ke Wikipedia, Rachun Dunia!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Perlucutan sebagai penyelia
[sunting sumber]Salam, saya ingin memaklumkan bahawa satu laman pengundian telah tercipta bagi perlucutan hak pengguna anda sebagai penyelia atas sebab ketidakaktifan anda dalam 3 bulan terakhir. Anda boleh rujuk laman ini (Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan jawatan penyelia Rachun Dunia 2 Jun 2024) bagi memberi kenyataan anda berkenaan usul ini. Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:12, 2 Jun 2024 (UTC)
Rencana Mohamad Shafiq Abdul Halim dan perang edit dengan pengguna Shafieda9189
[sunting sumber]Selamat malam saudara. Terima kasih kerana memadam rencana Mohamad Shafiq Abdul Halim. Saya telah mengalami perang edit dengan Shafieda9189 dalam dua tiga hari lepas. Pengguna ini telah melanggar polisi Wikipedia iaitu; sesebuah rencana perlu ditulis dengan pandangan yang neutral dan tidak boleh membuat pernyataan yang menunjuk-nunjuk.
Saya dapat rasakan yang pengguna Shafieda9189 merupakan saudara Mohamad Shafiq Abdul Halim itu sendiri. Hal ini kerana beliau telah mencipta rencana tersebut lima tahun lepas, namun telah dipadam oleh saudara Rachun Dunia sendiri (Pemadaman itu dibuat pada 02:39, 12 Oktober 2020). Pengguna ini juga pernah mencipta rencana Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim Al Kedahi, namun telah dipadam oleh SNN95 pada 03:26, 10 Disember 2020.
Saya tidak mahu ada isu dengan orang lain, oleh itu saya rasakan pemadaman rencana itu merupakan langkah yang paling terbaik. Terima kasih. Thegreatrebellion (bincang) 17:02, 26 Januari 2025 (UTC)