Perang Tiga Segi/kotak pasir
Perang Tiga Segi adalah konflik ketenteraan diantara Melaka yang dibawah permerintahan Empayar Portugal,Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Aceh daripada tahun 1511 sehingga 1641 dimana kempen-kempen ketenteraan banyak di kawasan Semenanjung Tanah Melayu,Selat Melaka,Kepulauan Sumatera dan Patani. Di pihak Portugis mereka dibantu oleh banyak kerajaan atau kesultanan di Alam Melayu untuk menghalang penaklukan daripada Kesultanan Aceh.Di pihak Johor pula,mereka juga dibantu oleh kebanyakan kerajaan Melayu dan Syarikat Hindia Timur Belanda kadangkala mereka juga berkerjasama dengan Portugis untuk menumpaskan perkembangan Kesultanan Aceh kerana Johor mengganggap Aceh sebagai ancaman kepada pelabuhan di Selat Melaka. Kesultanan Aceh yang melihat Johor dan Portugis sebagai ancaman kepada pelabuhannya di Selat Melaka maka Aceh mendapat bantuan daripada Khalifah Uthmaniyah dan Belanda untuk menentang Johor dan Portugis. Konflik ini berakhir dengan Pakatan Johor-Belanda menyerang dan menakluki Melaka daripada tangan Portugis pada 14 Januari 1641.
- ^ Jim Baker (2008). Crossroads (2nd Edn): A Popular History of Malaysia and Singapore, Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited, p. 60. "This debacle and the wars that preceded it decimated a generation of young Acehnese and forced Aceh's withdrawal from many of its conquered lands."
- ^ Howard M. Federspiel (2007). Sultans, Shamans, and Saints. Islam and Muslims in Southeast Asia, University of Hawaii Press, p.59. Quote: "While Aceh continued to exist as a regional power for some time thereafter, it was no longer as powerful as it had been up to that point in history, and a slow and dwindling of its overseas holdings began to occur from that time on."