Penyu belimbing
Penyu belimbing Julat zaman: Holosen
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Klad: | Americhelydia |
Keluarga: | Dermochelyidae |
Genus: | Dermochelys Blainville, 1816[3] |
Spesies: | D. coriacea
|
Nama binomial | |
Dermochelys coriacea | |
Sinonim[4] | |
Senarai sinonim
|
Penyu belimbing (Dermochelys coriacea)[5] ialah satu-satunya spesies penyu dari genus Dermochelys keluarga Dermochelyidae.[6] Ia merupakan spesies penyu terbesar di dunia. panjang karapasnya boleh mencapai 2 meter dan beratnya mencecah 500 kilogram.
Penyu ini mendapat namanya daripada bentuk cangkerang karapasnya yang berjalur memanjang dan berbucu atau bersanding-sanding seakan-akan buah belimbing besi.[5]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Domenico Agostino Vandelli menamakan spesies ini sebagai Testudo coriacea pada tahun 1761 yang ditangkap di Ostia dan kemudiannya diserahkan kepada Universiti Padua.[7]
Nama saintifik keluarga Dermochelys berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu derma (kulit) and chelys (penyu). Nama spesies pula berasal daripada perkataan Yunani corium ("kulit lembu"). Oleh itu nama saintifik penyu Belimbing, Dermochelys coriacea bererti penyu berkulit seperti kulit lembu.
Ciri-ciri dan anatomi
[sunting | sunting sumber]Seperti namanya, cengkerang penyu dari spesies ini mempunyai 7 jalur memanjang seperti buah belimbing. Warna badannya kehitam-hitaman berbintik putih.[5]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa subpopulasi Penyu belimbing dari seluruh dunia iaitu;
Subpopulasi Lautan Atlantik
[sunting | sunting sumber]Subpopulasi Lautan Pasifik
[sunting | sunting sumber]Subpopulasi Laut China Selatan
[sunting | sunting sumber]Subpopulasi Lautan Hindi
[sunting | sunting sumber]Ekologi
[sunting | sunting sumber]Penyu ini berpotensi menyelam sedalam 400 hingga 1,200 meter dalam.[5]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Makanan utama penyu jenis ini ialah obor-obor; ia dapat menangkap obor-obor dengan mulutnya yang melengkung sesuai dan memudahkan untuk memburu haiwan mangsa ini.[5]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Penyu betina akan menghasilkan telur dan perlu mencari pasangannya untuk bersenyawa sebelum naik ke darat bagi melepaskan telur sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga minggu.[8] Jika kekurangan penyu belimbing jantan, maka peluang penyu betina untuk bersenyawa amat tipis. Malah, apabila mencapai tempoh matang, penyu betina akan menghasilkan telur, namun jika tidak berlaku proses persenyawaan, embrio telur itu tidak akan berkembang untuk menetaskan anak penyu.[8]
Penyu belimbing selalunya memilih kawasan pantai yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur. Penyu ini singgah di beberapa tempat tertentu yang sesuai iaitu di Malaysia selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas". Di Malaysia, penyu belimbing ini hanya mendarat di pantai Terengganu terutamanya Rantau Abang, dan Pahang sahaja. Musim bertelurnya pada bulan Mei hingga Ogos dan musim kemuncaknya pada bulan Jun dan Julai.[5]
Penyu ini bertelur sebanyak 60 hingga 120 biji telur setiap pendaratan. Berdasarkan rekod penandaan oleh Jabatan Perikanan di Rantau Abang, penyu ini tidak bertelur setiap tahun walaupun ia boleh bertelur sehingga sembilan kali setahun dengan purata empat hingga lima kali setahun.[5][9]
Status pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Ancaman
[sunting | sunting sumber]Di beberapa negara, kehadiran penyu ini dieksploitasi bagi tujuan komersil termasuk untuk minyak, kulit dan dagingnya.[9] Pemburuan daging penyu oleh manusia menjadi faktor spesies tersebut di ambang kepupusan ekoran terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan daging penyu sebagai korban sajian ketika menjalankan upacara ritual keagamaan.[8]
Pembangunan di pesisir pantai menjejaskan pendaratan penyu ke pantai. Sebarang pancaran cahaya dari hotel atau resort mengganggu penyu betina yang memerlukan suasana sunyi, bersih dan gelap untuk bertelur.[8]
Program
[sunting | sunting sumber]Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kepupusan Penyu belimbing yang mendarat di pantai. Antaranya ialah penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) oleh nelayan pukat tunda pada musim tengkujuh bagi operasi menangkap udang di kawasan Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor diharap dapat mengurangkan kadar kematian penyu. Pemasangan TED bertujuan membebaskan penyu yang terperangkap dalam pukat tunda udang dengan berenang keluar melalui injap peranti tersebut dalam tempoh kira-kira tiga minit.[8]
Sebagai tambahan, pelbagai program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah serta Jabatan Perikanan Malaysia.[8]
Pada pertengahan 2007, Jabatan Perikanan Malaysia pernah merancang pelan untuk mengklon Penyu belimbing bagi mengatasi masalah kekurangan populasinya yang mendarat di pantai. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak diteruskan kerana saintis berpendapat bahawa proses pengklonan hanya berjaya terhadap haiwan mamalia seperti anjing, kambing, kucing dan lembu.[10]
Namun, pendaratan seekor penyu pada tahun 2017 mengujakan banyak pihak terutamanya pasukan penyelidik selepas kali terakhir spesies itu dilihat mendarat di Pantai Rantau Abang pada 8 Ogos 2010. Malangnya, 92 biji telur yang dikatakan dari penyu belimbing, yang ditemui di dalam sarang di Pantai Rhu Kubur pada 9 September dan 32 biji lagi di pantai Kampung Jambu Bongkok pada 20 September lalu adalah rosak dan tidak boleh disenyawakan.[8] Hal ini disebabkan telur yang dihasilkan penyu betina tersebut tidak sempat disenyawakan dengan penyu jantan.
Undang-undang
[sunting | sunting sumber]Kehadiran haiwan ini di sepanjang pantai Terengganu merancakkan aktiviti pelancongan dan penjualan telur. Walau bagaimanapun, mulai tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu mengharamkan pemakanan telurnya.[9]
Haiwan ini dilindungi dan diwartakan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang mengganggu, mengambil, menangkap, memiliki, membunuh, memburu dan memperdagangkan sama ada telur atau anggota haiwan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.[8]
Kerajaan Negeri Terengganu juga melindungi haiwan ini melalui Enakmen Penyu Negeri Terengganu (pindaan) 1987.[8] Ia juga merupakan spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wallace, B.P.; Tiwari, M.; Girondot, M. (2013). "Dermochelys coriacea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T6494A43526147. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-2.RLTS.T6494A43526147.en. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ a b Rhodin, A. G. J.; van Dijk, P. P.; Inverson, J. B.; Shaffer, H. B. (14 Disember 2010). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.xx. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Disember 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - ^ Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 174–176. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - ^ a b c d e f g W. M. Jamel bin Wan Husin. "Pengenalan kepada Penyu Laut di Malaysia" (PDF). Jabatan Perikanan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Ogos 2010. Dicapai pada 21 September 2010.
- ^ "Dermochelys coriacea". Integrated Taxonomic Information System.
- ^ "Testudo coriacea". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 14 September 2007.
- ^ a b c d e f g h i Kamariah Khalidi (22 April 2018). "Survival penyu belimbing Rantau Abang". Kosmo Online. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ a b c Sea Turtle Research Unit (8 Mei 2016). ""Jom kita kenali Penyu Belimbing"". UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ Associated Press (7 Disember 2007). ""Malaysia mulls cloning rare turtles"". NBC News.com. Dicapai pada 24 September 2018.
- ^ Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.106/Menlhk/Setjen/Kum.1/12/2018 tentang Perubahan Kedua Atas Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.20/Menlhk/Setjen/Kum.1/6/2018 tentang Jenis Tumbuhan dan Satwa Yang Dilindungi (PDF). Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia. 28 Disember 2018. m/s. 19.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Melayu) http://w3.spancity.com/yosri/HaiwanPenyuBelimbing.htm
- Laman Web Turtles.org
- Amanah Penyu Belimbing
- Yayasan Oceanic Resource Diarkibkan 2005-03-06 di Wayback Machine
- Pejabat NOAA untuk Sumber-sumber Terlindung
- Buku fakta Fizik
- Penyu Belimbing di CRESLI Diarkibkan 2006-12-05 di Wayback Machine
- Penyu Belimbing di Laman Web Kepelbagaian Haiwan
- Suruhanjaya Penyu Parismina
- Audubon Mencerap Penyu Laut Florida — James Audubon, seorang ahli naturalisme yang termasyhur, mencerap tabiat Penyu Laut Florida membuat sarang, termasuk Penyu Belimbing (1832).