Pergi ke kandungan

Pengaturcaraan neurolinguistik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengaturcaraan neurolinguistik (bahasa Inggeris: Neuro-linguistic programming, NLP) ialah satu set teknik, aksiom, dan kepercayaan pseudosains berkaitan psikoterapi yang diamalkan kononnya untuk kemajuan diri Idea-idea permulaan untuk pengatucaraan sebegini telah dikembangkan sekitar 1973 oleh Richard Bandler dan John Grinder, seorang profesor linguistik, bersama-sama dengan Gregory Bateson, seorang ahli sains sosial.dipengaruhi oleh idea-idea gerakan Zaman Baru (New Age), serta kepercayaan-kepercayaan terhadap potensi manusia

Istilah "pengaturcaraan neurolinguistik" menandakan satu set model dan prinsip yang bermaksud untuk memeriksa dengan teliti bagaimana fikiran, neurologi (neuro), pola-pola bahasa (linguistik), dan penyusunan persepsi, serta kognisi manusia menjadi pola-pola sistemik (pengaturcaraan) saling bertindak untuk mencipta kenyataan subjektif dan tingkah laku manusia.

Berdasarkan pola-pola bahasa dan tanda-tanda bahasa gerak-geri yang berasal daripada pencerapan-pencerapan oleh banyak ahli terapi yang terkenal [1], NLP menumpukan perhatian pada bidang-bidang seperti bagaimana kenyataan subjektif mendorong kepercayaan, persepsi, serta tingkah laku dan oleh itu, mengubahkan tingkah laku serta kepercayaan. Rawatan trauma biasa dimungkinkan melalui teknik-teknik yang sesuai, berdasarkan bagaimana pakar-pakar bertugas dengan hubungan ini. [1][2][3] Teknik-teknik yang disarikan daripada pencerapan-pencerapan ini telah dihuraikan secara metafora oleh pembangun-pembangun asalnya sebagai "keajaiban terapi", dengan NLP pada dirinya diperihalkan sebagai 'kajian struktur pengalaman subjektif". [4][5] Teknik-teknik tersebut berdasarkan prinsip bahawa semua tingkah-tingkah laku (baik yang cemerlang mahupun yang disfungsi) adalah bukan rawak, tetapi mempunyai struktur yang dapat ditentukan secara praktik [3][6] NLP telah digunakan dalam sebilangan bidang seperti penjualan, psikoterapi, komunikasi, pendidikan, bimbingan khusus, sukan, pengurusan perniagaan, hubungan satu sama lain, serta bidang-bidang aliran kurang utama seperti kerohanian.

Disebabkan sebahagian oleh falsafah terbukanya, NLP adalah penuh dengan perbalahan. Pendekatan ini kekadang dikritik oleh komuniti-komuniti saintifik sebagai tidak terbukti atau sebagai pseudosains, serta oleh mereka yang memerhatikannya untuk mengesan penipuan, tuntutan-tuntutan berketerlaluan, dan pendekatan-pendekatan yang tidak etika. Terdapat juga sesetengah pertikaian antara pembangun-pembangun dan penyokong-penyokongnya terhadap apakah NLP dan apakah yang bukan. Sebaliknya, banyak pertubuhan yang boleh dipercayai di seluruh dunia [7] telah memberi sokongan yang kuat terhadap penggunaannya, jika diajar oleh pelatih yang mahir dan cekap, serta digunakan dengan cara yang betul.

.

Pengembangan

[sunting | sunting sumber]

Menurut Bandler dan Grinder, NLP terdiri dari metodologi yang disebut "modeling" dan serangkaian teknik yang berasal dari aplikasi awal yang dikembangkan oleh Bandler dan Grinder.[8][9] Banyak di antara metode-metode yang dianggap fundamental berasal dari pemodelan oleh Bandler dan Grinder terhadap hasil karya Virginia Satir, Milton Erickson, dan Fritz Perls.[10] Bandler dan Grinder juga menarik teori-teori dari Gregory Bateson, Alfred Korzybski dan Noam Chomsky, terutamanya pengubahan tatabahasa (grammar transformation).[11][12][13] Bandler dan Grinder mendakwa bahwa terapi "ajaib" yang dilakukan oleh Perls, Satir dan Erickson, dan pada kegiatan manusia yang kompleks, memiliki suatu struktur tertentu yang kemudian dapat dikodifikasikan menggunakan metodologi mereka untuk dapat dipelajari selanjutnya oleh orang lain. Buku mereka pada tahun 1975 berjudul The Structure of Magic I: A Book about Language and Therapy ditujukan untuk menjadi kodifikasi teknik terapi dari Perls dan Satir.[14]

Menurut sebuah kajian dilakukan Steinbach,[15] interaksi klasik dalam NLP dapat difahami dalam beberapa tahap utama termasuk membangun hubungan, mengumpulkan informasi tentang keadaan masalah mental dan tujuan yang diinginkan, dengan menggunakan alat dan teknik khusus untuk melakukan campur tangan, dan mengintegrasikan perubahan yang diusulkan dalam kehidupan klien. Seluruh proses dipandu oleh tindak balas tunabahasa klien:[15]

  1. Tindakan membangun dan mempertahankan hubungan antara pengamal dan klien yang dicapai melalui pacing-leading perilaku verbal (misalnya predikat sensorik dan kata kunci) dan perilaku non-verbal (misalnya matching-mirroring perilaku non-verbal, atau menanggapi gerakan mata) dari klien.[16]
  2. Setelah hubungan terbentuk, pengamal mulai mengumpulkan informasi (misalnya dengan menggunakan pertanyaan Meta-Model) tentang keadaan klien saat ini serta membantu klien menentukan keadaan atau tujuan yang diinginkan untuk interaksi.
  3. Pengamal memberi perhatian khusus pada tindak balas verbal dan non-verbal ketika klien mendefinisikan keadaan sekarang dan keadaan yang diinginkan dan setiap "sumber daya" yang mungkin diperlukan untuk menjembatani kesenjangan tersebut.[15] Klien biasanya didorong untuk mempertimbangkan konsekuensi hasil yang diinginkan, dan bagaimana mereka dapat mempengaruhi kehidupan dan hubungan pribadi atau profesional nya, dengan mempertimbangkan niat positif dari setiap masalah yang mungkin timbul (misal:memeriksa ekologi).[15]
  4. Pengamal membantu klien dalam mencapai hasil yang diinginkan dengan menggunakan alat dan teknik tertentu untuk mengubah representasi internal dan tanggapan terhadap rangsangan di dunia.[17][18]
  5. Akhirnya, perubahan di future-pacing dengan membantu klien untuk berlatih secara mental dan mengintegrasikan perubahan kedalam kehidupannya [15] Sebagai contoh, klien mungkin diminta untuk "melangkah ke masa depan" dan mewakili (secara mental melihat, mendengar dan merasakan) bagaimana rasanya ketika telah mencapai hasilnya.

Menurut Stollznow (2010), "NLP juga melibatkan analisis fringe discourse dan pedoman praktis untuk meningkatkan komunikasi. Misalnya, ada satu teks menegaskan ketika anda mekakai kata "tapi", orang akan mengingat apa yanganda katakan sesudahnya. Dengan menggunakan kata "dan", orang ramai mengingat apa yang anda katakan sebelum dan sesudahnya.[19]

Pengamalan inipada mulanya dilihat boleh memajukan aspek rawatan psikoterapi dan kaunseling terutamanya dalam bidang klinikal,[20][21] namun minat ramai cepat merudum setelah banyak kajian percubaan saintifik yang terkawal gagal menunjukkan hasil yang meyakinkan selaras dengan dakwaan daripada para penggiat pengamalan ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Bandler, Richard & John Grinder (1979). Frogs into Princes: Neuro Linguistic Programming. Moab, UT: Real People Press. m/s. m.s. 15, 24, 30, 45, 52.
  2. ^ Bandler, Richard & John Grinder (1983). Reframing: Neurolinguistic programming and the transformation of meaning. Moab, UT: Real People Press. m/s. Lampiran II, m.s. 171.
  3. ^ a b Bandler, Richard & John Grinder (1975a). The Structure of Magic I: A Book About Language and Therapy. Palo Alto, CA: Science & Behavior Books.
  4. ^ Sharpley C.F. (1987). "Dapatan-dapatan Penyelidikan mengenai Pengaturcaraan Neurolinguistik: Data-data yang tidak dapat disokong serta teori yang tidak dapat diuji". Communication and Cognition. Journal of Counseling Psychology, 1987 Jilid 34, No. 1: 103–107, 105.
  5. ^ Dilts, Robert B, Grinder, John, Bandler, Richard & DeLozier, Judith A. (1980). Neuro-Linguistic Programming: Jilid I - The Study of the Structure of Subjective Experience. Meta Publications, 1980. m/s. m.s. 3-4, 6, 14, 17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ [1] Diarkibkan 2006-11-07 di Wayback Machine.
  7. ^ Sejak 2006, contoh-contoh penggunaan terkenal bagi NLP termasuk: -
  8. ^ Bandler, Richard; John (1975). The Structure of Magic I: A Book about Language and Therapy. Science and behavior Books Inc. m/s. 6. ISBN 0831400447.
  9. ^ Grinder, John; Bostic St. Clair, Carmen (2001). "Chapter 2: Terminology". Whispering In The Wind. J & C Enterprises. ISBN 0971722307.
  10. ^ Bandler, Richard; Grinder, John (1979). Andreas, Steve (penyunting). Frogs into Princes:Neuro Linguistic Programming. Real People Press. m/s. 8. ISBN 0911226192.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stollznow
  12. ^ Wake, Lisa (2001). Neurolinguistic psychotherapy : a postmodern perspective. London: Routledge. ISBN 9780415425414. |access-date= requires |url= (bantuan)
  13. ^ Bandler, Richard; John (1975). The Structure of Magic I: A Book about Language and Therapy. Science and behavior Books Inc. ISBN 0831400447.
  14. ^ Bandler, Richard; John (1975). The Structure of Magic I: A Book about Language and Therapy. Science and behavior Books Inc. m/s. 6. ISBN 0831400447.
  15. ^ a b c d e Steinbach, A. (1984). Neurolinguistic programming: a systematic approach to change. Canadian Family Physician, 30, 147-50. PMC 2153995
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bandler & Grinder 1979
  17. ^ Bandler, 1984. pp. 134–137
  18. ^ Masters, B Rawlins, M, Rawlins, L, Weidner, J. (1991). "The NLP swish pattern: An innovative visualizing technique". Journal of Mental Health Counseling. 13 (1): 79–90.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Not-so Linguistic Programming
  20. ^ Devilly, Grant J. (1 June 2005). "Power Therapies and possible threats to the science of psychology and psychiatry". Australian and New Zealand Journal of Psychiatry. 39 (6): 437–445. doi:10.1080/j.1440-1614.2005.01601.x. PMID 15943644.
  21. ^ Gelso, C J; Fassinger, R E (1 January 1990). "Counseling Psychology: Theory and Research on Interventions". Annual Review of Psychology. 41 (1): 355–386. doi:10.1146/annurev.ps.41.020190.002035. PMID 2407174. Neurolinguistic programming, focused on such variables as sensory mode preference and use (e.g., Graunke & Roberts 1985) and predicate matching (e.g., Elich et al 1985; Mercier & Johnson 1984) had shown promise at the beginning of the decade, but after several years of conflicting and confusing results, Sharpley (1984, 1987) reviewed the research and concluded that there was little support for the assumptions of NLP. This research is now clearly on the decline, underscoring the value of thoughtful reviews and the publication of nonsupportive results in guiding empirical efforts.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]