Pergi ke kandungan

Pemaut (pengkomputan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah menggambaran proses pemautan. Fail objek dan pustaka statik dihimpunkan kedalam sebuah pustaka atau atur cara boleh laksana baru.

Dalam sains komputer, pemaut atau penyunting pautan ialah atur cara komputer yang menerima satu atau lebih fail objek janaan penyusun lalu digabungkan ke dalam satu atur cara boleh laksana.[1] Dalam persekiranan kerangka utama IBM seperti OS/360, program sebegini dipanggil penyunting pautan.

Dalam varian Unix pula, istilah pemuat digunakan sebagai sinonim dengan pemaut disamping beberapa istilah lain. Sebagai contoh, pada SINTRAN III, proses yang dilakukan oleh pemaut (menghimpun objek-objek fail kedalam satu atur cara) pernah dipanggil memuat (maksudnya memuatkan kod boleh laksana keatas sesebuah fail).[2]

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "pemaut". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 47. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ BRF-LINKER User Manual. ND-60.196.01. 08/84.