Pergi ke kandungan

Osaka Dome

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Osaka Dome
大阪ドーム
Kyocera Dome Osaka logo
Osaka Dome
Nama penuhOsaka Dome
LokasiChiyozaki, Nishi-ku, Osaka, Jepun
Koordinat34°40′9.48″N 135°28′33.97″E / 34.6693000°N 135.4761028°E / 34.6693000; 135.4761028Koordinat: 34°40′9.48″N 135°28′33.97″E / 34.6693000°N 135.4761028°E / 34.6693000; 135.4761028
Transit awam Dome-mae Chiyozaki
Dome-mae
West Japan Railway Company O  Taishō
Kujō
PemilikOsaka City Dome Co., Ltd. (Orix Group)
Kapasiti55,000 (acara)[1]
36,627 (besbol)[1]
Saiz PadangKiri: 100.0 m
Kiri-Pusat: 116.0 m
Pusat: 122.0 m
Kanan-Pusat: 116.0 m
Kanan: 100.0 m
Pembinaan
Dibuka1 Mac 1997; 27 tahun yang lalu (1997-03-01)
ArkitekNikken Sekkei, Ltd.
Tuan rumah
Osaka Kintetsu Buffaloes (Liga Pasifik/NPB) (1997–2004)
Orix Buffaloes (Liga Pasifik/NPB) (2005, 2007–kini)
Hanshin Tigers Tempat Kedua (Liga Pusat/NPB)
Osaka Gold Villicanes (KIBL) (2009)

Osaka Dome (大阪ドーム, Ōsaka Dōmu) atau dikenali sebagai Kyocera Dome Osaka (京セラドーム大阪, Kyōsera Dōmu Ōsaka), merupakan stadium besbol yang terletak di Osaka, Jepun. Stadium ini mula dibuka pada tahun 1997 dan menjadi gelanggang bagi pasukan Osaka Kintetsu Buffaloes. Pada tahun 2005, stadium ini menjadi salah satu gelanggang pasukan Orix Buffaloes, selepas penggabungan antara pasukan Orix BlueWave dan Osaka Kintetsu Buffaloes. Sebelum pembukaan Osaka Dome, pasukan Bufalloes telah beraksi di Stadium Fujiidera. Pasukan Hanshin Tigers juga menggunakan stadium ini sebagai gelanggang tuan rumah mereka pada pembukaan musim dan ketika bulan Ogos. Perkara ini kerana Stadium Koshien, gelanggang utama Hanshin telah digunakan untuk kejohanan besbol sekolah tinggi sepanjang tempoh tersebut.[2]

Dome juga melangsungkan Pride Total Elimination 2005 dan Pride Total Elimination Absolute untuk perlawanan seni bela diri campuran.

Anak syarikat Kyocera Corporation iaitu Kyocera Document Solutions Incorporated telah berada di iklan Osaka Dome semenjak April 2003. Osaka City Dome Company Limited telah menawarkan hak knama stadium kepada Kyocera pada Januari 2006. Pada 2 Mac 2006, Kyocera memperoleh hak nama stadium ini dan menggunakan nama "Kyocera Dome Osaka (京セラドーム大阪)" pada 1 April. Walau bagaimanapun, kontrak permulaan ditangguhkan sehingga 1 Julai oleh kerana penyusunan semula Dome Company. Kontrak asal ialah selama lima tahun dan kontrak itu telah diperbaharui selama beberapa kali.

  1. ^ a b "Kyocera Dome - Dome Use". Kyocera Dome (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada April 11, 2019.
  2. ^ "Introduction to THE MUSEUM OF HANSHIN KOSHIEN STADIUM |THE MUSEUM OF HANSHIN KOSHIEN STADIUM". koshien-rekishikan.hanshin.co.jp. Dicapai pada 2019-04-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]