Pergi ke kandungan

Operasi Yusya'

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Operasi Yusya', juga dikenal sebagai Operasi Saba',[1] ialah pengangkutan udara orang Yahudi Habsyah pada tahun 1985 dari kem pelarian di Sudan ke Israel.

Yahudi Habsyah melarikan diri ke kem pelarian di Sudan akibat kebuluran teruk di negara mereka. Operasi Musa Israel sebelumnya telah mengangkut 8,000 orang ke Israel dari 21 November 1984, hingga 5 Januari 1985,[2] tetapi ketika berita bocor ke pihak media, di bawah tekanan daripada negara-negara Muslim yang lain, Sudan menyekat penerbangan selanjutnya,[3][4] meninggalkan ramai di Habsyah.

Kesemua 100 senator Amerika Syarikat menandatangani petisyen rahsia kepada Presiden Ronald Reagan, memintanya agar pemindahan diteruskan semula.[3] Naib Presiden George H. W. Bush kemudian mengatur misi susulan yang dipanggil Operasi Yusya'.[1] Pada 22 Mac 1985, enam pesawat pengangkutan C-130 Hercules Angkatan Udara Amerika Syarikat telah dihantar, mendarat berdekatan Al Qadarif. "Sekitar 500", "lebih dari 500" atau "sekitar 650"[4] orang Yahudi telah dikesan dan diangkut ke Lapangan Terbang Ovda di selatan Israel.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Mitchell G. Bard, Dari Tragedi hingga Kemenangan: Politik Di Sebalik Penyelamatan Yahudi Habsyah, 2002,ISBN 978-0-275-97000-0, hlm. 161 - 170

 

  1. ^ a b "1984-1991 Airlift of Ethiopian Jewish community". idfblog.com (web.archive.org's backup of official blog of the Israel Defense Forces). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-10.
  2. ^ Ministry of Immigrant Absorption. "Operation Moses – Aliyah of Ethiopian Jewry (1984)".
  3. ^ a b T. W. McGarry (March 26, 1985). "'Catalyst' for Ethiopian Airlift Disclosed : Robbins, Publisher Claim Valley-Spawned Plan Spurred U.S. to Action". Los Angeles Times.
  4. ^ a b "Sharon Spent Two Years Thinking His Parents Had Died in Sudan". Jewish Telegraph.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]