Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
O ialah huruf Rumi moden yang ke-15, bernama o (/o/).
Hieroglif Mesir `ir
|
O Proto-Semitik
|
O Phoenicia
|
O Etruscan
|
Omicron Greek
|
|
|
|
|
|
Huruf O berasal dari huruf Semitik `Ayin (mata) yang melambangkan konsonan, mungkin frikatif farinks bersuara (IPA: [ʕ]), yang juga dilambangkan oleh huruf Arab Arab: ع (`Ayn). Huruf Semitik dalam bentuk asalnya nampaknya diilhamkan oleh hieroglif Mesir untuk "mata".
Adalah dipercayai bahawa bangsa Yunani telah menimbulkan inovasi aksara huruf; oleh sebab tiadanya konsonan farinks, maka mereka meminjam hurif ini menjadi huruf omikron untuk menandakan bunyi /o/, iaitu bunyi yang dikekalkan huruf berkenaan dalam bahasa Etruska dan Latin. Dalam tulisan Yunani, wujudnya bentuk lainan huruf ini agar membezakan bunyi o panjang (omega terbitan ō mega "O besar") daripada o kecil (omikron terbitan o mikron, "o kecil").
Huruf O paling banyak dikaitkan dengan vokal belakang tutup-tengah berbundar [o] dalam pelbagai bahasa. Bentuk ini bergelar "long o" dalam bahasa Inggeris, tetapi bunyinya berbeza sebenarnya. Dalam loghat prestij British yang bernama Received Pronunciation, huruf o ini berbunyi diftong (əʊ); di Amerika pula /oʊ/.
Dalam bahasa Inggeris juga afa "short O" yang juga berbagai-bagai sebutannya. Dalam kebanyakan loghat England, huruf ini berbunyi vokal belakang luas berbundar [ɒ]; di Amerika Utara pula, bentuknya berbunyi vokal belakang atau tengah tak bundar, sama baik [ɒ] mahupun [a] bergantung pada loghat daerah.
Dalam IPA, [o] melambangkan vokal belakang tutup-tengah berbundar.
|
Cari O atau O dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |