Pergi ke kandungan

Nur Ameera Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nur Ameera Khan
نور اميايرا خن
Nur Ameera pada 2024
Kelahiran
Nur Ameera binti Abdul Halim Khan

(2000-12-08) 8 Disember 2000 (umur 24)
PekerjaanUsahawan
Ibu bapaAbdul Halim Khan Lall Khan (bapa)
Noor Kartini Noor Mohamed (ibu)
HubunganNoor Neelofa (kakak seibu)

Nur Ameera Abdul Halim Khan (Jawi: نور اميايرا عبدالحاليم خن; lahir 8 Disember 2000) atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, merupakan usahawan, model dan selebriti internet wanita Malaysia. Nur Ameera merupakan adik kandung seibu dan lain bapa kepada pelakon, pengacara dan model wanita Noor Neelofa.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Nur Ameera binti Abdul Halim Khan dilahirkan di Kelantan, Malaysia pada 8 Disember 2000. Beliau merupakan anak yang ke-2 daripada empat adik beradik kepada Abdul Halim Khan Lall Khan dan Kartini Noor Mohamed. Beliau mempunyai empat adik beradik seibu dan satu kakak tiri.

Nur Ameera mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa. Beliau mengambil peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Nur Ameera merupakan pengasas LMK Cosmetics.

Kontroversi dan isu

[sunting | sunting sumber]

Penghinaan terhadap telefon bimbit Samsung

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2018, Nur Ameera di dalam satu video yang viral memperlekeh dan memandang rendah jenama telefon bimbit terkenal Korea Selatan, Samsung. Di dalam video tersebut, beliau ditanya sama ada beliau memilih telefon bimbit Apple atau Samsung, dengan spontan beliau menjawab "Samsung?, eww". Video tersebut mendapat banyak kritikan dan kecaman daripada netizen.[2] Walau bagaimanapun, Nur Ameera telah memohon maaf atas kesilapan yang dibuat.[3]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nur Ameera dan Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (lebih dikenali sebagai Meerqeen) pernah dituduh bahawa mereka mempunyai hubungan romantik dan bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia. Walau bagaimanapun, Meerqeen menafikan tuduhan tersebut dan tidak mengetahui bahawa Nur Ameera berada di sana pada waktu yang sama. Meerqeen turut menambah bahawa beliau mempunyai 'shooting' di sana.[4]