Negara syeikh
Negara syeikh[1] atau masyyakhah (disebut [masy.ya.khah], pinjaman Arab: مشيخة , bahasa Inggeris: sheikhdom ) adalah kawasan geografi atau masyarakat (biasanya yang didirikan sesama suku-suku setempat) dipimpin oleh seorang penguasa bergelar syeikh (Arab: شيخ ).[2] Badan pentadbiran biasanya pernah lazim wujud negara-negara terangkum sekitar rantau Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Yaman dan Oman.
Perkataan tersebut biasanya digunakan untuk menerangkan tentang terma-terma yang digunakan dalam sistem politik Arab selain dari itu ia juga digunakan dalam kata nama (misalnya "Kerajaan"), dalam pada itu sesetengah negara Arab seperti Kuwait yang mempunyai pemerintah yang bergelar Sheikh, namun kawasan yang ditadbir tidaklah dirujuk terus sebagai suatu masyyakhah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'sheikhdom' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ sheikhdom noun - definition Cambridge Dictionary Online
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kegunaan media
- Asia Times Diarkibkan 2006-06-13 di Wayback Machine