Mortar Model 89
Mortar Model 89 / Pelancar Bom Tangan Type 89 | |
---|---|
Jenis | pelancar bom tangan |
Tempat asal | Empayar Jepun |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1929–1945 |
Digunakan oleh | Tentera Imperial Jepun Tentera Kebangsaan Indonesia |
Perang | Pertelingkahan Soviet–Jepun, Perang China-Jepun Kedua, Perang Dunia Kedua Revolusi Kebangsaan Indonesia |
Spesifikasi | |
Berat | 4.7 kg (10 lb 6 oz) |
Panjang | 610 mm (24 in) |
Panjang laras | 254 mm (10 in) |
Kartrij | 793 g (28 oz) |
Kaliber | 50 mm (1.97 in) |
Kadar tembakan | 25 rpm |
Jarak tembakan efektif | (Type 89 shell): 120 m (131 yd) |
Jarak tembakan maksimum | (Type 89 shell): 670 m (732 yd) |
Mortar Model 89 50 mm (1.9 inci) adalah senjata keluaran Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
Mortar Model 89 ini dihasilkan bagi mengisi ruang antara julat maksima lontaran bom tangan dengan julat minima Mortar lebih besar. Mortar ini mula diperkenalkan pada tahun 1929 dan pada awalnya hanya dibekalkan pada unit khas. Menjelang meletusnya Perang Dunia Kedua ia telah pun menjadi sebahagian peralatan piwaian tentera infantri. Mortar ini memiliki kaliber 50 mm (1.9 inci), dengan berat hanya 4.54 Kg (10 paun) dan panjang laras hanya 254 mm (10 inci). Ia menembak peluru seberat 0.793 Kg (1.75 paun) pada jarak maksima 640 m (700 ela), dan juga mampu melancarkan bom tangan Jepun Model 91 selain dari peluru khasnya.
Oleh kerana Mortar ini tidak memiliki tenggekan, tentera yang menggunakannya perlu memegang larasnya dengan kukuh ketika melepaskan tembakan. Ini bererti tentera yang menggunakannya perlu melutut dibelakangnya. Dengan itu ia juga dikenali sebagai "Mortar Lutut". Kelihatannya sesetengah marin Amerika Syarikat salah anggap dan cuba menggunakannya dengan meletakkan tapak Mortar pada lutut mereka - yang mengakibatkan patah tulang. Sungguhpun bersaiz kecil, ia memiliki hentakan yang kuat.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Leo J. Daugherty III, Fighting Techniques of a Japanese Infantryman 1941-1945, ISBN 1-86227-162-3
- Gordon L Rottman, Japanese Infantryman 1937-45 Sword of the empire, ISBN 1-84176-818-9
- US Army field manual TM-E 30-480 at hyperwar
- Taki (Type 89)
- U.S. World War II Intel Report on Japanese Smoke Grenades