Pergi ke kandungan

Miqat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Miqat (Arab: ميقات) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.

Miqat dibagikan kepada 2 :

  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram:
  • berniat ihram bagi haji bermula dari 1 Syawal hingga masuk waktu subuh pada 10 Zulhijah.
  • Bagi umrah pula,niat ihram bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
  1. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) -ketentuan tempat atau sempadan tempat untuk berniat ihram :
  • Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Bagi umrah pula ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
  • Bagi mereka yang datang dari Malaysia dan asia tenggara, tempatnya adalah di Qarnul Manazil(ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ) .
  • Bagi yang dari arah Mesir dan tonesia, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
  • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berniat ihram adalah yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) .
  • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
  • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).