Midi-Pyrénées
Midi-Pyrénées | ||
---|---|---|
(Bendera Daerah) | (Logo Daerah) | |
Lokasi | ||
| ||
Pentadbiran | ||
Ibu kota | Toulouse | |
Departmen | 8 | |
Statistik | ||
Keluasan1 | 45,348 km² | |
Jumlah penduduk | (Ditempatkan Ke-8) | |
- Anggaran 1 Januari, 2007 | 2,782,000 | |
1
Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikan tasik, kolam, dan glasier yang melebihi 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar), serta juga muara-muara sungai. | ||
Midi-Pyrénées ialah kawasan yang terbesar dari segi keluasan di Perancis metropolitan dan adalah lebih besar daripada Belanda dan Denmark. Ia tidak memiliki sebarang kesatuan sejarah atau geografi tetapi sebaliknya merupakan salah satu kawasan Perancis yang ditubuhkan pada akhir abad ke-20 untuk dijadikan daerah pedalaman serta zon pengaruh kepada ibu kota Toulouse yang pula merupakan salah satu daripada beberapa "metropolis pengimbangan" (métropoles d'équilibre)¹. Satu contoh lagi tentang jenis kawasan tersebut ialah kawasan Rhône-Alpes yang dicipta sebagai kawasan untuk Lyon.
Nama yang dipilih untuk kawasan baharu ini diputuskan oleh pemerintah pusat Perancis tanpa sebarang rujukan kepada provinsi-provinsi sejarah (kerana terdapat banyaknya di dalam kawasan tersebut) dan berdasarkan pada keseluruhannya kepada geografinya sahaja: Midi (iaitu "kawasan-kawasan selatan") - Pyrénées (Pergunungan Pyrene yang merupakan had selatan kawasan tersebut). Kata sifat dan nama Perancis penghuni kawasan tersebut ialah Midi-Pyrénéen.