Pergi ke kandungan

Merah Falu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Merah FaluHow to read this color infobox
Sebuah rumah kayu balak tradisional suku Finn berwarna merah falu di Äänekoski, Finland Tengah
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#801818
sRGBB  (rgb)(128, 24, 24)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 81, 81, 50)
HSV       (h, s, v)(0°, 81%, 50%)
SumberColorHexa[1]
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Merah falu atau merah falun ( /ˈfɑːl/ FAH-loo ) ialah cat merah telap yang biasa digunakan pada pondok kayu dan bangsal di Sweden, Finland dan Norway .

Selepas beratus-ratus tahun melombong tembaga di Falun, longgokan besar sisa produk perlombongan tembaga telah termendap di atas tanah di sekitar lombong.

Menjelang abad ke-16, pemineralan tailing dan sanga lombong yang ditambah oleh pelebur mula menghasilkan selut berwarna merah yang kaya dengan tembaga, limonit, asid silisik dan zink . Apabila selut dipanaskan selama beberapa jam dan kemudian dicampur dengan minyak biji rami dan tepung rai, selut itu berubah menjadi cat kalis cuaca yang sangat baik. Semasa abad ke-17 pula, merah falu mula disapu pada bangunan kayu untuk meniru luaran bata merah yang dibina oleh golongan bangsawan.

Di kawasan perumahan Sweden, bangunan kayu sering dicat dengan merah falu sehingga pada awal abad ke-19 apabila pihak berkuasa mula menghentikan penggunaan cat tersebut.

Kebangkitan semula

[sunting | sunting sumber]

Kemahsyuran merah falu mengalami kebangkitan semula terutamanya di kawasan luar bandar Sweden pada abad ke-19 apabila petani dan peladang yang miskin mula mengecat rumah mereka dengan cat ini. Merah falu masih digunakan secara meluas di kawasan luar bandar ketika ini. Perumpamaan Finland yang berbunyi punainen tupa ja perunamaa, "sebuah pondok merah dan setompok tanah kentang" merujuk kepada rumah dan kehidupan yang damai, adalah kiasan yang merujuk kepada rumah desa yang dicat dengan warna merah falu.

Merah falu selepas dikacau dan dijerang sehingga menjadi cat

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Cat merah falu terdiri daripada air, tepung rai, minyak biji rami, silikat, oksida besi, sebatian tembaga dan zink. Apabila merah falu semakin matang, pengikat juga akan semakin uzur dan meninggalkan serdak pewarna yang sepur, pembaikpulih cat merah falu ini sangat mudah kerana dengan hanya memberus permukaan tersebut adalah sudah memadai sebelum mengecatan semula dilakukan. [2]

Warna sebenar merah falu mungkin berbeza bergantung pada tahap pembakaran oksida yang boleh dikenalpasti dari warna hitam hingga ke warna merah menyala. Warna merah falu yang berlainan telah terkenal pada zaman yang berbeza. [3]

  1. ^ "Falu red / #801818 hex color". ColorHexa (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2022. Dicapai pada 2 May 2022.
  2. ^ "Sweden's most tried and tested house paint". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2016. Dicapai pada 11 May 2013.
  3. ^ "Falu rödfärg Original – Falu Rödfärg". Falu Rödfärg (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2018. Dicapai pada 17 March 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  Warna-warna merah  
Alizarin Amaranth Burgundy Cardinal Carmine Cerise Chestnut Coral Red Crimson Dark Pink Falu red Fire engine red
                       
Fuchsia Girlsnberry Hollywood Cerise Lembayung Maroon Mauve Merah Parsi Merah jambu Pomegranate Merah Red-violet Mawar
                       
Karat Puce Sangria Scarlet Shocking Pink Terra cotta Venetian red Vermilion