Mahmud Jun
Mahmud Jun | |
---|---|
Kelahiran | Mahmood bin Derani 20 Januari 1921 |
Meninggal dunia | 14 Februari 2002 | (umur 81)
Sebab kematian | Penyakit asma dan masalah paru-paru |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang, Selangor |
Nama lain | Mahmud Jun, Mahmud June |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1958–1997 |
Terkenal kerana | Watak Pak Maon dalam filem Nasib Do Re Mi |
Kampung asal | Alor Setar, Kedah |
Pasangan | Maharom Abdul Ghani |
Anak-anak | 6 anak, 16 cucu dan 3 cicit. |
Dato' Mahmood Derani atau lebih dikenali sebagai Mahmud Jun (20 Januari 1921 – 14 Februari 2002) merupakan seorang seniman serba boleh dan sering melakonkan watak-watak "bengis" dalam filem Melayu.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Nama sebenar beliau ialah Mahmood Bin Derani. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1921 di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Filem-filem terkenal lakonan beliau adalah seperti Jalak Lenteng, Sri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Kerjaya teater dan filem
[sunting | sunting sumber]Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Grand Nooran Opera, Seri Nooran Opera, Rubis Opera, Royal Star Opera, United Opera, Oriental Opera, Grand Jubilee Opera dan M. June Opera. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem ialah melalui pementasan Porter 13 dan beliau telah berjaya membawa wataknya berdasarkan pengalamannya bekerja sebagai tukang angkat beg di stesen kereta api Ipoh.
Setelah melibatkan diri di dalam pentas bangsawan, beliau menyertai Cathay-Keris Film Productions di Singapura dan filem pertamanya di Cathay Keris ialah Orang Lichin arahan L. Krishnan pada tahun 1958. Watak-watak zalim dan bengis yang dilakonkan oleh beliau sangat berkesan sehingga penonton-penonton filem Melayu pada ketika itu membencinya. Selain itu beliau turut diberi peluang berlakon dalam beberapa buah filem antaranya seperti filem Siti Zubaidah, Siti Payong, Selendang Merah, Jalak Lenteng, Orang Minyak dan Dang Anom.
Lima tahun kemudian, beliau menyertai Merdeka Film Studio (Studio Merdeka) di Hulu Kelang. Sewaktu beliau berada di Studio Merdeka, beliau berpeluang berlakon bersama Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee antaranya seperti Si Tora Harimau Jadian, Ragam P. Ramlee, Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Namun, watak yang dipegangnya berubah sewaktu bersama Studio Merdeka dan sekitar tahun 70-an dan 80-an. Beliau memegang watak-watak lucu, memegang watak sebagai bapa, datuk dan orang kaya di zaman moden. Antara lakonan beliau pada tahun 70-an dan 80-an ialah seperti Panglima Badol, Si Badol, Guru Badul dan Bujang Lapok Kembali Daa. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara pada tahun 1997 arahan Shuhaimi Baba.
Selain bergiat aktif dalam filem, beliau juga turut berlakon drama. Antara drama-drama lakonan beliau seperti Luk Tujuh bersama Eman Manan, Harimau Harimau dan Orang Kaya Paduka.
Selain filem, beliau pernah berlakon dalam iklan televisyen untuk satu jenama teh terkenal. Gelagatnya dalam iklan tersebut menarik minat ramai penonton.
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Dalam kehidupan peribadinya, beliau pernah berkahwin sebanyak 16 kali dan dengan Maharom Abdul Ghani, jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau dikurniakan enam anak, 16 cucu dan tiga cicit.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu, beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang.[1]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1958 | Orang Lichin | Filem pertama | |
Satay | Yaccub | ||
Orang Minyak | |||
Selendang Delima | |||
1959 | Raden Mas | Wanusugoro | |
Bawang Putih Bawang Merah | Datuk Bendahara | ||
Rasa Sayang Eh | Mohamad | ||
1960 | Noor Islam | Panglima Merah Hitam | |
Tunang Pak Dukun | Majid | ||
Hantu Rimau | |||
1961 | Hang Jebat | Karma Wijaya | |
Jalak Lenteng | Megat Rambai | ||
Sri Mersing | Awang Sulong | ||
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang | Tun Bija Ali | ||
Siti Zubaidah | |||
Gado-gado | |||
Puteri Gunong Ledang | Tengku Zainol | ||
1962 | Dang Anom | ||
Siti Payong | |||
Selendang Merah | Datuk Gaya | ||
1963 | Ibu Ayam | ||
Tangkap Basah | Jelatang | ||
Fajar Menyinsing | Bapa Roslan | ||
1964 | Sitora Harimau Jadian | Sitora | |
Ragam P. Ramlee | Gegala | Segmen: "Damaq" | |
Tun Mandan | Hang Andak | ||
1965 | Masam-Masam Manis | Rashid | |
Dajal Suchi | Pak Cik Musa | ||
Bumiputra | |||
1966 | Sabarudin Tukang Kasut | Memanda Wazir | |
Do Re Mi | Bapa Minah | ||
Nasib Do Re Mi | Pak Maon | ||
1969 | Keranda Jingga | Sarangga | |
1978 | Gila-Gila | Datuk Jaafar Pangku KK | |
1979 | Panglima Badol | Datuk Tumpang | |
Si Badol | Orang Kaya Mahmud | ||
Sumber Ilhamku | |||
Penagih Dadah | |||
Tiada Esok Bagimu | Penampilan khas | ||
Dendang Perantau | Wan Kamarul | Bintang utama: Uji Rashid & Hail Amir | |
1980 | Penyamun Tarbus | Tuan Said | |
Toyol | Orang Kaya Abas | ||
1981 | Si Luncai | Datuk Demang Gempa Bumi | |
Da Di Du | Pak Tua | ||
1982 | Langit Petang | Pak Arif | |
1983 | Darah Satria | Bapa Arif | |
Ke Medan Jaya | Pak Samad | ||
1985 | Bujang Lapok Kembali Daa | Oto-san | |
1986 | Aniaya Jenayah | ||
Jejaka Perasan | Kamarul | ||
Si Jantung Hati | Pak Maun | ||
1988 | Guru Badul | Haji Lamin | |
Dendang Remaja | |||
1989 | Sumpahan Mahsuri | Dato' Kamar Jaya | |
1992 | Selubung | Atok Mastura | |
Wanita Bertudung Hitam | Lokman | ||
1993 | Imigran | Pak Abu | |
1995 | Kad Cinta | Pak Tam | |
1997 | Layar Lara | Uncle Jeff | Filem terakhir |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1969 | Korban Kerana Keturunan | TV1 | Drama pertama | |
Kahwin Emaknya Dulu | ||||
Jatuh Membangun | ||||
Puntong Hanyut | ||||
Sopan Santun Makan Bersuap | Pak Mat | |||
1974 | Bagai Roda Pedati | |||
1989 | Luk Tujuh | TV3 | ||
1990 | Bapak | |||
1993 | Anak Angkat | |||
1995 | Alahai Manisnya Madu | |||
1996 | Mount Estate | |||
1997 | Orang Kaya Paduka | TV1 | Drama terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1988 | Intan Bukan Kaca | TV1 | |
1993 | Tidak Menunggu Retak | ||
1994 | Selamat Pengantin Baru | TV3 |
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Seniman dan Pelakon Terbaik pada tahun 1974.
- Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang pertama (1980) menerusi filem Sumber Ilhamku.
- Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 (1983) menerusi filem Langit Petang.
- Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
- Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular 1995.
- Ahli Mangku Negara pada tahun 1986.
- Ahli Mahkota Kedah pada tahun 1987.
- Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah yang menbawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Kedah pada bulan Januari 2001.