Hujan (kugiran)
Hujan | |
---|---|
Berasal dari | Miri, Sarawak, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2005—kini |
Syarikat rakaman |
|
Ahli | Noh Salleh Hezry "AG" Hafidz |
Bekas ahli | Nazeri "Dukegong" Nazirul Azhar "Jaja" Imran |
Hujan merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4][5][6] Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.
Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er, -ere, daripada Inggeris Lama -ere (awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz (awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]2005: Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Kugiran Hujan bermula di laman media sosial Myspace, di mana kebanyakan ahli kumpulan berhubung melaluinya walaupun tidak mengenali sesama mereka pada awal perkenalan namun berkongsi minat yang sama. Noh Salleh memuat naik beberapa demo di Myspace dan mula diterima secara umum.
2006-2009: EP, pengaruh muzik dan jelajah Hujan ke UK
[sunting | sunting sumber]Hujan melabelkan genre yang dibawa oleh mereka sebagai rock indie, rock garaj dan rock alternatif. Mereka lebih cenderung mendendangkan lagu dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka ialah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu 1,2,3,Go! dan Check Check Rock Rock malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana, mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
2009: Mencari Konklusi dan Mencari Konklusi Tour
[sunting | sunting sumber]Pada 2009, mereka melancarkan konsert jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" seiring dengan album Mencari Konklusi yang telah diadakan di seluruh negara. Jelajah itu diakhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke Eropah setelah diundang bagi bersama kumpulan rock legenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.
2010: Lonely Soldier Boy
[sunting | sunting sumber]Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka Lonely Soldier Boy yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar Raingers.
2012-kini: Sang Enemy, Hujan X Love Me Butch Tour 2013 dan terkini
[sunting | sunting sumber]Hujan tampil dengan penuh kelainan berbanding sebelumnya dengan album Sang Enemy yang bergenre post-hardcore dan metalcore. Bergandingan dengan Love Me Butch, Hujan melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar Hujan X Love Me Butch Tour 2013.
Album kelima Hujan, Jika Sempat dikeluarkan pada April 2016. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. "Jika Sempat" dan "Kamar Sepi" dikeluarkan sebagai single.[8][9]
Ahli kumpulan
[sunting | sunting sumber]Ahli terkini
[sunting | sunting sumber]- Noh Salleh - Vokalis, Gitar Kedua, Penulis Lagu
- Hezry Hafidz - "AG Coco" - Gitar Utama, Penggubah Lagu
- Azham Ahmad - "Ambobzeela" - Dram
- Izzat Uzaini - Bes Gitar
Bekas ahli
[sunting | sunting sumber]- Azhar Imran - "Jaja" - Bes
- Nazeri Nazirul - "Dugong" - Bes
- Hang Dimas - Papan nada Bes
Diskografi
[sunting | sunting sumber]EP
[sunting | sunting sumber]- 2007: 1,2,3 Go![10]
- 2007: Check Check Rock Rock[11]
- 2008: Hujan UK Release
- 2018: Suria
- 2020: Pelangi Dan Kau
Album studio
[sunting | sunting sumber]- 2008: Hujan
- 2009: Mencari Konklusi
- 2010: Lonely Soldier Boy
- 2012: Sang Enemy
- 2016: Jika Sempat
- 2020: Pelangi Dan Kau
OST
[sunting | sunting sumber]- "Jiwa Kelajuan" (OST Impak Maksima)
Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- CD Issue-9 Majalah JUNK: "Pagi Yang Gelap"
- Support Our Local Act Volume 1: "Bila Aku Sudah Tiada"
Single
[sunting | sunting sumber]- Kuala Lumpur
- Gundah
- Pagi Yang Gelap
- Ah Moi Chantek
- Jiwa Kelajuan
- Empayarmu
- Aku Skandal
- Neon
- Ku Mahu Kau Tahu
- Lepaskan Aku
- DugaanNya
- Bila Aku Sudah Tiada (OST Misi Ady)
- Pijak Hatiku
- Mencari Konklusi
- Obsesi
- Kau Harus Ada
- Romantik
- Salam Aidilfitri Ayah Bonda - duet bersama kumpulan Raihan
- Inspektor Remos
- Muda
- Hampir
- Bahgia
- Kotak Hati
- Aku Yang Asing
- Dikala Bulan Bermain Biola
- Rumah Kita
- Mana Mungkin
Single Noh Salleh
[sunting | sunting sumber]Penyanyi utama Noh Salleh juga pernah ditampilkan dalam lagu beberapa artis popular sebagai projek luar. Sebelum bersama Hujan, Noh pernah menyertai kumpulan M.I.X pada tahun 2004 hingga 2006. Berikut ialah single Noh secara solo:-
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2006 | "Hantu" | — | — | — | — | Non-Demo/Album Single sebagai Noh Phrofile M.I.X |
"Puteri Santubong" | — | — | — | — | ||
"Akademi Cinta" ditampilkan oleh Nas Adila |
— | — | — | — | ||
2010 | "Pelita" ditampilkan sebagai A.P.I |
— | — | — | — | Hooperz A.P.I juga disertai Azlan & The Typewriter, Monoloque, Din Homatov Estranged, Imran OBS dan AJ Pop Shuvit |
"Kurnia" duet bersama Mizz Nina |
— | — | — | — | What Are You Waiting For | |
"Selamat Pagi Sayang" ditampilkan oleh DJ Fuzz |
— | — | — | — | Mixtape Mixology 3 | |
2011 | "Kotarayaku" ditampilkan oleh Altimet |
— | — | — | — | Kotarayaku |
Demo
[sunting | sunting sumber]- "Ludah Amerika"
- "Luka Mana"
- "Papa Mama"
- "Lonely Soldier Boy"
- "Sedih"
- "Neon"
- "Selamat Hari Ibu"
- "Ku Mahu Kau Tahu"
- "Empayar Mu"
- "Hampir"
- "Kamek Sayang Kitak"
- "Kau Pijak Hatiku"
- "Kotak Hati"
- "Kuala Lumpur"
- "Miri"
- "Di Kala Bulan Bermain Biola"
- "Bagaikan Matahari"
- "Mimpiku Hanya Mimpi"
- "Muda"
- "Rantai Rasa Cinta"
- "Baju Melayu Di Pagi Raya"
- "Na Na Na"
- "Lepaskan Aku"
- "Kelonsong Peluru"
- "Kepak Ayam"
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
2009 (AIM16) | Artis Baru Terbaik | Tercalon | Meet Uncle Hussain | ||
Album Rock Terbaik | Hujan | Menang | |||
Lagu Rock Terbaik | Dugaannya | Tercalon | Hujan - Bila Aku Sudah Tiada | ||
Bila Aku Sudah Tiada | Menang | ||||
Lagu Terbaik | Tercalon | Misha Omar - Nafas Cahaya | |||
Album Terbaik | Tercalon | Dato' Siti Nurhaliza - Lentera Timur | |||
2010 (AIM17) | Album Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Tercalon | Faizal Tahir - Adrenalin | |
Lagu Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Tercalon | Bunkface - Situasi | ||
2011 (AIM18) | Kulit Album Terbaik | Lonely Soldier Boy | Tercalon | Aizat - Urusan Aizat Amdan | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | Reza Salleh - Realize | |||
Video Muzik Terbaik | Inspektor Remos | Tercalon | Aizat - Susun Silang Kata |
Anugerah Planet Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah Planet Muzik | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
2009 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu untuk Duo/Kumpulan Baru | Pagi Yang Gelap | Hujan | Tercalon | Kotak - Beraksi |
Duo / Kumpulan Terbaik | Tercalon | Yovie & Nuno - The Special One | |||
Lagu Terbaik | Pagi Yang Gelap | Tercalon | Nidji - Laskar Pelangi | ||
Album Terbaik | Tercalon | Afgan - Confession No. 1 | |||
Artis Malaysia Paling Popular | Tercalon | Siti Nurhaliza | |||
Artis Serantau Paling Popular | Tercalon | ||||
2011 | Artis Serantau Paling Popular | Tercalon | Siti Nurhaliza |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2009 (AJL24) | Aku Skandal | Hujan | Noh | Noh | Terbuka | Tercalon |
2010 (AJL25) | Mencari Konklusi | Mencari Konklusi | Noh | Noh | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
[sunting | sunting sumber]Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2008 | Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular | Tercalon | |
2009 | Penyanyi Duo / Berkumpulan Popular | Tercalon |
Anugerah Shout!
[sunting | sunting sumber]Anugerah Shout! | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2009 | Break Out Award | Tercalon | |
Rockstar Award | Tercalon | ||
2010 | Rockstar Award | Tercalon |
Versus TV9
[sunting | sunting sumber]Versus TV9 | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Minggu | Peratusan Undi | Keputusan |
2012 | Pertandingan | 8 | 50.6% (Minggu Akhir) | Menang |
Logo
[sunting | sunting sumber]-
2006
-
2009
-
2012
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Elly. "Hujan akhiri kemarau muzik Malaysia". Murai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-20. Dicapai pada 2013-06-18.
- ^ "Tiga band di KL Live 30 Jun!". Sinar Harian. Dicapai pada 2013-06-18.
- ^ Wahab, Esme Johari. "Istimewa selama lima jam". Harian Metro. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ "Gila Noh, santai Aizat". Kosmo!. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ Mahmud, Shalla Farihad. "Popular dalam diam". ABP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ ATAK, FERIDE HIKMET. "Hujan Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu". Malaysian Star. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ YEOH, ANGELIN. "Hujan, Love Me Butch combine forces in upcoming tour" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-17. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ Hujan Muncul Dengan ‘Jika Sempat’ Selepas Empat Tahun Berehat Perak Today (21 Mei 2016). Dicapai pada 21 Mei 2016.
- ^ Hujan’s new album ‘Jika Sempat’ reflects their journey from the beginning The Malay Mail (1 Jun 2016). Dicapai pada 1 Jun 2016.
- ^ Abd Aziz, Siti Azira. "Hujan tidak hirau digelar 'band syok sendiri'". mStar Online. Dicapai pada 2013-06-18.
- ^ Abd Aziz, Siti Azira. "Hujan tidak hirau digelar 'band syok sendiri'". mStar Online. Dicapai pada 2013-06-18.