EYE (kumpulan muzik)
EYE | |
---|---|
![]() Barisan keanggotaan EYE | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | Parit Buntar, ![]() ![]() |
Genre | Rock, hard rock, heavy metal, pop rock, slow rock, balada |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal Gitar Bass Dram |
Tahun aktif | 1987–2004 |
Syarikat rakaman | Fantasia Music City |
Pengkarya berkait | Arrow, Rio |
Bekas ahli | Izam (Vokalist) Amir (1st Guitarist) Kamal (2nd Guitarist) Ijam (Bassiat) Mazni (Drummer) |
EYE merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif sekitar era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Kumpulan EYE merupakan kumpulan penyanyi kedua yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City atau ringkasnya FMC, iaitu selepas, Kumpulan Arrow.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]1987–1993: Penubuhan Awal
[sunting | sunting sumber]Kumpulan EYE ditubuhkan pada tahun 1987 di Parit Buntar, Perak oleh pasangan adik-beradik kembar Mohd Azmi Arshad (Amir) sebagai pemain gitar utama dan Mohd Izam Arshad (Izam) sebagai penyanyi utama. Turut dibarisi oleh Kiss (gitar kedua), Ari (bass) dan Man (dram), kumpulan yang pada asalnya menggunakan nama Mentari. Kumpulan ini sejak ditubuhkan apabila kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan di pesta ria, kelab, konsert-konsert mini dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Malaysia. Antara pengaruh awal bagi Mentari ketika itu adalah kumpulan heavy metal dari luar negara seperti Iron Maiden dan Black Sabbath. Bagaimanapun, kumpulan ini mula dikenali ramai setelah menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88 pada tahun 1988. Mentari pernah mendapat peluang untuk merakam lagu dalam album kompilasi War Rock 3 (1989). Kemudian pada tahun 1990, Kiss, Ari dan Man pula mengambil keputusan keluar dari Mentari kerana mereka bertiga ingin menyertai kumpulan Putra yang diketuai oleh Nik. Tinggallah Amir dan Izam sahaja dan secara rasmi akan berkubur kumpulan ini dengan kekosongan pemain gitar irama, pemain gitar bes dan dram. Pada tahun yang sama, kembali mengaktifkan kumpulan ini, kebetulan Amir yang sudah mengenali Amy yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Handy Black seorang pemain dram, Amir meminjam khidmat Amy. Izam pula memperkenalkan Opie yang merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals dan Bloodshed dan Man Greng yang merupakan bekas pemain gitar bes kumpulan Gersang kepada Amir seorang pemain gitar irama dan bes. Amir tertarik dengan karekter dan aksi Opie menggalas posisi gitar kedua dan Man Greng bermain bes dan terus mempelawa Opie dan Man Greng menyertai kumpulan Mentari untuk menggantikan tempat Kiss sebagai pemain gitar kedua dan Ari sebagai pemain bes. Tidak lama secara kebetulan Amy sekaligus menyambung khidmatnya bersama Mentari dan nama kumpulan ditukar kepada Noble Angel. Kemudian pada tahun 1991, Amy menarik diri dari kumpulan tersebut setelah dipanggil oleh rakan lamanya, Zuar XPDC (ex-Babylon) untuk menyertai kumpulan XPDC menggantikan Lee Space. Sebagai pertukaran, Lee Space kemudiannya mengisi posisi yang ditinggalkan Amy. Pada masa yang sama juga, mereka berbincang untuk menambah 1 orang pemain keyboard. Izam mensyorkan Judy yang merupakan bekas pemain keyboard kumpulan Bloodshed sebagai pemain keyboard, kemudian Amir dan rakan-rakannya bersetuju. Kemudian pada tahun 1992, Man Greng disingkirkan kumpulan tersebut kerana ingin menubuhkan menubuhkan yang di beri nama Keno dan kekosongan itu digantikan oleh Rawita Ahmad yang merupakan bekas pemain bes kumpulan Bloodshed dan kumpulan ini menukar namanya menjadi D'Ugly.
1993–1995 : Penciptaan EYE, Opie, Judy, Rawita dan Lee Space Keluar - Kemasukan Izam dan Mazni dan Kejayaan Awal
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1993 mereka sempat membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Pada tahun itu juga mereka telah mengikat kontrak bersama Fantasia Music City Sdn. Bhd. (FMC) dan terus merakamkan album pertama. Ketika proses rakaman berbaki 50%, Opie, Judy, Rawita dan Lee Space terpaksa menarik diri dari kumpulan ini. Selepas empat orang meninggalkan kumpulan, Opie dan Rawita ingin menjadi pemuzik undangan dalam kumpulan Fotograf selain dengan dua orang itu Judy juga ikut direhatkan atas alasan pribadi dan Lee Space pula ikut menubuhkan kumpulan Def-Gab-C. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Ijam (bass) dan Mazni (dram). Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama D'Ugly kepada EYE oleh Izam. Nama kumpulan itu adalah pilihan nama terbaik kerana mereka berpendapat kekuatan Izam kelihatan seperti 'mata' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris Eyes). Maka dengan itu nama pilihan muktamad mereka ialah kumpulan EYE (Dalam terjemah Bahasa Melayu 'Mata'). Sah EYE di bentuk dalam 4 orang anggota iaitu Izam (penyanyi), Kamal (gitar), Ijam (gitar bes) dan Mazni (dram). Pada 17 Mac 1994, rakaman diteruskan untuk album sulung mereka, Mekar, di mana salah satu lagu dari album tersebut, Nafas Cinta Terakhir, menjadi hits yang melonjak nama EYE dalam persada industri muzik Malaysia.
1995–2004 : Penyertaaan Kamal, Puncak Kemasyhuran, Zaman Kegemilangan, Kamal, Ijam dan Mazni Keluar - Bad dan Taufik Masuk, Arby Masuk Menggantikan Tempat Taufik Telah Menarik Diri
[sunting | sunting sumber]Kemudian pada tahun 1995, EYE telah melancarkan album kedua mereka berjudul Satu Nukilan Abadi di bawah label yang sama. Dalam album ini, kumpulan ini mengundang pemain gitar kedua, Kamal. Album Satu Nukilan Abadi telah melonjakkan nama EYE di persada muzik tempatan apabila album ini terjual sebanyak 200,000 unit dengan hampir kesemua lagu dalam album ini hit dan keluar di stesen-stesen radio tempatan. Antara lagu yang popular dalam album Satu Nukilan Abadi ialah Hadir, Syahdu, Mungkir, Perkenankan Impianku, dan Namamu Kini jadi Sebutan. Album ini kemudiannya diiktiraf sebagai album yang mencatatkan jualan terbanyak di Malaysia pada ketika itu sebelum rekod mereka dipecahkan oleh kumpulan Slam pada tahun 1996 menerusi album Kembali Merindu yang mencatatkan jualan sebanyak 250,000 unit dan kumpulan XPDC pada tahun 1997 menerusi album Brutal 450,000 unit dalam tempoh 6 bulan. Hal ini telah melayakkan EYE menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka. Kejayaan album ini juga membawa kepada pertambahan anggota di mana Kamal yang sebelum ini merupakan pemuzik undangan akhirnya diserap masuk sebagai anggota tetap EYE.
Pada tahun 1996, EYE telah melancarkan album ketiga mereka berjudul Semakin Menjadi-Jadi terjual sebanyak 175,000 unit. Walaupun jumlah jualan album ini agak rendah berbanding sebelumnya, ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular daripada album ini ialah Untukmu Sayang, Setelah Dirimu Ku Kenali, Hingga Tiba Saat Ini, Dalam Sutra Putih Cintaku, Kau Tetap Di Jendela Kenanganku dan Izinkan Selamanya Namamu Di Hati.
Selepas kejayaan album Semakin Menjadi-Jadi telah menyebabkan mereka sekali lagi ditawarkan kontrak untuk menghasilkan album keempat di bawah FMC Music. Ketika inilah EYE dilanda perpecahan apabila Kamal, Ijam dan Mazni mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mereka bertiga telah membawa haluan masing-masing, meninggalkan Izam dan Amir sebagai anggota yang tinggal untuk meneruskan perjuangan EYE.
Kedua anggota EYE telah menyebabkan Izam dan Amir mengambil keputusan untuk menjemput dua anggota baharu iaitu Bad yang merupakan bekas pemain bes kumpulan Scandals, Handy Black, G.E.T dan Strangers (bes) dan Taufik yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Crossfire dan Rio (dram) untuk membantu mereka dalam proses rakaman album dan juga persembahan pentas. Maka pada tahun 1997, EYE telah melancarkan album keempat mereka berjudul Lebih Hebat Lagi Album ini merupakan kemasukan Bad dan Taufik sebagai dua anggota baharu ini diterbitkan masih di bawah label iaitu FMC Music. Album ini mengalami sedikit penurunan apabila terjual sebanyak 100,000 unit ekoran kemelesetan ekonomi dan isu cetak rompak yang melanda negara pada ketika itu. Lagu yang popular daripada album ini ialah Satu Nama Tetap Di Hati dan Kerana Keangkuhan.
Kemudian pada tahun 1998, EYE telah melancarkan album kelima yang berjudul Mahkota Impian yang diterbitkan sepenuhnya oleh FMC Music. Album ini telah menampilkan pemain dram baharu EYE iaitu Arby menggantikan tempat Taufik telah menarik diri. Album ini terjual sebanyak 15,000 unit di Malaysia dan 50,000 unit di Indonesia.
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]Mentari 1987 - 1989 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Kiss - Gitar Kedua
- Ari - Bass
- Man - Dram
Noble Angel 1990 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Opie - Gitar Kedua
- Man Greng - Bass
- Amy - Dram
Noble Angel 1991 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Opie - Gitar Kedua
- Judy - Keyboard
- Man Greng - Bass
- Lee Space - Dram
D'Ugly 1992 - 1993 :
EYE 1993 - 1994 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Ijam - Bass
- Mazni - Dram
EYE 1995 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Kamal - Gitar
- Ijam - Bass
- Mazni - Dram
Kamal merupakan pemuzik undangan dalam album Satu Nukilan Abadi sebelum diserap menjadi anggota tetap EYE.
EYE 1996 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Kamal - Gitar Kedua
- Ijam - Bass
- Mazni - Dram
EYE 1997 :
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Badd - Bass
- Taufiq - Dram
EYE 1998 - 2004:
- Izam - Vokal
- Amir - Gitar Utama
- Ijam - Bass
- Arby - Dram
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Mekar (1994)
- Satu Nukilan Abadi (1995)
- Semakin Menjadi Jadi (1996)
- Lebih Hebat Lagi (1997)
- Mahkota Impian (1998)
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Unggul Hitz (1998)
- The Best EYE - Memikat Syahdu (1999)
- Suatu Abadi (2004)
- Kenangan Lalu (2007)
Peserta Gema Gegar Vaganza 2017
[sunting | sunting sumber]- Izam EYE - Penyanyi rock dan nasyid