Pergi ke kandungan

Korvet kelas Baynunah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korvet kelas Baynunah, Al Dhafra di NAVDEX, Februari 2015
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Emiriah Arab Bersatu Tentera Laut Emiriah Arab Bersatu
Didahului oleh: Kapal peronda kelas-Ardhana
Dirancang: 6
Disiapkan: 6
Aktif: 6
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 915 tan[1]
Panjang: 71.3 m (233 ka 11 in)
Lunas: 11 m (36 ka 1 in)
Draft: 2.8 m (9 ka 2 in)
Jana kuasa:
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)+
Jarak: 2,400 nmi (4,400 km; 2,800 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Ketahanan: 14 hari
Anak kapal: 37
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • radar pengawasan Saab Microwave Systems Sea Giraffe AMB
  • radar navigasi band-I Terma
  • radar kawalan tembakan band-X Selex Orion RTN 25
  • sonar mengelak halangan dan periuk api pemasangan badan NDS 3070 Vanguard
Persenjataan:
Kemudahan penerbangan: Dek helikopter dan hangar
Nota: Kos, setakat Februari 2009, adalah AS$820 juta untuk semua 6 buah kapal.[2]

Kelas-Baynunah adalah sebuah kelas korvet yang dibina untuk Tentera Laut Emiriah Arab Bersatu. Kapal sulung, Baynunah, telah dinamakan bersempena dengan kawasan Baynunah di Abu Dhabi. Enam buah kapal dirancang untuk dibina dalam kelas ini dengan jumlah kos sebanyak AS$820 juta. Ujian laut kini sedang berjalan. Ujian-ujian platform dan sistem tempur dijangka akan berlangsung sepanjang tahun 2011, di mana setelah selesai ia akan diserahkan kepada Tentera Laut UAE.[3]

Perincian

[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk kelas adalah berdasarkan pada rekabentuk Combattante BR70 yang dibangunkan oleh CMN Group.[4] Kelas Baynunah direka untuk tujuan "rondaan dan pengawasan, menabur periuk api, memintas dan operasi-operasi peperangan anti permukaan lain dalam wilayah perairan dan zon ekonomi ekslusif Emiriah Arab Bersatu."[5]

Pada tahun 2004, bagi mengantikan kapal peronda kelas-Ardhana, Kementerian Pertahanan UAE telah menganugerahkan satu kontrak kepada Abu Dhabi Ship Building untuk membina kelas Baynunah.[5] Kapal sulung, Baynunah, telah dibina di Perancis oleh Constructions Mécaniques de Normandie, sementara kapal-kapal seterusnya telah dibina di UAE oleh Abu Dhabi Ship Building (ADSB).[3]

Pelancaran kapal sulung telah diadakan pada 25 Jun 2009[perlu rujukan]. Ujian laut pula bermula pada bulan Januari 2010..[perlu rujukan]

Kapal ke-4 dalam kelas ini, Mezyad, telah dilancarkan oleh ADSB pada 15 Februari 2012.[perlu rujukan] ADSB berharap untuk mendapatkan kontrak selanjutnya dari Arab Saudi dan Kuwait (bagaimanapun Arab Saudi dan Kuwait tidak lagi berminat).[6]

Kapal terakhir, Al-Hili, telah dilancarkan pada 6 Februari 2014.[7]

Semasa campur tangan yang diketuai Arab Saudi dalam Perang Saudara Yaman, sejumlah kapal dari kelas ini terlibat dalam sekatan ke atas Yaman.[8]

Kapal-kapal dalam kelas

[sunting | sunting sumber]
Nombor No. Pennant Nama Pembina Dilancarkan Ditauliahkan Status
1 P171 Baynunah CMN, Cherbourg 25 Jun 2009 2011 Aktif
2 P172 Al Hesen ADSB, Abu Dhabi 2010 2012 Aktif[9]
3 P173 Al Dhafra ADSB, Abu Dhabi April 2011 24 Disember 2013 Aktif[9]
4 P174 Mezyad ADSB, Abu Dhabi 15 Februari 2012 2014 Aktif[10]
5 P175 Al Jahili ADSB, Abu Dhabi 2013 April 2015 Aktif[11]
6 P176 Al Hili ADSB, Abu Dhabi 6 Februari 2014 20 Februari 2017 Aktif[12]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Pape, Alex (24 August 2009). "In a class of their own: new corvettes take centre stage". Jane's News. IHS Global. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2010. Dicapai pada 13 May 2021.
  2. ^ Scott, Richard (22 February 2009). "Baynunah corvette on the launchpad". IDEX 2009. Jane's Information Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009. Dicapai pada 13 May 2021.
  3. ^ a b "UAE awaits in expectation as Baynunah corvette commences sea trials". Jane's Naval News. IHS Global. 12 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2010. Dicapai pada 13 May 2021.
  4. ^ "Combattante BR70". CMN Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 15 March 2010.
  5. ^ a b "Baynunah Class Corvettes". naval-technology.com. Verdict Media. Dicapai pada 7 January 2021.
  6. ^ Black, David (16 February 2012). "Warships made in Abu Dhabi to be sold abroad". The National. Abu Dhabi Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2016. Dicapai pada 16 February 2012.
  7. ^ Binnie, Jeremy (6 February 2014). "UAE's final Baynunah launched". IHS Jane's 360. IHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2014. Dicapai pada 27 August 2014.
  8. ^ Pollak, Nedav & Knights, Michael (26 March 2016). "Gulf Coalition Operations in Yemen (Part 3): Maritime and Aerial Blockade". The Washington Institute for Near East Policy. Dicapai pada 24 October 2016.
  9. ^ a b "ADSB launches third naval ship". Khaleej Times. 2011-04-06. Dicapai pada 2021-09-28.
  10. ^ "Fourth vessel made in UAE joins Navy". Khaleej Times. 2012-02-16. Dicapai pada 2021-09-28.
  11. ^ "ADSB seeks new deals at defence show". Khaleej Times. 2015-02-24. Dicapai pada 2021-09-28.
  12. ^ "United Arab Emirates Navy - Patrol boats of United Arab Emirates Navy". milpower.org. Dicapai pada 2021-09-28.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]