Khadijah Ibrahim
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Khadijah Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Khadijah binti Ibrahim 19 Januari 1959 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1970–kini |
Pasangan | Mohamad Rashid Fahmi Batsaloo (suami pertama)[1] Khaled Bensalah (suami kedua) |
Ibu | Siti Mariam Syed Abdul Rahman |
Bapa | Ibrahim Abu Hassan |
Saudara | Sophia Ibrahim (kakak) Latif Ibrahim (abang) |
Keluarga | Aman Belon (datuk) Hussein Abu Hassan (bapa saudara) Mahyon Ismail (ibu saudara) Dilla Hussein (sepupu) Faizal Hussein (sepupu) Fairuz Hussein (sepupu) |
Dato' Khadijah binti Ibrahim atau dikenali sebagai Khaty Ibrahim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 19 Januari 1959, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. "Kupendam Sebuah Duka" merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu "Malaysia Truly Asia" (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).
Dato Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato M.Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Dato Jamal Abdillah, Dato Hattan dan Noraniza Idris.
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Studio
[sunting | sunting sumber]- Sehari Dalam Cinta (1979)
- Potret Kasih (1980)
- Just Thinking of Us (1981)
- Wajah Impian (1981)
- Everyday Girl (1981)
- Mengapa Aku Disalahkan (1982)
- I'll Never Be the Same (1983)
- Ku Pendam Sebuah Duka (1987)
- '88 (1987)
- Citarasa (1989)
- Romantika (1992)
- Terbang Pulang (2000)
Album Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]- Sumber Ilhamku (1979)
Album Pelbagai
[sunting | sunting sumber]- Aidil-Fitri Berma'af Ma'afan (1980)
Album Duet
[sunting | sunting sumber]- Kau Yang Istimewa (1985) (bersama Latif Ibrahim)
- Ihsan (1990) (bersama Ramli Sarip)
- Lagu Zaman (1992) (bersama Ramli Sarip)
Album Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Nostalgia Khadijah Ibrahim Vol. 1 (1994)
- Nostalgia Khadijah Ibrahim Vol. 2 (1994)
- 4 Bintang Lagenda - Vol. 1 (album) (2011)
Album Lain
[sunting | sunting sumber]- O.K. (1986) (album studio Dato' Wah Idris yang menampilkan nyanyian bersama beliau)
- Perjalanan Hidup (1987) (album studio Dato' Ramli Sarip yang menampilkan nyanyian bersama beliau)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Mahligai Gading | Puan Sri Marini | TV2 | |
2017 | Urusan Hati Cik Drama Queen | Astro Ria | ||
2014-2016,2018 & 2020 | Gegar Vaganza | Juri Tetap |
Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Wartawan Hiburan | |
2002 | Mr. Cinderella | Permaisuri | |
2003 | Mr. Cinderella 2 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]- 25 Tahun 5 Minit
- Menghitung Hari
- Tiada Sempadan