Pergi ke kandungan

Lord Voldemort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Keluarga Gaunt)
Watak Harry Potter
Voldemort
Lord Voldemort, dilakonkan oleh Ralph Fiennes dalam Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)
Tom Marvolo Riddle/Lord Voldemort
Jantina lelaki
Warna rambut Tiada (dahulunya hitam)
Warna mata Merah (dahulunya perang)
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campur
Sekutu Death Eater
Dilakonkan oleh Ralph Fiennes
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Lord Voldemort (lahir pada 31 Disember 1926) merupakan watak yang jahat dalam siri Harry Potter. Beliau merupakan ahli sihir yang jahat yang menginginkan kuasa yang tidak tertanding dan mencapai keabadian melalui ilmu hitam. Dia juga ditakuti oleh warga masyarakat sihir yang menggelarkannya "Kamu-Tahu-Siapa" atau "Dia-yang-Harus-Tidak-Dinamakan" berbanding menyebut namanya dengan kuat. Pengikutnya, Death Eater, tidak memanggil namanya juga. Mereka menggelarkannya "Raja Kuasa Jahat". Voldemort dikira satu antara ahli sihir yang terhebat. Dikatakan satu-satunya ahli sihir yang ditakutinya ialah Albus Dumbledore, pengetua Sekolah Hogwarts.

Nama Voldemort boleh diterjemahkan sebagai "perjalanan kematian" atau "pencurian kematian" dalam Bahasa Perancis (vol de mort).

Sejarah Awal

[sunting | sunting sumber]

Lord Voldemort dilahirkan sebagai Tom Marvolo Riddle pada malam Tahun Baru 1926 oleh Tom Riddle Sr. dan Merope Gaunt. Melalui keturunan ibunya, dia ialah generasi terakhir keturunan Salazar Slytherin, pengasas Hogwarts.

Riddle diabaikan oleh bapanya manakala ibunya mati ketika melahirkannya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Apabila dia mencecah umur 11 tahun, Dumbledore sendiri menjemputnya untuk bersekolah di Hogwarts. Walaupun masih kanak-kanak, dia kelihatan sudah mampu menguasai kebolehan dan potensinya sebagai ahli sihir. Pada masa Dumbledore berjumpa dengannya, dia mampu membuatkan haiwan patuh kepada arahannya, berkata-kata dengan ular, menyakitkan orang lain, dan dalam ayatnya, "membuat perkara buruk berlaku kepada orang yang membuatkan dia benci". Walau bagaimanapun, dia juga menunjukkan sifat zalimnya, tidak mengendahkan orang lain, kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sihir dan kurangnya pertimbangan. Dalam masa beberapa tahun, Riddle mula menggunakan nama baru, nama yang dia tahu akan ditakuti oleh ahli sihir untuk menyebutnya: Lord Voldemort.

Ketika menjadi pelajar di Hogwarts, lazimnya Riddle berjaya menutup motif jahatnya. Dia mempunyai kebolehan istimewa dan pelajar yang baik, menjadi pengawas dan akhirnya Ketua Pelajar. Walaupun begitu, Dumbledore tidak pernah mempercayai dia sepenuhnya akibat pengakuan sebenar yang dilakukan oleh Riddle di hadapannya dahulu. Riddle juga mengumpiulkan sekumpulan pengikut dan di antara mereka, nama"Lord Voldemort" digunakan, iaitu sebagai anagram atau susunan semula namanya , Tom Marvolo Riddle, kepada "I am Lord Voldemort." (Saya Lord Voldemort). Selepas meninggalkan Hogwarts, dia cuba untuk mengabaikan nama sebenarnya dan menggunakan nama baru itu secara terbuka. Ketika Riddle masih di Hogwarts, dia dikelilingi oleh rakan Slytherin yang digelar rakan, tetapi kurang diendahkan. Ramai dalam kalangan mereka menjadi Death Eaters, termasuk Avery dan Rodolphus Lestrange. Pada tahun kelimanya, dia telah membuka Bilik Rahsia dan menyebabkan seorang pelajar bernama Myrtle, iaitu seorang pelajar berdarah Muggle, dibunuh. Hanya Dumbledore mengesyakinya, kerana dia telah memikat hamper semua staf sekolah termasuk guru Posyen iaitu Horace Slughorn dan memerangkap pelajar tahun ketiga, Rubeus Hagrid.

Selepas menamatkan pelajarannya, Voldemort berharap untuk menjadi guru di Hogwarts. Dumbledore merasakan yang dia berkehendakkan barangan kepunyaan Godric Gryffindor or Rowena Ravenclaw. Keinginannya ditolak oleh pengetua ketika itu, Armando Dippet kerana terlalu muda. Maka, dia bekerja untuk sementara waktu di Borgin dan Burkes, Knockturn Alley tetapi turut melakukan pencurian dan pembunuhan, iaitu loket kepunyaan Salazar Slytherin dan piala yang mepunyai badger Hufflepuff yang kemungkinan digunakan untuk Horcrux. Kemudian, dia menghilangkan diri. Sepuluh tahun kemudian, dia kembali ke Hogwarts untuk menjawat sebagai guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, tetapi ditolak oleh Dumbledore yang ketika itu telah menjadi pengetua kerana dia telah menunjukkan ketidak jujurannya. Pada masa itu, penampilan Voldemort sudah kurang seperti manusia dan dimintanya untuk menggunakan gelarannya berbanding nama sebenaryna yang Dumbledore tidak berbuat demikian. Voldemort telah ditolak daripada jawatan itu. Dengan marah, dia meletakkan sumpahan kepada kerja itu dan sejak itu, tiada pengajar yang dapat bertahan lebih daripada setahun.

Kebangkitan kuasa

[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak yang diketahui tentangnya sehinggal dia betul-betul hebat sebagai Lord Voldemort pada tahun 1970-an. Grindelwald telah dihapuskan ketika Riddle masih 18 tahun, maka berkemungkinan mereka pernah bertemu. Apabila Voldemort muncul buat pertama kalinya, dia melancarkan kempen "membersihkan" masyarakat sihir daripada mereka yang berdarah Muggle. Pada satu-satu masa, dia menunjukkan warna sebenar dia, yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian keluarga. Memang jelas dengan apa yang dikehendaki oleh Voldemort. Kementerian Sihir British – yang kebanyakannya menurut Barty Crouch Sr. – menentang Voldemort, bersama-sama Kumpulan Phoenix, yang diketuai Dumbledore sendiri. Dumbledore ialah satu-satunya yang ditakuti Voldemort, dan Hogwarts ialah satu daripada tempat yang paling selamat ketika kekuasaan Lord Voldemort.

Pada masa ini, ketegangan meningkat di kalangan masyarakat sihir. Mereka tidak pasti siapa yang berada di pihak Voldemort dan siapa yang tidak. Voldemort dan pengikutnya menggunakan Sumpahan yang mengakibatkan kesakitan atau kematian. Sumpahan Imperius menjadi subjek kontroversi kerana ramai yang menyokong Voldemort kemudiannya mengatakan mereka telah dikawal melaui sumpahan itu. Sebahagian daripada mereka ini dibebaskan.

Voldemort mempunyai pengikukt yang dipercayai: Death Eater, yang sentiasa dikuasai malah dengan lebih ganas lagi. Death Eater akan menunjukkan Tanda Kuasa Jahat, tengkorak hijau yang mempunyai ular meyusur dari dalam mulut, sebagai tanda mereka dengan jampi Mosmordre. Yang ini akan menakutkan ramai orang – yang mana tanda ini akan muncul di atas sesebuah rumah yang telah Death Eater melakukan pembunuhan. Simbol yang sama ditatu oleh Voldemort ke atas lengan pengikutnya. Apabila di menekan tanda itu dengan jarinya, tanda yang lain akan bertukar dan seolah-olah terbakar agar dapat memberitahu yang dia ingin bertemu dengan yang lain.

Walaupun pihak kementerian dan Dumbledore telah berusaha sedaya upaya, Voldemort sentiasa berjaya dengan bantuan banyak pengintip rahsia. Dunia sihir Britain telah terkongkong dan tertekan.

Kemudian, pada awal 1980, Sybill Trelawney, anak kepada cicit seorang peramal yang tersohor, Cassandra Trelawney, telah memberikan satu ramalan:

"Dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir ke dunia... dilahirkan oleh mereka yang tiga kali menentangnya, lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh... dan Raja Kuasa Jahat akan menandakannya sebagai lawan yang setanding, namun dia akan mempunyai kuasa yang Raja Kuasa Jahat sendiri tidak mengira.. salah seorang mesti mati di tangan yang seorang lagi kerana tiada hidup bagi yang satu jika satu lagi masih bernyawa... dia yang berkuasa melenyapkan Raja Kuasa Jahat akan lahir pada saat berakhirnya bulan ketujuh..."

Dua kanak-kanak telah diketahui menepati kandungan ramalan itu iaitu Neville Longbottom dan Harry Potter. Severus Snape mencuri dengar ramalan itu dan memberitahu kepada Voldemort. Walau bagaimanapun, dia hanya melaporkan bahagian pertama ramalan tersebut. Dia tertinggal satu kata kunci penting iaitu ‘menandakannya sebagai lawan yang setanding’. Voldemort percaya yang Harry lebih menepati ramalan berbanding Neville walaupun Neville berdarah sihir tulen. Lalu, dia berniat untuk membunuh kanak-kanak itu. Dalam berbuat demikian, tanpa disedari dia telah ‘menandakannya sebagai lawan yang setanding’, dan mengesahkan yang Harrylah yang dirujuk dalam ramalan tersebut.

Dalam buku keenam, Dumbledore mendedahkan kebenaran berkaitan dengan ramalan tersebut. Dia memberitahu Harry bahawa dengan keinginan untuk membunuhnya, selain memberikan Harry parut, Voldemort telah memulakan rantai yang akan berturutan melengkapkan ramalan tersebut.


Kejatuhannya

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Oktober 1981, Voldemort tiba di rumah James dan Lily Potter, ahli utama Kumpulan Phoenix yang telah berjaya mengalahkannya sebanyak tiga kali (sepertimana terkandung dalam ramalan), di Godric's Hollow. James Potter telah dibunuh dalam perlawanan dan Lily telah mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya. Perlakuan yang menzahirkan kasih sayang tersebut telah memberikan sumpahan perlindungan yang tidak dapat diterangkan yang mana telah menggagalkan percubaan Voldemort untuk membunuh Harry yang masih bayi dengan sumpahan Avada Kedavra.

Harry yang masih berumur setahun menjadi orang yang pertama dan satu-satunya orang yang terselamat daripada sumpahan Avada Kedavra dengan meninggalkan hanya parut berbentuk kilat di dahinya. Bagaimanapun, Sumpahan membunuh itu terpantul ke arah Voldemort dan menjadikannya hampir tidak seperti manusia. Dia masih hidup disebabkan dia telahpun memisahkan jiwanya kepada beberapa bahagian. Lima daripadanya telah diletakkan dalam objek yang digelar Horcrux. (Voldemort ingin mencipta Horcrux keenam ketika percubaan membunuh Harry tetapi kemudiannya tercipta ketika membunuh Frank Bryce). Hal ini membuatkan Voldemort tidak mati selagi objek-objek itu tidak dimusnahkan.

Perlindungan yang diperolehi oleh Harry dengan pengorbanan ibunya memberinya perlindungan daripada Voldemort. Sihir itu akan terpelihara selagi dia tinggal bersama saudara yang mempunyai pertalian dengan Lily sehinggalah dia berumur 17 tahun. Dengan sebab ini, Albus Dumbledore menyelamatkan Harry dan membawanya kepada saudara Mugglenya, Vernon dan Petunia.

Berita kejatuhan Voldemort tersebar dengan cepat di kalangan ahli sihir. Tanpa kuasanya, ramai pengikut telah ditangkap. Banyak cubaan untuk mencarinya tetapi tidak berjaya. Dalam masa satu malam, Harry menjadi selebriti baru dengan gelaran "Kanak-kanak yang Terselamat." Banyak Death Eater telah dihantar ke penjara Azkaban.

Tahun-tahun pelarian

[sunting | sunting sumber]

Voldemort menggunakan sisa-sisa hidupnya di dalam hutan. Kuasa yang tertinggal hanyalah keupayaan untuk menumpang tubuh lain dan lazimnya dia menggunakan ular. Tubuh haiwan menyukarkannya untuk melakukan sihir.

Kemudian, awal 1990-an, Profesor Quirrell, guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts telah menemui Voldemort di hutan Transylvania. Quirrell menjadi hamba Raja Kuasa Jahat itu dan membenarkan Voldemort menggunakannya. Dia kembali ke London untuk mencuri Batu Hikmat yang akan memungkinkan Voldemort memperolehi kuasa semula. Setelah mengetahui bahawa batu itu telah dipindahkan dari Gringotts ke Hogwarts, Voldemort/Quirrell mencari jalan untuk melepasi halangan sebelum mendapatkan batu itu. Walau bagaimanapun, Harry yang baru bersekolah di Hogwarts telah berjaya menghalangnya daripada mendapatkan batu itu.

Tom Riddle mendedahkan identitinya sebagai Voldemort dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Voldemort kembali ke persembunyian, marah dengan Death Eater yang mengabaikannya dan malu dikalahkan oleh kanak-kanak yang baru 11 tahun. Dia kekal dalam persembunyian selama 2 tahun di Albania. Dalam pada itu, Death Eater Lucius Malfoy telah menghantar salah satu Horcrux – diari yang disimpan ketika Tom Riddle masih muda – ke Hogwarts dengan meletakkannya secara senyap-senyap ke dalam barangan kepunyaan Ginny Weasley. Dengan muslihat jahat diari itu, memori Riddle berjaya mempergunakan Ginny untuk membuka sekali lagi Bilik Rahsia dan hampir membunuh sebilangan pelajar. Riddle cuba mengambil kuasa Ginny untuk membolehkannya keluar dari buku itu. Walau bagaimanapun, Harry mengalahkannya sekali lagi. Tanpa disedari, salah satu Horcrux Voldemort telah termusnah.

Mujr bagi Voldemort, beberapa kejadian telah membawa Peter Pettigrew, iaitu orang yang mengkhianati ibu bapa Harry mencari Voldemort. Ketika mencari tuannya itu, dia menculik pekerja kementerian, Bertha Jorkins, yang daripadanya Voldemort menemui cara untuk memulihkan badannya. Kemudiannya, dia menggunakan satu ritual lama Ilmu Hitam untuk membolehkannya mencipta tubuh sepertimana sebelum dia terkena sumpahan. Darah Harry menjadi salah satu proses kelahiran semula itu menjadikan Voldemort terselamat daripada kesan yang sama ketika dia cuba untuk membunuh Harry dulu. Ramai peminat siri ini yang percaya bahawa inilah permulaan bagi kejatuhan Voldemort; apabila Harry memberitahu Dumbledore bagaimana Voldemort mengalihkan sumpahan perlindungan itu daripada Harry. Selepas dilahirkan semula, Voldemort memanggil semula Death Eater dan cuba untuk mebunuh Harry — tetapi Harry berjaya melepaskan diri.

Peperangan Kedua

[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Menteri Sihir British tidak mempercayai akan kebangkitan semula Voldemort. Cornelius Fudge memulakan proses menentang Harry yang menjadi saksi kembalinya Voldemort dan Albus Dumbledore. Dumbledore telah dituduh nyanyuk dan dilucutkan daripada jawatan tertentu. Harry pula dilabelkan sebagai penipu dan tidak siuman. Lucius Malfoy, yang telah kembali berkhidmat untuk Voldemort, mula menagih perhatian kementerian dan menggalakkan Fudge mempercayai bahawa Dumbledore ialah ancaman sebenar kementerian.

Bertentangan dengan Voldemort, Dumbledore mengumpul semula ahli Kumpulan Phoenix, dan ditempatkan di rumah keluarga Sirius Black di Number 12, Grimmauld Place, London. Dia juga cuba untuk memujuk gergasi dan makhluk bukan manusia untuk tidak menyebelahi Voldemort.

Pada masa yang sama, Voldemort menunggu dan merancang dengan teliti. Hanya sebilangan ahli sihir – Death Eater dan ahli Kumpulan Phoenix – yag mengetahui dia telah kembali. Dia berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada gergasi, Dementor dan serigala jadian.

Selepas perancangan rapi untuk membebaskan Death Ester dari Azkaban beramai-ramai, Voldemort nekad untuk membunuh Harry dan mengambil rekod ramalan Trelawney tentang mereka berdua yang berada di Jabatan Misteri. Rancangannya gagal. Satu-satunya salinan ramalan itu telah musnah. Semua Death Eater yang dihantar untuk mengambil ramalan itu jatuh ke tangan Kumpulan Phoenix kecuali seorang selepas melarikan diri dari bangunan kementerian.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan pertarungan mereka, Sirius Black telah terkena sihir sepupunya Bellatrix Lestrange, jatuh ke dalam laluan misteri dan hilang. Harry yang marah dengan perkara itu mengejar Lestrange dan berlawan tetapi Lestrange diselamatkan oleh kemunculan Voldemort. Harry pula terselamat ketika tibanya Professor Dumbledore.

Kemuddian berlakunya pertarungan di antara Dumbledore dan Voldemort sehingga Voldemort menghilangkan diri dan membawa Lestrange bersamanya. Dia tela dilihat oleh Menteri Sihir yang akhirnya menerima kenyataan yang Voldemort telah kembali. Hal ini telah membawa kepada ketakutan masyarakat sihir setelah kembalinya Voldemort.

Kemudiannya, Voldemort merancang untuk menyerang musuh utama yang paling ditakutinya, Dumbledore. Hal ini diberi pendekatan melalui Draco Malfoy, pelajar Hogwarts dan anak kepada Death Eater Lucius Malfoy (yang telah ditangkap dan dihantar ke Azkaban akibat pertarungan mereka di Kementerian Sihir) dan Narcissa Malfoy. Draco berjaya menguruskan pintu masuk ke Hogwarts secara sembunyi bagi Death Eater menyerang Hogwarts. Ketika Dumbledore bersama Harry ketika dalam misi mencari Horcrux Voldemort untuk dimusnahkan, Death Eater menyerang Hogwarts. Kembalinya Dumbledore dan Harry, mereka ingin bersama menentang tetapi Dumbledore telah lemah akibat meminum posyen yang melindungi Horcrux. Dumbledore menmui ajal apabila dibunuh oleh Profesor Snape sendiri. Snape bertindak untuk melengkapkan misi Voldemort dan pada masa yang sama menuruti sumpahnya kepada ibu Draco.

Dengan matinya musuh yang paling ditakuti, peluang semakin besar untuk memihak Voldemort.

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]
Tom Marvolo Riddle ketika berusia 16 tahun lakonan Christian Coulson dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)

Voldemort boleh digambarkan mempunyai kulit yang putih pucat, tiada hidung malah mempunyai lubang hidung yang seakan-akan ular, bermata merah, kurus, dan mempunyai tangan dan jari yang panjang. Dalam filem pertama, dia mempunyai mata merah dan hidung biasa. Tetapi, dalam filem keempat, dia lebih menyerupai ular dan mempunyai mata hijau. Tiada yang ditunjukkan dalam buku yang dia ialah botak.

Walau bagaimanapun, ketika masih Riddle muda, dia mempunyai wajah yang kacak, berambut hitam sebelum dia mula berkecimpung dengan lebih dalam ilmu hitam. Wajahnya bertukar mungkin disebabkan proses memecahkan jiwanya untuk mencipta Horcrux sebagai mana yang kita ketahui bahawa Voldemort ingin mencapai keabadian melalui Horcrux.

Voldemort juga mementingkan keturunan sihir "darah tulen" walaupun dia berdarah campur. Voldemort memandang hina kepada Muggle, yang disebabkan bencinya dia kepada bapanya yang mengabaikan ibunya.

Dalam banyak perkara, Voldemort dilihat sebagai orang yang anti-sosial; zalim, tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan. Dia menafikan hak dan perasaan orang lain dan merasakan dunia ini di bawah kehendaknya.

Perangai Voldemort telah menjadi-jadi sejak kecil. Dia mahu menjadi "istimewa" dan "hebat" dan dia berupaya mengawal sihir tanpa tongkat sakti pada usia yang sangat muda. Dia mula membenci namanya sendiri kerana ia berkaitan nama ayahnya yang dibenci dan juga sebab nama "Tom" yang terlalu biasa di England dan berminat dengan nama Riddle. Dengan itu, dia mencipta nama baru melalui pengubahsuaian atau anagram.

Seperti Darth Vader yang "lebih seperti mesin berbanding manusia," Voldemort pula "lebih seperti hasil sihir berbanding manusia." Apabila menerangkannya kepada Harry, Hagrid menyifatkannya tidak seperti manusia untuk dia mati.

Voldemort juga Parselmouth: kebolehan untuk bertutur menggunakan bahasa ular. Kebolehan ini diwarisi oleh leluhur mereka iaitu Salazar Slytherin. Walaupun dialah waris terakhir, dia telah menurunkan kebolehannya kepada Harry ketika cuba untuk membunuhnya dahulu.

Voldemort juga merupakan Legilimen dan Oklumens terhebat di dunia, yang bermakna dia boleh mengetahui minda manusia dan menutup mindanya dari diketahui orang lain.

Dalam keangkuhannya, Voldemort juga kadang kala menunjukkan kesilapannya yang sering lupa dalam perkara yang kecil yang membawa kepada kesilapan. Dalam buku pertama, dia menyatakan yang dia terlupa akan sumpahan pelinduing yang ditinggalkan ibu Harry ketika mengorbankan diri untuk menyelamatkan Harry. Dalam buku yang kedua juga terlupa yang air mata Phoenix mampu menyembuhkan luka. Ada juga yang berpendapat yang lirikan mata Dumbledore ketika Harry memberitahu Voldemort telah kembali dengan menggunakan darahnya seolah-olah menunjukkan yang Voldemort terlupa sesuatu.

Tongkat sakti Voldemort diperbuat daripada kayu yang bermutu yang menghasilkan cecair beracun, 13 ½ inci panjang dan mempunyai teras bulu Phoenix. Dalam filem, ia mempunyai pemegang daripada tulang. Pembuat tongkat sakti itu, Ollivander, memperolehi bulu phoenix daripada phoenix peliharaan Dumbledore, Fawkes. Yang ganjilnya, Fawkes memberikan dua helai bulunya dan satu lagi itu berada di teras tongkat sakti kepunyaan Harry. Oleh kerana tongkat mereka mempunyai teras yang berasal dari punca yang sama, ia tidak akan berkesan dengan baik apabila menentang satu sama lain. Malah, apabila mereka memaksa untuk berlawan juga, apa yang akan berlaku ialah Priori Incantatem (Incantatelm Terdahulu) atau "pembalik kesan jampi," yang mana setiap tongkat sakti akan memaksa yang lagi satu untuk menunjukkan semula bayangan jampi yang telah mereka lakukan dalam susunan kronologi terbalik. Perkara ini memainkan peranan penting ketika Harry melarikan diri dari Voldemort dalam Harry Potter dalam Piala Api.

Selepas beberapa spekulasi yang ditimbulkan Rowling yang memberitahu ketakutan sebenar Voldemort ialah "kematian yang mengaibkan," dan jika boggart muncul di hadapannya, ia akan menjelma menjadi mayatnya. Apa yang diidamkan Voldemort ialah mendai orang yang paling berkuasa dan abadi selamanya – yang mana dia dapat melihatnya jika melihat Cermin Tarsah. Dumbleodre juga menyatakan yang dalam diam, Voldemort pating takuti mayat dan kegelapan, walaupun "suatu yang tidak kita ketahuilah yang kita takuti apabila kita melihat kematian dan kegelapan. Tidak lebih daripada itu".

Dumbledore mungkin ketahui hal tersebut ketika berhadapan dengan Voldemort dalam penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, ketika kedua-duanya bertelingkah kata:

VOLDEMORT: Kau tak mahu bunuh aku, Dumbledore? Tak sanggup bertindak kejam, ya?"
DUMBLEDORE: Kita berdua tahu yang ada cara lain untuk musnahkan seorang lelaki, Tom. Mengambil nyawa awak sahaja tak cukup untuk memuaskan hati saya, saya akui itu…
VOLDEMORT: Tiada apa yang lebih dahsyat daripada mati, Dumbledore!
DUMBLEDORE: Awak silap.

Voldemort dalam filem

[sunting | sunting sumber]

Dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone, dia berada di belakang kepala Quirrell. Hal ini menggunakan bantuan imej janaan computer dan menggunakan suara Richard Bremmer. Dalam filem itu juga, dia kelihatan dalam imbas kembali ketika tiba di rumah James dan Lily Potter untuk membunuh mereka. Dalam babak ini, ia dilakonkan oleh Ian Hart, pelakon yang sama melakonkan Quirrell dalam filem itu.

Dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets, Voldemort muncul sebagai memorinya ketika masih muda, iaitu pelajar Hogwarts, Tom Marvolo Riddle lakonan Christian Coulson.

Voldemort tidak muncul dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.

Dalam Harry Potter and the Goblet of Fire, yang merupakan kali pertama Voldemort muncul secara fizikal, telah dilakonkan oleh Ralph Fiennes. Dia juga melakonkan watak ini dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Keluarga Voldemort

[sunting | sunting sumber]
 
 
 
 
 
 
 
 
Salazar Slytherin
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Thomas Riddle
 
Mary Riddle
 
Marvolo Gaunt
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tom Riddle Sr.
 
Merope Gaunt
 
Morfin Gaunt
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tom Marvolo Riddle
(Lord Voldemort)
 
 
 
 
 
 

Nama Voldemort

[sunting | sunting sumber]

Nama asal Voldemort ialah Tom Marvolo Riddle. Dalam buku kedua, dia menerangkan bagaimana wujudnya gelaran "Lord Voldemort", iaitu terbitan daripada anagram atau penyusunan semula huruf.

TOM MARVOLO RIDDLE → I AM LORD VOLDEMORT (SAYA LORD VOLDEMORT)

Secara ironiknya, nama Tom Marvolo Riddle itu juga ibarat teka teki.

Dalam terjemahan buku asal Harry Potter and the Chamber of Secrets, nama asal Voldemort telah diubah untuk menurut kesesuaian apabila menyusun semula. Bagi Bahasa Poland, Portugis, Melayu dan lain-lain bahasa juga, pengarang yang mengalih bahasa sukar untuk melakukan perubahan yang mungkin disebabkan sukar mencari perkataan yang bersesuaian dengan anagram. Maka, nama asal seperti edisi Inggeris telah dikekalkan.

Bahasa Nama Sebenar Anagram Terjemahan/catatan
Bulgaria ТОМ МЕРСВОЛУКО РИДДЪЛ ТУК СЪМ И ЛОРД ВОЛДЕМОР Here I am also Lord Voldemort (Saya juga Lord Voldemort)
Catalan TOD MORVOSC RODLEL SÓC LORD VOLDEMORT I am Lord Voldemort (Saya Lord Voldemort)
Czech TOM ROJVOL RADDLE JÁ LORD VOLDEMORT Me, Lord Voldemort (Saya, Lord Voldemort)
Denmark ROMEO G DETLEV JR JEG ER VOLDEMORT I am Voldemort; ((Saya Voldemort) - G. ialah singkatan bagi Gåde, i.e. "Riddle"
Belanda MARTEN ASMODOM VILIJN MIJN NAAM IS VOLDEMORT My name is Voldemort; (Nama saya Lord Voldemort) "Vilijn" (Nama akhir Voldemort) dan perkataan Belanda "Vilein" mempunyai sebutan yang sama. "Vilein" bermaksud "jahat" atau "kejam".
Estonian TOM MARVOLON RIDDLE MINA LORD VOLDEMORT Me, Lord Voldemort (Saya, Lord Voldemort)
Finland TOM LOMEN VALEDRO MA OLEN VOLDEMORT I am Voldemort; (Saya Voldemort) "Ma" ialah bentuk lama "Minä" bermaksud "saya".
Perancis TOM ELVIS JEDUSOR JE SUIS VOLDEMORT I am Voldemort; (Saya Voldemort) "Jedusor" disebut sama dengan "Jeu du sort", pukulan takdir.
Jerman TOM VORLOST RIDDLE IST LORD VOLDEMORT [It] is Lord Voldemort (Itu Lord Voldemort)
Yunani/Greek ANTON MORVOL HERT ARCHON VOLDEMORT Lord Voldemort: "NT" dalam Yunani/Greek juga bersamaan dengan "D"
Ejaan Yunani/Greek ΑΝΤΩΝ ΜΟΡΒΟΛ ΧΕΡΤ ΑΡΧΩΝ ΒΟΛΝΤΕΜΟΡΤ
Ibrani TOM VANDROLO RIDDLE ANI LORD VOLDEMORT
Ejaan Ibrani טום ואנדרולו רידל אני לורד וולדמורט I am Lord Voldemort: (Saya Lord Voldemort), perkataan lord diambil daripada Bahasa Inggeris kerana tiada perkataan yang bersesuaian.
Hungary TOM ROWLE DENEM NEVEM VOLDEMORT My name is Voldemort (Nama saya Voldemort)
Iceland TREVOR DELGOME EG ER VOLDEMORT I am Voldemort (Saya Voldemort)
Itali TOM ORVOLOSON RIDDLE SON IO LORD VOLDEMORT I am Lord Voldemort (Saya juga Lord Voldemort)
Jerman Bawah TOM SOLVOR RIDDLE IS LORD VOLDEMORT [It] is Lord Voldemort (Itu Lord Voldemort)
Norway TOM DREDOLO VENSTER VOLDEMORT DEN STORE Voldemort the great (Voldemort yang hebat)
Portugis (Brazil) TOM SERVOLO RIDDLE EIS LORD VOLDEMORT Here's Lord Voldemort (Inilah Lord Voldemort)
Romania TOMAS DORLENT CRUPLUD SUNT LORDUL CAP-DE-MORT I am Lord Voldemort (Saya Lord Voldemort)
Rusia TOM D. DVOLLODER REBUS LORD SUDEB VOLDEMORT
Ejaan Rusia ТОМ Д. ДВОЛЛОДЕР РЕБУС ЛОРД СУДЕБ ВОЛДЕМОРТ Lord of Fates, Voldemort (Raja Takdir, Voldemort)
Slovakia TOM MARVOLOSO RIDDLE A SOM I LORD VOLDEMORT And I am also Lord Voldemort (Dan saya juga Lord Voldemort)
Slovenia MARK NEELSTIN MRLAKENSTEIN Dalam hal ini, namanya lebih berbunyi seperti Frankenstein, manakala Mrlak berkaitan dengan kematian
Sepanyol TOM SORVOLO RYDDLE SOY LORD VOLDEMORT I am Lord Voldemort (Saya Lord Voldemort)
Sweden TOM GUS MERVOLO DOLDER EGO SUM LORD VOLDEMORT I am Lord Voldemort (dalam Latin) (Saya Lord Voldemort)
Turki TOM MARVOLDO RIDDLE ADIM LORD VOLDEMORT My name is Lord Voldemort (Nama saya Lord Voldemort)
Ukrain TOM YARVOLOD REDL YA LORD VOLDEMORT
Ejaan Ukrain ТОМ ЯРВОЛОД РЕДЛ Я ЛОРД ВОЛДЕМОРТ I am Lord Voldemort (Saya Lord Voldemort)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]


Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku