Pergi ke kandungan

Karnataka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karnataka
ಕನಾ೯ಟಕ
—  state  —
Lokasi Karnataka
ಕನಾ೯ಟಕ di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 29
Tarikh ditubuhkan 1 November 1956
Ibu negeri Bengaluru
Bandar terbesar Bengaluru
Gabenor Rameshwar Thakur
Ketua Menteri H.D.Kumaraswamy
Perundangan (kerusi) Bicameral (224 + 75)
Penduduk

Kepadatan

52,850,562[1] (9)

275.6/km2 (714/sq mi)

Bahasa rasmi Kannada
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 191791 km2 (74051 sq mi)[2]
ISO 3166-2 IN-KA
Laman web www.karnataka.gov.in
Mohor Karnataka
ಕನಾ೯ಟಕ

Karnātakā Mengenai audio inisebutan  (Bahasa Kannada: ಕನಾ೯ಟಕ) ([kəɹnɑːʈəkɑː]) ialah salah sebuah daripada empat buah negeri India Selatan. Negeri ini diwujudkan pada 1 November 1956 melalui pelulusan Akta Penyusunan Semula Negeri. Mula-mulanya dinamakan Negeri Mysore, namanya beralih kepada Karnataka pada tahun 1973. Karnataka bersempadan dengan Laut Arab di barat, Goa di barat laut, Maharashtra di utara, Andhra Pradesh di timur, Tamil Nadu di tenggara, dan Kerala di barat daya. Negeri ini meliputi kawasan seluas 191,791 km² atau 5.83% daripada keseluruhan tanah geografi India. Karnataka ialah negeri India yang kelapan terbesar dari segi keluasan, kesembilan terbesar dari segi bilangan penduduk dan merangkumi 29 daerah. Bahasa Kannada merupakan bahasa rasmi dan bahasa yang paling meluas ditutur.

Meskipun terdapat sebilangan etimologi yang diusulkan bagi nama Karnataka, namun satu yang diterima umum adalah bahawa Karnataka berasal daripada perkataan bahasa Kannada karu dan nādu, yang bermaksud tanah tinggi. Karu nadu juga dibaca sebagai Karu (hitam) dan nadu (kawasan), iaitu menyentuh tanih kapas hitam yang ditemui di kawasan Bayaluseeme di Karnataka. Ketika zaman Raj British, perkataan Carnatic atau Karnatak dipakai untuk memaksudkan bahagian ini dalam kawasan secara am.

Dengan sejarah yang lama sejak zaman paleolitik, Karnataka juga pernah menempatkan antara empayar-empayar yang paling perkasa di India. Ahli falsafah dan pujangga muzik agung yang pernah hidup di bawah empayar-empayar ini melancarkan gerakan sosio-agama dan kesusasteraan kesan pemuliaannya dirasai di merata tempat. Karnataka juga banyak menyumbang kepada kedua-dua bentuk muzik klasik India, iaitu tradisi Karnatik dan Hindustan. Para pengarang berbahasa Kannada pernah meraih bilangan anugerah Jnanpith terbanyak di India. Bangalore, juga dikenali sebagai Bengalūru, dijadikan ibu negeri dan berada di tampuk peneraju pembangunan ekonomi dan teknologi pesat yang dialami India.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Population by sex and sex ratio". Online Webpage of Census of India. Government of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-25. Dicapai pada 2007-06-09.
  2. ^ "State-wise break up of National Parks". Online webpage of the Wildlife Institute of India. Government of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 2007-06-12.

  • John Keay, India: A History, 2000, Grove publications, New York, ISBN 0-8021-3797-0
  • Dr. Suryanath U. Kamat, Concise history of Karnataka, 2001, MCC, Bangalore (Reprinted 2002) OCLC: 7796041
  • Nilakanta Sastri, K.A. (1955). A History of South India, From Prehistoric times to fall of Vijayanagar, OUP, New Delhi (Reprinted 2002) ISBN 0-19-560686-8..
  • R. Narasimhacharya, History of Kannada Literature, 1988, Asian Educational Services, New Delhi, Madras,1988, ISBN 81-206-0303-6.
  • K.V. Ramesh, Chalukyas of Vatapi, 1984, Agam Kala Prakashan, Delhi ISBN 3987-10333
  • Malini Adiga (2006), The Making of Southern Karnataka: Society, Polity and Culture in the early medieval period, AD 400-1030, Orient Longman, Chennai, ISBN 81-250-2912-5
  • Altekar, Anant Sadashiv (1934) [1934]. The Rashtrakutas And Their Times; being a political, administrative, religious, social, economic and literary history of the Deccan during C. 750 A.D. to C. 1000 A.D. Poona: Oriental Book Agency. OCLC 3793499.
  • Masica, Colin P. (1991) [1991]. The Indo-Aryan Languages. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0521299446.
  • Cousens, Henry (1996) [1926]. The Chalukyan Architecture of Kanarese Distrcits. New Delhi: Archeological Survey of India. OCLC 37526233.
  • Hermann Kulke and Dietmar Rothermund, A History of India, fourth edition, Routledge, 2004, ISBN 0-415-32919-1