Kapal pengangkut helikopter kelas Moskva
Leningrad belayar pada tahun 1990.
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Moskva |
Pengguna: | |
Diganti oleh: | Merkuryy Delfin kelas Khalzan Project 11780 kelas Kiev |
Dibina: | 1962–1969 |
Dalam perkhidmatan: | 1967–1996 |
Dirancang: | 3-12[1] |
Disiapkan: | 2 |
Dibatalkan: | 1 |
Dibersarakan: | 2 |
Ciri-ciri umum [2] | |
Jenis: | Kapal pengangkut helikopter |
Sesaran: |
|
Panjang: | 189 m (620 ka) |
Lunas: | 34 m (112 ka) |
Draught: | 7.7 m (25 ka) |
Jana kuasa: | 2 × turbin stim 45000 hp TV-12, 2 × bebaling pitch tetap, 2 × penjana jenis turbin 1500 kW TD-1500, 2 × penjana diesel 1500 kW |
Halaju: | 28.5 knot (53 km/j) |
Jarak: | 9,000 batu nautika (16,668 km) at 15 knot (28 km/j) |
Ketahanan: | 15 hari |
Anak kapal: | 850 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 18 × helikopter Kamov Ka-25 'Hormone' atau Mi-8 |
Kemudahan penerbangan: | Dek berhangar |
Kelas Moskva, designasi Soviet Project 1123 Kondor (condor) dan S-703 Project 1123M Kiev, merupakan kelas kapal pengangkut pesawat (kapal pengangkut helikopter mengikut penggelasan Soviet) yang dibina oleh Soviet Union untuk Tentera Laut Soviet.[3]
Kapal-kapal dalam kelas ini telah dibaringkan di Nikolayev South (Shipyard No.444). Kapal pertama telah dilancarkan pada tahun 1965 dan dinamakan Moskva (Rusia: Москва, lit. 'Moscow' ; ia memasuki perkhidmatan dua tahun kemudian. Moskva diikuti oleh Leningrad (Rusia: Ленинград, lit. 'Leningrad' , yang mana telah ditauliahkan pada akhir tahun 1968; tiada lagi kapal dibina selepasnya, ekoran laporan mengatakan prestasi buruknya di laut terbuka. Kedua-dua kapal ini dijanakuasa oleh janakuasa konvensional.
Moskva bukan sebuah "kapal pengangkut pesawat" tulen kerana ia tidak membawa sebarang pesawat kepak kaku; keseluruhan sayap udaranya terdiri daripada helikopter. Ia direka bertujuan untuk bertindak sebagai kapal dalam peperangan anti kapal selam (ASW), dan persenjataan dan sut penderianya dioptimakan untuk menghadapi ancaman kapal selam nuklear. Peranan strategiknya adalah untuk mempertahankan bastion kapal selam peluru berpandu balistik Soviet terhadap serangan kapal selam penyerang Barat.[perlu rujukan]
Kapal-kapal dalam kelas
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua kapal berkhidmat dalam Armada Laut Hitam. Leningrad telah dibersarakan pada tahun 1991 dan Moskva pada tahun 1996. Leningrad dilupuskan pada 1995 dan Moskva pada 1997. Kapal ketiga yang dinamakan Kiev telah dibatalkan pada tahun 1969, yang bertujuan untuk dijadikan sebuah kapal peperangan anti permukaan. Kelas Moskva kemudian digantikan oleh kelas Kiev yang lebih besar.
Nama | Nama serupa | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
Moskva | Bandar Moscow | Soviet Shipyard No. 444, Mykolaiv | 15 Disember 1962 | 14 Januari 1965 | 25 Disember 1967 | Diceraikan di Alang, 1997 |
Leningrad | Bandar Leningrad | 15 Januari 1965 | 31 Julai 1968 | 2 Jun 1969 | Diceraikan di Greece, 1995 | |
Kiev | Bandar Kiev | Disember 1967 | — | — | Dibatalkan pada 1969 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ "StackPath".
- ^ "Project 1123 Kondor". russianships.info. Dicapai pada 22 July 2020.
- ^ Jordan,John, 'Soviet Warships 1945 to Present', Revised & Expanded Edition, ISBN 1-85409-117-4, Published by Arms & Armour Press (London, UK), 1992
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Gardiner, Robert, penyunting (1995). Conway's All the World's Fighting Ships, 1947–1995. London: Conway Maritime. ISBN 0-85177-605-1. OCLC 34284130. Also published as Gardiner, Robert; Chumbley, Stephen; Budzbon, Przemysław (1995). Conway's All the World's Fighting Ships, 1947–1995. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-132-7. OCLC 34267261.