Kanta cembung
Penampilan
Kanta cembung adalah kanta yang tirus di luar (cembung: tirus di bahagian tepi dan tengahnya lebar). Sering kali digelar kanta penumpu atau kanta positif. Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik. Titik ini dikenali sebagai titik tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya.
Cermin mata kanta cembung boleh digunakan untuk mengatasi rabun dekat. Ia juga digunakan dalam kanta pembesar dan mikroskop optik.