Istanbul Aku Datang!
Istanbul Aku Datang! | |
---|---|
Pengarah | Bernard Chauly |
Penulis | Rafidah Abdullah |
Dihasilkan oleh | |
Dibintangi | |
Sinematografi | Haris Hue |
Disunting oleh | Wong Hui Lynn |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 99 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 3.58 juta |
Istanbul Aku Datang! merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan ditulis oleh Rafidah Abdullah. Ia dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Ia berkisarkan tentang Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat kepada kekasih hatinya. Filem ini ditayangkan pada 8 November 2012.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad (Tomok) yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan. Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris (Beto Kusyairy). Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan. Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.[1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Lisa Surihani sebagai Dian, seorang gadis dari Kuala Lumpur yang sanggup datang ke Istanbul untuk berjumpa Azad dan rakan serumah Haris
- Tomok sebagai Azad, tunang Dian belajar di universiti di Istanbul dalam jurusan perubatan
- Beto Kusyairy sebagai Haris, penyewa rumah En. Suleyman dan kemudian kekasih Dian di akhir babak
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Aizat Amdan sebagai Ijoi
- Farid Ramlee sebagai Nadim
- Mert Yavuzcan sebagai Cihan
- Gizem Erman Soysaldi sebagai Melis
- Berke Sanli sebagai Omar
- Alev Ucael sebagai En. Suleyman
- Sibel Gursun sebagai Mak Cihan
- Emrah Ozdemir sebagai Pengemis buta
Suara Blog Commenters
[sunting | sunting sumber]- Nur Fazura sebagai Cik Siti Wan Kuncup / Wo Aini
- Rafidah Abdullah sebagai Gingu Purple / Aku Kejam
- Akmal Mohamed sebagai Lady Gagak
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Istanbul Aku Datang! ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Bernard Chauly untuk Redfilms dan Grand Brilliance. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Istanbul, Turki. Tenaga kerja filem ini termasuk Haris Hue melakukan sinematografi, Wong Hui Lynn menyediakan suntingan, manakala pemilihan pelakon dijalankan oleh Farid Ramlee.
Pelakon utama terdiri daripada Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy, dan pelakon pembantu terdiri daripada pelakon-pelakon Turki. Aizat Amdan membuat penampilan khas dengan membawakan peranan sebagai Ijoi. Watak Dian dalam Istanbul Aku Datang! pada asalnya ditulis untuk Fazura[2] tetapi menarik diri kerana terdapat beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya,[2] termasuk adegan berpelukan dengan pelakon lelaki.[2] Filem ini merupakan filem cetera keempat arahan Bernard, filem kedua Lisa di bawah arahan Bernard dan filem pertama dibintangi oleh Tomok, bekas vokalis kumpulan New Boyz.
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Istanbul Aku Datang! dikeluarkan pada 8 November 2012 hingga kejayaan komersial,[3] dan berjaya meraih kutipan kasar sebanyak RM 3.58 juta. Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) memberikan penarafan empat daripada lima bintang untuk Istanbul Aku Datang! dengan purata sebanyak 7.2/10.[4]
Aida Sue menulis untuk laman web Wanista, mengulas bahawa Istanbul Aku Datang! ialah "filem lakonan Lisa (Surihani) yang pernah saya lihat" dan beliau turut menyatakan jalan cerita pada awalnya agak perlahan.[5]
Trivia
[sunting | sunting sumber]*Adegan Dian (Lisa) memakan maggi Asam Laksa milik Harris (Beto) menjadi rebutan ketika itu oleh peminat filem ini.
*Aku Datang dinyanyikan oleh Tomok menjadi lagu tema dan masih ada di YouTube.Beliau nyanyikan sepotong lirik lagu solonya Bagaikan Bidadari .
*Beberapa babak telah dibuat semula berbentuk marketing keluaran Pak Mat Western pada 2022.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 | Women Filmmakers Section | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Festival Filem Asia Osaka 2013[6] | Grand Prix | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[7] | Filem Terbaik (Komedi)[8] | Primeworks Studios Red Films |
Menang |
Pelakon Wanita Terbaik | Lisa Surihani | Tercalon | |
Festival Filem Malaysia ke-26 | Pelakon Wanita Terbaik | Lisa Surihani | Menang |
Lagu Tema Terbaik | "Aku Datang" - Tomok | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Haris Hue Abdullah | Tercalon | |
Penyunting Terbaik | Wong Hui Lynn | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna 2013[9] | Filem Terbaik | Lina Tan Suan Jeu | Menang |
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem | Lisa Surihani | Menang | |
Lakon Layar Komedi Filem Terbaik | Bernard Chauly | Menang | |
Pengarah Komedi Terbaik | Menang | ||
Skrip Komedi Filem Terbaik | Rafidah Abdullah | Tercalon[10] | |
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[11] | Filem Terbaik | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Pengarah Terbaik | qiuqiu99 | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Beto Kusyairy | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Lisa Surihani | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Haris Hue Abdullah | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Rafidah Abdullah | Menang | |
Anugerah Skrin 2013 | Filem Terbaik | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Pengarah Filem Terbaik | Bernard Chauly | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Tercalon | ||
Shout! Awards 2013 | Best Breakthrough Local Feature | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Best On-Screen Chemistry | Lisa Surihani & Beto Kusyairy | Tercalon | |
Anugerah Blockbuster Astro Ke-2 2013[12] | Anugerah Filem Terhebat | Lina Tan Suan Jeu | Tercalon |
Anugerah Filem Kelakar Terhebat | Tercalon | ||
Anugerah Drama Muzikal Terhebat | Tercalon | ||
Anugerah Tuan Direktor Terhebat | Bernard Chauly | Tercalon | |
Anugerah Hero Terhebat | Beto Kusyairy | Tercalon | |
Anugerah Heroin Terhebat | Lisa Surihani | Tercalon | |
Anugerah Lagu Tema Terhebat | "Aku Datang" - Tomok | Tercalon | |
Anugerah Hero Baru Terhebat | Aizat Amdan | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.ceritamaster.com/2012/01/istanbul-aku-datang-full-movies.html
- ^ a b c Siti Juliana Mohamad Johar (4 November 2012). "Fazura tolak lakon filem Istanbul Aku Datang kerana prinsip". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mac 2015.
- ^ "Finally Here - Istanbul Aku Datang". Thoughts on Films. 9 September 2014. Dicapai pada 15 Mac 2015.
- ^ "Istanbul Aku Datang ratings". IMDb. Dicapai pada 15 Mac 2015.
- ^ Aida Sue (20 November 2012). "Review filem: Istanbul Aku Datang". Wanista.com. Dicapai pada 15 Mac 2015.
- ^ http://asianwiki.com/2013_(8th)_Osaka_Asian_Film_Festival
- ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2013/03/wakil-malaysia-di-aiffa-2013.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 2013-04-19.
- ^ http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-lawak-warna-2013/
- ^ http://www.budiey.com/senarai-nama-finalis-anugerah-lawak-warna-2013/
- ^ http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-keputusan-penuh-anugerah-majlis-pengkritik-filem-kuala-lumpur-2013
- ^ http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anugerah-blokbuster-2/