Inti (dewa)
Penampilan
Inti merupakan dewa matahari dalam kepercayaan orang Inka; malah dilihat sebagai dewa penaung kepada empayar mereka yang pernah menduduki sebahagian utama benua Amerika Selatan. Dewa ini dipercayai kelahiran Wiraqocha yang mewakili ketamadunan[1] serta adik-beradik dengan dewi bulan, Mama Killa/Quilla.
Masyarakat Inka mempunyai suatu perayaan khusus memuja dewa ini yang turut menandalan permulaan musim menanam iaitu Inti Raymi[2]:109 atau "pesta matahari";[2] perayaan ini disambut apabila solstis musim sejuk jatuh di Hemisfera Selatan pada 24 Jun mengikut kalendar moden.[3]:154–155
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fash, William and Mary E. Lyons. (2005). The Ancient American World (The World in Ancient Times). New York: Oxford University Press
- ^ a b Demarest, Arthur A. (1984). Religion and Empire: The Dynamics of Aztec and Inca Expansionism. New York: Cambridge University Press.
- ^ D'Altroy, Terence N. (2003). The Incas. Blackwell Publishing.