Dardanelles
Koordinat: 40°12′N 26°24′E / 40.2°N 26.4°E
Dardanelles (Turki: Çanakkale Boğazı, lit. 'Selat Çanakkale' , Yunani: Δαρδανέλλια, rumi: Dardanéllia , juga Ελλήσποντος , Hellespontos "Laut Helle") adalah sebuah selat sempit di barat laut Turki yang menghubungkan laut-laut Aegia dan Marmara. Ia adalah salah satu daripada dua selat utama dalam negara tersebut selain selat Bosporus di mana dua-duanya memisahkan bahagian Turki Eropah (Semenanjung Gallipoli) daripada tanah besar Asia.
Ia terletak kira-kira 40°13′N 26°26′E / 40.217°N 26.433°E. Selat ini berjarak sepanjang 61 kilometer (38 batu) tetapi hanya lebar 1.2 sehingga 6 kilometer (0.75 hingga 4 batu), secara puratanya 55 meter (180 kaki) dalam dengan kedalaman maksimum pada 82 meter (300 kaki). Air mengalir ke dua-dua arah sepanjang selat, bermula dari Laut Marmara ke Aegean melalui arus permukaan dan arah yang bertentangan melalui arus bawah laut. Selat ini adalah merupakan laluan air antarabangsa, dan bersama-sama dengan Bosporus, menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Mediterranean.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama penuh selat ini dalam bahasa Inggeris, Strait of the Dardanelles, datang daripada adanya sepasang buah istana yang wujud di dua-dua belah selat semasa zaman Uthmaniyah bernama Dardanelya (bahasa Inggeris: Dardanelles );[1][2] istana-istana ini pula barangkali dinamakan daripada kota Dardanos yang sendirinya dinamakan sempena Dardanos, anak dewa Zeus dan Elektra.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Selat ini panjangnya sejauh 61 kilometer (38 bt) dan lebar seluas 1.2 hingga 6 kilometer (0.7 hingga 3.7 bt) dengan purata 55 meter (180 ka) sedalam maksiumum 103 meter (338 ka) di Nara Burnu, titik paing sempitnya menghadap Çanakkale.[3]
Sebuah jambatan telah dirancang menghubungkan Saricay (sebuah daerah di Çanakkale) di sebelash Asia dengan Kilitbahir di sebelah Eropah. Pada kedudukan ini, lebar selat adalah tersempit.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David van Hoogstraten and Matthaeus Brouërius van Nidek, Groot algemeen historisch, geografisch, genealogisch, en oordeelkundig woordenboek, Volume 5, Amsterdam/Utrecht/The Hague 1729, p. 25, s.v. 'Dardanellen Diarkibkan 24 Oktober 2017 di Wayback Machine'
- ^ George Crabb, Universal Historical Dictionary, Volume 1, London 1825, s.v. 'Dardanelles "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-28. Dicapai pada 2021-03-05.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)'
- ^ Nautical Chart at GeoHack-Dardanelles, Map Tech
- ^ http://www.sabahenglish.com/news/8770.html