Hasnah Kana
Allahyarhamha Biduanita Puan Hajjah Hasnah Kana | |
---|---|
ميده بنت كان | |
Kelahiran | Midah binte Kana 31 Ogos 1953 |
Meninggal dunia | 9 November 2020 | (umur 67)
Sebab kematian | Komplikasi dari kencing manis, paru-paru berair, serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Terkenal kerana | Orkes Melayu Mutiara Memperjuangkan Musik Tradisional Melayu Ratu Ghazal Singapura |
Pasangan | Tuan Nasir Abdullah |
Anak-anak | Irma Yanti Mohd Nazir, lagi 3 orang anak dan 6 cucu |
Kerjaya muzik | |
Genre | Lagu Melayu Asli, Ghazal, Lagu Melayu Deli, Keroncong, Tradisional |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1960-an hingga ke 2020 |
Syarikat rakaman | Cathay Keris Studio (Siglap), Singapura LIFE Records, Malaysia LIFE Records, Singapura |
Pengkarya berkait | Rosiah Chik, R. Ismail, Dato' S. M. Salim, Noraniza Idris, Abdullah Chik, Ahmad Jais, Yusni Hamid, Datin Rafeah Buang, Zaleha Hamid, Dato' Ahmad Daud, Sulaiman Idros, Malek Ridzuan, Datin Orkid Abdullah, Hang Mokhtar, Jatt Ali, Rudy Djoe, Rahim Jantan, Kamariah Noor, Sofie S, S Jibeng, J. Mizan, Wahid Satay, Julie Sudiro, Dato' M. Daud Kilau, S. Roha, Lina Kamsan, Mariam Ahmad |
Almarhumah Biduanita Puan Midah binte Kana (Jawi: ميده بنت كان) atau lebih dikenali sebagai Biduanita Hasnah Kana (31 Ogos 1953 – 9 November 2020) merupakan seorang penyanyi Melayu era 1960-an dan tahun 1980-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio dan TV di Malaya, Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau, Indonesia.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Singapura pada 31 Ogos 1953.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Hasnah Kana terkenal dengan suaranya yang lunak mendendangkan lagu-lagu bercorak Asli, Joget dan Keroncong.
Beliau aktif sejak tahun 1960-an lagi hinggalah ke tahun-tahun 80-an dan seangkatan dengan penyanyi seperti Rosiah Chik, SM Salim dan R Ismail.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah pengasas Orkes Melayu Mutiara bersama suaminya Tuan Nasir Abdullah.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Allahyarhamha Hasnah Kana meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan ginjal yang lemah.
Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana masalah kaki bengkak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh atau 'water retention'. Keadaan itu menjejas pergerakannya di rumah.
Menurut anaknya, "Kami perasan di rumah kakinya nanti berair tapi cuma seolah-olah dia berpeluh di kaki. Jadi makin lama, saya cakap 'Jom Ma kita pergi doktor, pergi unit kecemasan'. Mak saya memang ada kencing manis. Jadi asalnya dari situlah. Doktor cuba keluarkan air dan mungkin saya pernah dengar doktor cakap paru-parunya pun ada berair juga sebab itu dia bernafas pun dalam keadaan lemah," kata putrinya Irma Yanti Mohd Nazir
Allahyarhamha menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 10.00 pagi semasa bersarapan di NUH pada hari Isnin, 9 November 2020.
Lebih memilukan, keluarganya tidak sempat berada di sisi beliau buat kali terakhir.
"Doktor suruh anak-anak semua bergegas ke sana. Jadi ayah saya sampai dulu lepas itu saya. Tapi keadaan ibu saya sudah tak adalah. Tak sempat. Ayah saya pun tak sempat," kata putrinya Irma Yanti.
Allahyarhamha meninggalkan seorang suami, empat orang anak dan enam orang cucu.
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Dayang Senandung
- Bercerai Kasih
- Iman
- Sengsara
- Penawar Rindu
- Sri Mersing