Pergi ke kandungan

Gulungan California

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gulungan California dihidang di Shanghai, China. Disediakan belah dalam ke luar dan ditabur dengan tobiko.

Gulungan California ("California roll" (カリフォルニアロール, Kariforunia rōru) ialah sejenis makizushi, sejenis gulungan sushi, laizmnya diperbuat secara belah dalam keluar, mengandungi timun, daging ketam, dan avokado[1]. Di sesetengah negara, mangga atau pisang menggantikan avokadi. Kadang kala, lapisan nasi di luarnya (ura-maki) ditaburi bijan panggang, tobiko atau masago.

Menjadi salah satu gaya suhi yang paling terkenal di pasaran Amerika Syarikat, gulungan California sangat terpengaruh dalam populariti sushi secara global dan memberi inspirasi kepada chef sushi untuk mencipta masakan lakuran.[2]

Pada tahun 1960-an, Los Angeles, California menjadi pintu masuk bagi chef sushi yang datang dari Jepun untuk mencari rezeki di Amerika Syarikat. Restoran Tokyo Kaikan kemudiannya memperkenalkan bar sushi pertama di Los Angeles. Ichiro Mashita, chef sushi di Kaikan, mula menggunakan avokado sebagai ganti untuk toro (tuna berlemak), dan selepas uji kaji lanjutan, gulungan California terhasil.[3] (Sesetengah sumber sering menyatakan tahunnya sekitar awal 1970-an.)[4][5][6] Mashita sedar yang tekstur berminyak avokado amat sesuai untuk menggantikan toro.[4] Secara tradisinya, gulungan sushi dibalut dengan nori di luarnya. Walau bagaimanapun, Mashita memmbuat gulungannya terbalik iaitu belah dalam di luar kerana warga Amerika tidak gemar melihat dan mengunyah nori di luar gulungan sushi.[4]

Selepas menjadi kegemaran warga California Selatan, ia kemudiannya menjadi terkenal di seluruh Amerika Syarikat menjelang 1980-an. Gulungan tersebut menyumbang kepada bertambahnya populariti sushi di Amerika Syarikat dengan memudahkan penjamahnya mempunyai pelbagai pilihian sushi yang eksotik.[7] Chef sushi kemudiannya mula menghasilkan pelbagai jenis gulungan sushi.

  1. ^ Menyunting Gulungan California http://takeshi76.com/rolly-kaliforniya/
  2. ^ Renton, Alex (2006-02-26). "How Sushi ate the World". The Guardian. Dicapai pada 2006-08-20. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Raw". New York Times. 2007-06-10. Dicapai pada 2008-08-15. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ a b c Hunt, Maria (2005-08-24). "East-West Fusion: nontraditional ingredients give sushi local flavor". San Diego Union-Tribune. Dicapai pada 2006-08-20. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ Lynne Olver. "History of the California roll with various early recipes and references". Foodtimeline.org. Dicapai pada 2014-06-20.
  6. ^ "Some further info on Mashita and the original California roll". Thesushibar.com. Dicapai pada 2014-06-20.
  7. ^ Kestler, John (2006-06-18). "The Sushification of America". The Atlanta Journal-Constitution. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]