Gracilaria
Gracilaria | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
(tanpa pangkat): | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Gracilaria Greville, 1830
|
Gracilaria ialah sejenis tumbuhan dari genus (kumpulan) alga merah dalam keluarga Gracilariaceae. Ia terkenal dengan kepentingannya dari segi ekonomi sebagai agarophyte, iaitu digunakan untuk membuat agar-agar, serta penggunaannya sebagai makanan untuk manusia dan pelbagai spesies kerang. Pelbagai spesies dalam genus ini dibiakkan di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan Oceania. Ia juga menghasilkan lebih 90% daripada agar-agar dunia.[1][2]
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Gracilaria dijadikan ebagai makanan dalam masakan Filipina, Hawaii, Jepun, Korea dan Sri Lanka.[3] Dalam masakan Jepun, ia dipanggil ogonori atau ogo, dan digunakan dalam membuat tokoroten, sejenis makanan di Jepun. Di Filipina, ia dipanggil gulaman dan digunakan untuk membuat pengganti gelatin.[4] Di Jamaica pula, ia dikenali sebagai lumut Ireland.[5] Manakala di Korea, ia dikenali sebagai kkosiraegi.
Di Malaysia, rumpai laut Gracilaria ini juga dijadikan sebagai makanan dalam menghidangkan kerabu sare, sejenis makanan yang berasal dari Kelantan.[6][7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kyaw, Aye, The Production of Gracilaria eduli in Burma, Report of the Training Course on Gracilaria Algae, Manila, Philippines, 1–30 April 1981, accessed 27 April 2013
- ^ "Gracilaria spp". Seaweed Insights. Hatch Innovation Services. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ Subasinghe, S; Jayasuriya, A (1990). Gracilaria Production and Utilization in the Bay of Bengal: Report of a Seminar Held in Songkhla, Thailand, 23-27 October 1989. Bay of Bengal Programme for Fisheries Development, 1990. m/s. 72.
- ^ Davidson, Alan (2004). Seafood of South-East Asia: A Comprehensive Guide with Recipes. Ten Speed Press. m/s. 197. ISBN 978-1-58008-452-9.
- ^ Thomas J. Goreau; Robert Kent Trench (2013). Innovative Methods of Marine Ecosystem Restoration. CRC Press. m/s. 193–. ISBN 978-1-4665-5773-4. Dicapai pada 30 June 2013.
- ^ Pang, J. R.; How, S. W.; Wong, K. H.; Lim, S. H.; Phang, S. M.; Yow, Y. Y. (2022). "Cholinesterase inhibitory activities of neuroprotective fraction derived from red alga Gracilaria manilaensis". Fisheries and Aquatic Sciences. 25 (2): 49–63. doi:10.47853/FAS.2022.e6.
- ^ Tun Norbrillinda Mokhtar; Raja Arief Deli Raja Nasharuddin; Aida Hamimi Ibrahim; Mohamad Helmi Mohd Arshad; Ahmad Huzairi Imam Musaniff (2024). "Aplikasi teknologi pemprosesan tekanan tinggi (HPP) dalam memanjangkan jangka hayat rumpai laut Gracilaria segar" (PDF). Buletin Teknologi MARDI. 40: 53–64.