Pergi ke kandungan

Gentian kaca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seikat gentian kaca.

Gentian kaca (bahasa Inggeris: Fiberglass) merupakan satu bahan gentian yang diperbuat daripada kaca yang sangat halus. Ia digunakan sebagai agen menguat di dalam banyak produk-produk polimer; yang mana menghasilkan bahan komposit. Polimer-polimer seperti polimer diperkuat gentian (fiber-reinforced polymer atau FRP) atau plastik diperkuat kaca (glass-reinforced plastic atau GRP), lebih dikenali umum dengan nama "gentian kaca". Sejak berzaman, para pembuat kaca melakukan ujian dengan gentian kaca, tetapi pengeluaran besar-besaran gentian kaca hanya dapat dilakukan dengan penciptaan alatan mesin yang lebih baik. Pada tahun 1893, Edward Drummond Libbey telah mempamerkan satu pakaian di Pameran Dunia Columbia yang menggabungkan gentian kaca dengan gentian-gentian tekstur diameter dan sutera. Ia pertama kali dipakai oleh artis wanita popular pada waktu itu Georgia Cayvan.

Apa yang kini dikenali sebagai "gentian kaca" pada hari ini, telah dicipta pada tahun 1938 oleh Russell Games Slayter dari Owens-Corning sebagai satu bahan untuk digunakan sebagai penebat. Ia telah dipasarkan di bawah jenama Fiberglas, yang mana menjadi jenama umum. Sesuatu yang lebih kurang sama, tetapi dengan menggunakan teknologi yang lebih mahal telah digunakan untuk aplikasi yang memerlukan kekuatan yang sangat tinggi dan ringan telah menghasilkan gentian karbon.

Gentian kaca banyak digunakan untuk menghasilkan tikar, penebat haba, penebat elektrik, memperkuatkan pelbagai jenis bahan, tiang khemah, penyerap bunyi, fabrik rintangan haba dan karat, fabrik berkuatan tinggi, anak panah, busur dan busur silang, panel bumbung lut sinar, badan kereta dan badan bot.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]