Laluan Leloir
Laluan Leloir ialah laluan metabolisme bagi katabolisme (penguraian) D-galaktosa. Ia dinamakan sempena Luis Federico Leloir yang merupakan orang pertama yang menghuraikannya.[1][2][3][4]
Pada langkah pertama, galaktosa mutarotase membantu pertukaran β-D-galaktosa menjadi α-D-galaktosa selaku bentuk aktif dalam laluan ini. Kemudian, α-D-galaktosa difosforilkan oleh galaktokinase menjadi galaktosa 1-fosfat. Langkah ketiga melibatkan D-galaktosa-1-fosfat uridililtransferase yang menukarkan galaktosa 1-fosfat menjadi UDP-galaktosa dengan UDP-glukosa selaku sumber uridina difosfat (UDP). Akhirnya, UDP-galaktosa 4-epimerase mengitar semula UDP-galaktosa menjadi UDP-glukosa bagi tindakan transferase. Di samping itu, fosfoglukomutase menukarkan D-glukosa 1-fosfat menjadi D-glukosa 6-fosfat yang boleh melalui laluan glikolisis.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Trucco, R.E.; Caputto, R; Leloir, L.F.; Mittelman, N (1948). "Galactokinase". Arch. Biochem. 18 (1): 137–146. PMID 18871223.
- ^ Caputto, R; Leloir, L.F.; Trucco, R.E.; Cardini, C.E.; Paladini, A C (1949). "The enzymatic transformation of galactose into glucose derivatives". J. Biol. Chem. 179 (1): 497–498. doi:10.1016/S0021-9258(18)56863-0. hdl:11336/135761. PMID 18119268.
- ^ Cardini, C. E.; Paladini, A. C.; Caputto, R.; Leloir, L. F. (1950). "Uridine Diphosphate Glucose: The Coenzyme of the Galactose–Glucose Phosphate Isomerization". Nature. 165 (4188): 191–192. Bibcode:1950Natur.165..191C. doi:10.1038/165191a0. hdl:11336/140707. S2CID 44975916.
- ^ Leloir, Luis F. (1951). "The enzymatic transformation of uridine diphosphate glucose into a galactose derivative". Archives of Biochemistry and Biophysics. 33 (2): 186–190. doi:10.1016/0003-9861(51)90096-3. hdl:11336/140700. PMID 14885999.
- ^ Holden HM, Rayment I, Thoden JB (November 2003). "Structure and function of enzymes of the Leloir pathway for galactose metabolism". J. Biol. Chem. 278 (45): 43885–8. doi:10.1074/jbc.R300025200. PMID 12923184.
- ^ Frey PA (March 1996). "The Leloir pathway: a mechanistic imperative for three enzymes to change the stereochemical configuration of a single carbon in galactose". FASEB J. 10 (4): 461–70. doi:10.1096/fasebj.10.4.8647345. PMID 8647345. S2CID 13857006. Dicapai pada 2011-04-01.