Fasis Itali (1922–1943)
Kerajaan Beraja Itali Regno d'Italia | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1922–1943 | |||||||||||
| |||||||||||
Cogan kata: FERT (Motto for the House of Savoy) | |||||||||||
Lagu kebangsaan: (1861–1943) Marcia Reale d'Ordinanza ("Royal March of Ordinance") (1924–1943) Giovinezza ("Youth")[a] | |||||||||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Rome | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Itali | ||||||||||
Agama | Roman Katolik | ||||||||||
Kerajaan |
| ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 1900–1946 | Victor Emmanuel III | ||||||||||
Perdana Menteri dan Duce | |||||||||||
• 1922–1943 | Benito Mussolini | ||||||||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||||||||
Senat | |||||||||||
Dewan Perwakilan (1922–1939) Dewan Fasces dan Korporat (1939–1943) | |||||||||||
Sejarah | |||||||||||
31 Oktober 1922 | |||||||||||
29 Ogos 1923 | |||||||||||
14 April 1935 | |||||||||||
3 Oktober 1935 | |||||||||||
1936–1939 | |||||||||||
7 April 1939 | |||||||||||
22 Mei 1939 | |||||||||||
10 Jun 1940 | |||||||||||
27 September 1940 | |||||||||||
25 Julai 1943 | |||||||||||
Keluasan | |||||||||||
1938 (including colonies)[1] | 3,798,000 km2 (1,466,000 bt2) | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• 1936 | 42,993,602 | ||||||||||
Mata wang | Lira (₤) | ||||||||||
| |||||||||||
|
Kerajaan Itali telah ditadbir oleh Parti Fasis Nasional dari tahun 1922 hingga 1943 dengan Benito Mussolini sebagai Perdana Menteri. Fasis Itali mengamalkan pemerintahan autoritarian dan menghancurkan pembangkang politik dan intelektual, sambil menggalakan pemodenan ekonomi, nilai-nilai sosial tradisional dan penyesuaian semula dengan Gereja Katolik Roman. Menurut Payne (1996), "kerajaan Fasis melewati beberapa fasa yang agak berbeza". Fasa pertama (1922–1925) adalah kesinambungan sistem berparlimen, walaupun dengan "kediktatoran eksekutif yang diatur secara sah". Fasa kedua (1925–1929) ialah "pembinaan kediktatoran Fasis yang adil". Fasa ketiga (1929–1934) adalah kurangnya aktivisme.[Penjelasan diperlukan] Fasa keempat (1935–1940) dicirikan oleh dasar luar yang agresif: seperti Perang Itali-Habsyah Kedua, yang telah dilancarkan dari Eritrea dan Somaliland; konfrontasi dengan Liga Bangsa, menyebabkan berlakunya sekatan; perkembangan ekonomi autarki; pencerobohan Albania; dan penandatanganan Pakatan Besi. Fasa kelima (1940–1943) adalah Perang Dunia II sendiri yang berakhir dengan kekalahan tentera, manakala fasa keenam dan terakhir (1943–1945) adalah masalah kerajaan Salò dibawah kawalan Jerman.[2]
Itali adalah anggota utama Kuasa Paksi dalam Perang Dunia II, bertempur di beberapa medan perang dengan kejayaan awal. Walau bagaimanapun, selepas kekalahan Jerman-Itali di Afrika dan Soviet Union dan selepas pendaratan Pihak Bersekutu di Sicily, Raja Victor Emmanuel III memecat dan menangkap Mussolini, manakala Parti Fasis di kawasan (selatan Rome) yang dikuasai oleh tentera Bersekutu telah dibubarkan. Kerajaan baru menandatangani surat gencatan senjata dengan Pihak Bersekutu pada September 1943. Jerman Nazi, dengan pertolongan Fasis, merampas kuasa di bahagian utara Itali dan membebaskan Mussolini, menubuhkan Republik Sosial Itali (RSI), iaitu kolaborator negara boneka yang masih dipimpin oleh Mussolini dan pengikut setia Fasisnya. Penentangan Itali terhadap pendudukan Jerman Nazi dan kolaborator Fasis Itali terserlah dalam pemberontakan Empat Hari Naples, manakala pihak Sekutu membentuk beberapa pasukan tentera Itali di selatan menjadi Tentera Darat Rakan Perang Itali, yang berjuang bersama-sama pihak Sekutu untuk keseluruhan peperangan. Sejumlah kecil pasukan tentera Itali, masih setia kepada Mussolini dan RSInya, terus berjuang bersama-sama Jerman dalam Tentera Darat Republik Nasional. Sejak saat ini, negara itu terlibat dalam perang saudara, dan sekumpulan besar gerakan penentang Itali menjalankan perang gerila terhadap Jerman dan tentera RSI. Mussolini telah ditangkap dan dibunuh pada 28 April 1945 oleh pemberontak Itali, dan permusuhan tamat pada keesokkan harinya.
Sejurus selepas peperangan, ketidakpuasan orang awam membawa kepada referendum perlembagaan 1946 mengenai samada Itali akan kekal sebagai negara monarki atau menjadi sebuah republik. Rakyat Itali memilih untuk membubarkan sistem monarki dan membentuk Republik Itali, iaitu negara Itali yang sekarang.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Keganasan Fasis dan anti-Fasis di Itali (1919–1926)
- Fasisme Itali
- Kabinet Mussolini
- Pemerintahan diktator Eropah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Harrison, Mark (2000). The Economics of World War II: Six Great Powers in International Comparison. Cambridge University Press. m/s. 3. ISBN 9780521785037. Dicapai pada 2 October 2016.
- ^ Stanley G. Payne, A History of Fascism, 1914–1945 (1996) p 212