Pergi ke kandungan

Ender's Game

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ender's Game ("Permainan Ender") ialah sebuah novel cereka sains tentera tahun 1985 bahasa Inggeris karya Orson Scott Card. Ia mengisahkan pertembungan antara manusia di Bumi dan sebuah spesies makhluk asing seakan serangga yang cuba menakluk planet tersebut namun cuba dipertahankan askar angkasa anak-anak yang diberikan latihan ketat. Buku ini asalnya daripada sebuah cerita pendek berjudul sama yang terbit dalam isu Ogos 1977 majalah Analog Science Fiction and Fact[1] sebelum dikembangkan dan dibukukan pada 15 Januari 1985.

Novel ini banyak mendapat sambutan baik pengkritik sastera meskipun tahap keganasan yang ada dalan penceritaan ini mendapat perhatian umum.[2][3] Buku ini memenangi kategori novel terbaik dalam Anugerah Nebula 1985 [4] dan Anugerah Hugo 1986.[5] in the genres of science fiction and fantasy. Malah, ia juga menjadi bacaan pilihan banyak organisasi angkatan tentera termasuk Kor Marin Amerika Syarikat.[6] Novel ini turut menjadi laris sehingga diterjemahkan dalam 34 buah bahasa.

Karya ini turut disusuli sebuah siri empat novel yang mengembangkan latar cerita dan watak daripada novel pertama.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Novel ini turut diterbitkan semula pada 1991 untuk mengemaskini banyak maklumat sejarah dan politik yang banyak berubah pada tahun 1990-an.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Watak-watak utama

[sunting | sunting sumber]
  • Andrew "Ender" Wiggin - anak bongsu daripada tiga adik-beradik: pengandungan dan kelahirannya dibenarkan pihak kerajaan kerana rekod baik ditunjukkan anak-anak keluarga Wiggin sebelumnya. Dia dimasukkan ke dalam Battle School - suatu akademi tentera angkasa untuk anak-anak muda yang berkepandaian luar biasa.
  • Peter Wiggin - anak sulung dalam adik-beradik Wiggin yang juga seorang penulis blog, dia sering membuli Ender
  • Valentine Wiggin - kakak Ender yang sangat kasihan nasib Ender.
  • Hyrum Graf - pengetua Battle School. Dia juga pelatih peribadi Ender
  • Mazer Rackham - seorang kapten kacukan Māori yang berjaya menumpaskan serangan kedua makhluk Formic terhadap Bumi. Beliau turut melatih Ender memahirkan diri sebagai seorang komander perang.
  • Ender's Game: Battle School ditulis Christopher Yost
  • Ender's Shadow: Battle School ditulis Mike Carey - 5 isu.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Novel susulan
  1. ^ "Short Stories by Orson Scott Card". Hatrack River Enterprises Inc. 2009. Dicapai pada 3 Januari 2009.
  2. ^ Radford, Elaine (2007-03-26). "Ender and Hitler: Sympathy for the Superman (20 Years Later)". Elaine Radford. Dicapai pada 2011-01-28.
  3. ^ Kessel, John (2004). "Creating the Innocent Killer: Ender's Game, Intention, and Morality". Science Fiction Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-27. Dicapai pada 2011-01-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "1985 Award Winners & Nominees". Worlds Without End. Dicapai pada 15 Julai 2009.
  5. ^ "1986 Award Winners & Nominees". Worlds Without End. Dicapai pada 15 Julai 2009.
  6. ^ "Commandant's Professional Reading List - Primary Level Enlisted". Library of the Marine Corps. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-10. Dicapai pada 9 Januari 2017.
  7. ^ "Enders Shadow Battle School #1 (of 5)". Things From Another World, Inc. 1986–2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-24. Dicapai pada 5 Januari 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]