Elena of Avalor
Elena of Avalor | |
---|---|
Fail:Elena of Avalor logo.png | |
Juga dikenali sebagai | Elena Negeri Avalor |
Genre | Pengembaraan |
Berdasarkan daripada | Sofia the First oleh Craig Gerber |
Pencipta | Craig Gerber |
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema | John Kavanaugh dan Craig Gerber |
Lagu pembukaan | Elena of Avalor oleh Gaby Moreno |
Lagu penutup | Elena of Avalor (instrumental) oleh {{{2}}} |
Penggubah | Tony Morales |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 77 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Tempoh siaran | 22–24 minit |
Syarikat penerbitan | Disney Television Animation |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney Channel |
Siaran asal | 22 Julai 2017 | – sekarang
Pautan luar | |
Laman sesawang | |
Tapak sesawang penerbitan Disney Television Animation |
Elena of Avalor (Elena Negeri Avalor atau Elena dari Avalor dalam versi bahasa Melayu) ialah sebuah siri animasi komputer televisyen Amerika Syarikat yang ditayangkan pertama kali di Disney Channel pada 22 Julai 2017. Siri ini tentang seorang puteri Latina dan keluarga dan berlaku dalam alam sama dengan siri Disney Junior Sofia the First.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Puteri remaja Elena Castillo Flores[1] telah menyelamatkan kerajaan magis Avalor miliknya daripada seorang ahli sihir jahat dan kini mesti mempelajari peraturan sebagai puteri mahkotanya. Pengembaraan-pengembaraan Elena akan memahamkannya bahawa peranan baharunya itu memerlukan timbang rasa, semangat kental, dan kasih sayang, ciri-ciri bagi seseorang pemimpin yang benar-benar hebat. Oleh sebab dia hanya berumur 16 tahun secara fizikal (biarpun dia meluangkan 41 tahun lagi secara sedar di dalam Azimat Avalor, sebenarnya menjadikannya berumur 57 tahun), dia mesti mengikuti bimbingan Majlis Agung yang terdiri daripada datuk neneknya, sepupunya yang lebih tua Canselor Esteban, dan sahabat baharu, Naomi Turner. Elena juga bergantung pada adik perempuannya Isabel, sahabat-sahabatnya, ahli siri Mateo dan leftenan Pengawal Diraja Gabe, seekor haiwan semangat yang bernama Zuzo, dan sekumpulan tiga ekor makhluk ajaib terbang yang dipanggil jaquin untuk bimbingan dan sokongan.
Watak
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Puteri Elena (Aimee Carrero) ialah puteri mahkota Avalor yang berumur 16 tahun.[2] Dia sukar menerima nasihat dan kerap berbuat dengan cara yang dikehendaki olehnya tanpa mendengar orang lain. Apabila dia terperangkap di dalam azimat ajaib, dia mendapat kebolehan untuk menggunakan kuasa ajaib apabila memegang cogan dirajanya dan dia boleh melihat haiwan semangat.
- Puteri Isabel (Jenna Ortega) ialah adik kepada Elena, yang merupakan pencipta. Kedua-duanya merupakan puteri kepada Raja Raul dan Ratu Lucia yang telah mangkat.
- Zuzo (Keith Ferguson) ialah rubah semangat yang bermisteri dan licik yang bertindak sebagai penghubung antara dunia manusia dengan dunia semangat. Dalam episod "Hari untuk Diingati", Elena ditunjukkan dapat memanggilnya dengan menyebut namanya tiga kali.
- Naomi (Jillian Rose Reed) ialah seorang gadis yang merupakan sahabat baik Elena, anak perempuan kepada Kapten Turner, dan salah seorang ahli Majlis Agung Elena.
- Jaquin merupakan suatu bangsa makhluk yang menyerupai jaguar dengan sayap dan bulu pelepah makaw. Jaquin datang dari alam Vallestrella, tempat ia berlatih untuk membantu dalam menjaga Avalor daripada pelbagai ancaman.
- Skylar (Carlos Alazraqui) ialah seekor jaquin yang suka bersenang dan anak kepada Raja Verago.
- Migs (Chris Parnell) ialah seekor jaquin praktikal.
- Luna (Yvette Nicole Brown) ialah seekor jaquin betina lantang dan kasar.
- Gabe (Jorge Diaz) ialah sahabat Elena dan bakal bintang Pengawal Diraja, yang disertai olehnya pada hari Elena menjadi puteri mahkota.
- Mateo (Joseph Haro) ialah seorang ahli sihir yang sedang berlatih dan cucu kepada Alacazar yang merupakan seorang lagi sahabat rapat Elena.
- Canselor Esteban (Christian Lanz) ialah sepupu sebelah ibu kepada Elena dan Isabel yang suka bercakap besar dan Canselor Avalor yang merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena. Ibunya merupakan saudara perempuan kepada Ratu Lucia dan mereka merupakan puteri kepada Luisa dan Francisco. Tanpa disedari oleh sesiapa, dia dan sahabat lamanya Victor Delgado secara rahsia menolong Shuriki untuk menakluk Avalor, dan dia terdesak untuk menyimpan rahsia ini kerana takut ditolak oleh keluarganya.
- Armando (Joe Nunez) ialah Ssorang hamba istana yang bertungkus-lumus yang membantu Elena dalam perjalanannya ke atas takhta.
- Francisco (Emiliano Díez) ialah datuk sebelah ibu kepada Elena, Isabel, dan Esteban. Dia merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena.
- Luisa (Julia Vera) ialah nenek sebelah ibu kepada Elena, Isabel, dan Esteban. Dia merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena.
Sokongan
[sunting | sunting sumber]- Shuriki (Jane Fonda) ialah ahli shiri jahat yang merupakan penjahat utama siri ini kerana dia merupakan sebab kepada pemenjaraan 41 tahun terhadap Elena di dalam Azimat Avalor dan pembunuh ibu bapa Elena, Raoul dan Lucia. Dia mengambil alih Avalor dengan bantuan rahsia daripada Esteban dan Victor Delgado. Dia akhirnya dikalahkan dalam "Elena and the Secret of Avalor". Malangnya, dia telah tinggal di kotej di tanah Avalor yang berjauhan dan telah bekerja secara rahsia dengan Victor dan anak perempuannya Carla, yang telah dia ajar tentang kuasa ajaib berkuasa.
- Kapten Turner (Rich Sommer) ialah syahbandar dan bapa kepada Naomi.
- Higgins (Mikey Kelley) ialah salah seorang anggota pengawal diraja Avalor, dan kerap berkhidmat sebagai pembantu peribadi dan setiawan kepada Canselor Esteban.
- Doña Paloma (Constance Marie) ialah ketua persatuan pedagang. Dia diperihalkan oleh Esteban sebagai pemimpin paling penting di Avalor. Dalam episod "Krismas", Doña Paloma ditunjukkan mempunyai sebuah emporium.
- Carmen (Justina Machado) ialah pemilik bersama bagi Cafe Anjelica dan saudari kepada Julio yang bekerja sebagai cef.
- Jiku (Lucas Grabeel)
- Marlena (Gaby Moreno)
- Julio (Jamie Camil) ialah pemilik bersama bagi Cafe Anjelica dan saudara kepada Carmen.
Episod
[sunting | sunting sumber]- Lihat juga: Elena and the Secret of Avalor, filem televisyen silangan dengan Sofia the First, yang ditayangkan pertama kali pada 20 November 2017.
Musim 1 (2017–2018)
[sunting | sunting sumber]Bil. | Judul[3][4] (Judul bahasa Melayu) |
Pengarah | Pengarang | Tarikh siaran | Kod penerbitan[3][5] | |
---|---|---|---|---|---|---|
Amerika Syarikat[3][4] | Asia Tenggara | |||||
1 | "First Day of Rule" "Hari Pertama Pemerintahan" | Elliot M. Bour | Craig Gerber | 22 Julai 2017 | 13 November 2017 | 101 |
2 | "Model Sister" "Kakak Contoh" | Elliot M. Bour | Craig Gerber Becca Topol | 22 Julai 2017 | 13 November 2017 | 102 |
3 | "All Heated Up" "Keadaan Semakin Hangat" | Elliot M. Bour | Tom Rogers | 29 Julai 2017 | 20 November 2017 | 103 |
4 | "Island of Youth" "Pulau Keremajaan" | Nathan Chew | Becca Topol | 12 Ogos 2017 | 27 November 2017 | 104 |
5 | "Spellbound" "Kesaktian" | Robb Pratt | Tom Rogers | 26 Ogos 2017 | 4 Disember 2017 | 105 |
6 | "Finders Leapers" "Siapa Jumpa Dia Punya" | Nathan Chew | Silvia Olivas | 23 September 2017 | 18 Disember 2017 | 106 |
7 | "Prince Too Charming" "Putera Terlalu Menggoda" | Nathan Chew | Mercedes Valle | 16 September 2017 | 11 Disember 2017 | 107 |
8 | "Royal Retreat" "Percutian Diraja" | Robb Pratt | Becca Topol | 30 September 2017 | 22 Januari 2018 | 108 |
9 | "A Day to Remember" "Hari untuk Diingati" | Elliot M. Bour | Silvia Olivas | 16 Oktober 2017 | 15 Januari 2018 | 109 |
10 | "The Scepter of Light" "Cogan Cahaya" | Robb Pratt | Cerita oleh Tom Rogers Teledra oleh Mercedes Valle | 4 November 2017 | 19 Februari 2018 | 110 |
11 | "Navidad" "Krismas" | Nathan Chew | Craig Gerber | 9 Disember 2017 | 19 Mac 2018if | 111 |
12 | "Crystal in the Rough" "Kristal yang Belum Dibentuk" | Nathan Chew | Mercedes Valle | 11 Mac 2018 | 16 Julai 2018 | 112 |
13 | "The Princess Knight" "Sang Pahlawan Puteri" | Nathan Chew | Becca Topol | 18 Mac 2018 | 10 September 2018 | 113 |
14 | "Olaball" "Bola Ola" | Nathan Chew | Tom Rogers | 25 Februari 2018 | 23 April 2018 | 114 |
15 | "Flight of the Jaquins" "Penerbangan Jaquin" | Robb Pratt | Becca Topol | 4 Mac 2018 | 7 Mei 2018 | 115 |
16 | "King of the Carnaval" "Raja Sambutan Carnaval" | Robb Pratt | Tom Rogers | 22 April 2018 | 18 Jun 2018 | 116 |
17 | "Captain Turner Returns" "Kepulangan Kapten Turner" | Nathan Chew | Kaita Mpambara | 8 April 2018 | 9 Julai 2018 | 117 |
18 | "Spirit Monkey Business" | Nathan Chew | Tom Rogers | 30 Jun 2018 | 6 Ogos 2018 | 118 |
19 | "My Fair Naomi" | Robb Pratt | Maria Escobedo | 6 Mei 2018 | 15 Oktober 2018 | 119 |
20–21 | "Realm of the Jaquins" | Elliot M. Bour | Silvia Olivas Craig Gerber | 12 Ogos 2018 | TBA | 120–121 |
TBA | "Wizard-in-Training" | Robb Pratt | Becca Topol | 21 Julai 2018 | TBA | TBA |
TBA | "The Gecko's Tale" | Robb Pratt | Kaita Mpambara | 18 Ogos 2018 | TBA | TBA |
TBA | "Party of a Lifetime" | Robb Pratt | Mercedes Valle | 25 Ogos 2018 | TBA | TBA |
TBA | "Blockheads" | Robb Pratt | Tom Rogers | 16 September 2018 | TBA | TBA |
TBA | "Masks of Magic" | TBA | TBA | 1 Oktober 2018 | TBA | TBA |
Musim 2 (2018–)
[sunting | sunting sumber]Bil. | Judul[3][4] | Pengarah | Pengarang | Tarikh siaran[3][4] | Kod penerbitan[5] |
---|---|---|---|---|---|
TBA | "The Jewel of Maru" | TBA | TBA | 14 Oktober 2018 | TBA |
TBA | "Royal Rivalry" | TBA | TBA | 28 Oktober 2018 | TBA |
Media rumah
[sunting | sunting sumber]Media rumah diedarkan oleh Walt Disney Studios Home Entertainment.
Judul | Tarikh pengeluaran | Episod | Tambahan |
---|---|---|---|
Elena of Avalor: Ready to Rule[6] | 6 Disember 2017 |
|
Cokmar unjuran |
Elena and the Secret of Avalor: The Magic Within[7] | 7 Februari 2018 |
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Priscilla Rodriguez (18 Julai 2016). "Elena of Avalor First Latina Disney Princess Facts". Latina. Dicapai pada 26 April 2017.
- ^ "First Day of Rule". Elena of Avalor. Musim 1. Episod 1.
But you did not age, mija. Technically, you're still sixteen.
- ^ a b c d e "Elena of Avalor Episode Listings". The Futon Critic.
- ^ a b c d "Elena of Avalor Episode Guide". Zap2It.
- ^ a b "Elena of Avalor Episodes". Disney ABC Press.[pautan mati kekal]
- ^ David Lambert (26 Ogos 2017). "Elena of Avalor – Disney Sent Over a Press Release for Ready to Rule on DVD". TV Shows on DVD. Dicapai pada 29 Ogos 2017.
- ^ David Lambert (15 November 2017). "Elena of Avalor – Press Release: DVD for the Crossover Special with Sofia the First". TV Shows on DVD. Dicapai pada 21 Disember 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Elena of Avalor |
- Rencana dengan pautan luar mati dari Ogos 2022
- Episode lists with unformatted story or teleplay credits
- Siri animasi televisyen Amerika Syarikat 2010-an
- Debut siri televisyen Amerika Syarikat 2016
- Siri animasi televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat
- Siri televisyen fantasi kanak-kanak Amerika Syarikat
- Siri animasi komputer televisyen
- Rancangan Disney Channel
- Siri televisyen oleh Disney Television Animation
- Terbitan turunan televisyen
- Sofia the First