Dingin Salju Indiana
Umum | |
---|---|
Pengarang | Nurulsham Saidin |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Drama, keagamaan |
Penerbitan | |
Penerbit | Galeri Ilmu |
Tarikh penerbitan | Januari 2010 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Halaman | 367 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789830972459 |
Dingin Salju Indiana ialah novel 2010 oleh penulis novel Malaysia, Nurulsham Saidin. Novel ini diterbitkan pada Januari 2010 oleh Galeri Ilmu. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Dingin Lavenda oleh TV3 pada 2011.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tetampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?
Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa dan memberi semacam katarsisdalam jiwa yang berserabut mazmumah.
Dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.
Keluaran dan legasi
[sunting | sunting sumber]Dingin Salju Indiana dikeluarkan pada 2010 oleh Galeri Ilmu. Pada tahun 2011, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Zehra bermula 9 Disember 2011 di TV3, dibintangi oleh Eira Syazira, Zarina Zainoordin dan Faralyna Idris.[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dingin Salju Indiana by Nurulsham Saidin Goodreads. Dicapai pada 2 Mac 2014.
- ^ Budiey (8 Disember 2011). Dingin Lavenda lakonan Eira Syazira, Zarina Zainoordin dan Faralyna Idris Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 16 Mei 2012.
- ^ Dingin Lavenda menyusuli Tahajjud Cinta mStar Online (11 Disember 2011). Diperoleh pada 16 Mei 2012.